Jumaat, 3 Februari 2012

Florence

Pagi-pagi buta kami dah check-out hotel. Walaupun baru pukul 6 pagi tapi subuh jam 3 lebih. So kalau jam 6 pagi tu meme ceroh dah la. Kitorg beli tiket dari Santa Lucia ke Mestre. Beli on the spot naik train tempatan. Tak sampai 20 minit pun perjalanan ke sana.

Dari Mestre terus ke Santa Maria Novella, perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam 59 minit. Kalau naik train laju. Kalau train yang murah, lambat sikit sampainya. Dalam 3 jam lebih. Disebabkan perjalanan yang singkat kami booking tiket semua yang laju dan mahal.

Sampai di Santa MN, terus letak beg di Station. Keluar daripada station depan tu ada pejabat pelancongan florence. Boleh mintak map free kat sini. Tapi sebelum dia bagi, pegawai kat kaunter akan tanya beberapa soalan la, macam daripada mana?berapa lama melancong di florence?lepas florence akan ke mana? Macam survey biasa la.

Bandar Florence sangat cantik. Macam berjalan didalam satu museum,  rasa tenang jalan-jalan kat sini. Tak macam Venice yang penuh sangat dengan pelancong. Kalau nak beli barangan kulit kat sini lah tempatnya. Memang murah dan sangat banyak pilihan daripada kasut, jaket,beg,tali pinggang macam-macam lagi la. Ramai peniaga kat sini Muslim. Seperti biasa kami meneroka bandar Florence dengan berjalan kaki.

Masa kat sini la kitorg terjumpa dengan Kak Jat ( Shahrizat jalil ) dengan Kak Tom ( Tom Abang Saufi ). Masa tu tengah tunggu kawan nak beli beg kulit. Mata tengah menghayati bangunan kat depan mata, tiba-tiba terdengar orang cakap melayu punya la kuat depa sembang. Cari punya cari, tu dia dua-dua dok sembang rancak jalan kaki macam dah jalan kaki shopping kat KL la gaya. Tak payah map2 bagai kat tangan. Laju je jalan, tak sempat nak tegur. Kak Jat ni wpun office dia kat tingkat atas bangunan tpt kerja tapi tak pernah terserempak, alih2 kat Florence terjumpa.

Mari kita tengok video daripada ItalyGuides ( Youtube ) info berhubung bandar Florence.



Kami meluangkan masa separuh hari di Florence dan lunch disini. Seperti biasa jangan lupa gelato!Lepas  lunch pulang semula ke Santa MN ikut jalan lain. Perjalanan diteruskan ke Pisa menggunakan train tempatan.

Info apa yang menarik di Florence. Sumber Italylogue
Location: Florence, Italy

0 comments: