Sabtu, 31 Mac 2012

Penginapan

Ada beberapa email dan juga pertanyaan kawan-kawan di FB berkaitan dengan hotel semasa kami berada di Europe tempoh hari. jadi mari saya ceritakan sedikit pengalaman dan cara pilihan yang kami buat.

Perkara yang perlu dikaji semasa mencari hotel penginapan :
1. Harga
2. Lokasi
3. Review

Harga vs Lokasi

Macam biasala, kalau dah kaki jalan secara sengkek haruslah cari hotel yang ada tawaran hebat. Maka, adalah perlu masuk semua laman web yang menjadi agen perkhidmatan hotel ( antaranya, boleh rujuk  link disebelah kanan ). Harga memang akan berbeza sedikit, dan juga rules.

Bila berjalan di negara yang mata wang tinggi daripada RM ( bukan isteri PM kita ) dan mempunyai empat musim. Harga adalah sangat berbeza mengikut musim. Paling mahal mestilah summer ( diorg pun sibuk nak jalan2 ). Paling murah masa Winter Sonata.

Kedudukan hotel juga akan menentukan harga bilik, tapi kita kena buat perbandingan juga bila duduk jauh daripada town which is sure lah murah dia punya harga bilik. Tapi kos pengangkutan anda untuk berulang alik ke town akan mahal juga. Makanya faktor inilah yang menyebabkan anda perlu mengkaji sepenuhnya dengan teliti.

Dengan adanya kemudahan google map, memang senang. Kita boleh tengok berapa jauh perjalanan dari hotel ke station train/bas yang terdekat. Nama station itu dan station yang mana yang perlu kita turun. Boleh semak tambang dilaman sesawang perkhidmatan kemudahan awam dinegara tersebut. Kena make sure yang pilihan kita adalah tepat dan sangat jimat dari segi wang dan masa.

Review

Penting juga kita baca review tentang hotel yang kita nak duduk. Ye lah, kalau dekat, murah tapi dalam bilik dah macam apa dengan bau busuk,kotor buat sakit hati akan mengganggu mood untuk happy happy cuti.

Berkat study dan perbincangan yang dibuat antara kami bertiga, syukur Alhamdullillah semuanya menepati citarasa.

LONDON 

Tuan rumah, Lin sangat baik dan banyak juga membantu kami sebelum kami berlepas ke sana. Dia adalah rakyat Malaysia yang bekerja disana. Ada baby sorang yang sangat comel!. Baru-baru ni, sempat chat dengan dia thru G-Talk, rupa-rupanya dan dapat PR sana dah. Tahniah Lin. Owh,line telefon pun Lin tolong belikan. Kemudahan di dapur pun Lin bagi kami guna, tapi setakat nak bancuh milo ke, buat sandwich ke utk breakfast. Tak de lah sampai nak masak kari kepala ikan kan. Jimat dah duit untuk minum pagi.

Kedudukan 45londonstay :


Kalau diperhatikan, kedudukan rumah Lin adalah di bulatan berwarna kuning ( kiri ) manakala station terdekat adalah bulatan disebelah kanan. Jalan kaki tak sampai pun 15 minit. Balik malam-malam pun tak de la rasa takut ( bukan hantu ye, org mabuk or orang jahat ). Terasa selamat sepanjang dua malam kami disini.

Yang kaler merah tu adalah pasaraya Waitrose. Tempat kami membeli belah makanan tengahari dan juga snack sepanjang perjalanan. 


Gambar ihsan daripada google : 

Lokasi tube Fichley Road yang berhadapan dengan Waitrose. Selain dekat dengan Waitrose, kedai makanan halal pun banyak. Post Office pun dekat. Post Office? Hahaha, haruslah nak tulis poskad hantar ke rumah ayah dan bonda ( bukannya nak hantar salam perantauan, tu la sapa suruh belajar main-main kan dah kempunan nak masuk paper dalam salam perantauan ) Sebenarnya tak payah nak pergi post office pun, sebab bersepah kot dia punya post box besar gabak kaler merah tu kan. Tapi, disebabkan kami perlu mengirim barangan yang telah tershopping semasa di Selfridges, London. Beg mahal sebab tu sayang nak sumbat dalam beg pack. Dah la banyak lagi negara nak kena pergi. Maka beg mahal tersebut ( eh lupa nak cakap bukan kami punya, kawan yang pesan, hihi ) kami telah berjaya post ke rumah Dr. M di Leicestershire.

So, kesimpulannya disini 45londonstay adalah sangat berbaloi dan menepati citarasa kami dan juga poket duit kami bertiga. Lin, dah update blog dan terkini ada lagi satu apartment yang boleh disewa dan kedudukanya sangat menarik berdekatan Malaysian Hall. Serius best. Kalau diizinkan Allah ada rezeki ke sana nnt, boleh try rumah baru Lin ni. Sila lah hubungi Pn Lin : 45londonstay@gmail.com

Sila layari : 45LONDONSTAY


BARCELONA

Sebagaimana yang telah diceritakan pada post Barcelona.

Kedudukan Pelayo Guest House adalah seperti berikut :


A : Kedudukan Guest House

B : Tempat dimana bas daripada Airport akan stop kalau kita tekan loceng untuk turun Universitat.

C : Metro Station, Universitat

D : Tempat untuk ambik bas ke Airport, Plaza Catalunya

E : Hard Rock, Barcelona

F : La Ramlas

Rupabentuk luaran Guest House :



Pintu kecik berwarna coklat itulah pintu masuk ke dalam Guest House. Jarak jalan kaki ke Metro Universitat tidak sampai 5 minit. Nak jalan ke Plaza Catalunya pun tidak sampai 10 minit. Sangat dekat. 

A : Bilik tempat kami bermalam di sini.

? : Hotel sebelah punya tirai bilik. Yeke ke macam ni? Tak perasan pun.

Jalan kaki ke Plaza Catalunya : cabaran yang perlu ditempuhi, Butik Zara, Pull&Bear dan El Triangle.

VENICE

Update daripada post yang lepas pasal VENICE

Ini adalah kedudukan hotel kami :


A : Hotel

B : Santa Lucia Train Station

C: Ha, ni la jambatan yang dalam video klip Yuna Terukir Dibintang tu.

D : Jambatan moden hasil kerja, Arkitek Calatrava

Dari point C nak ke point A (Hotel) sangat dekat. Tapi lorong dia agak tersembunyi sedikit. Betul-betul lorong pertama selepas church.


Lorong untuk ke Hotel yang memang sunyi.  Pintu masuk pun simple je. Tapi receptionist hotel ini sangat baik dan berhati mulia, mungkin faham dengan situasi pelancong yang sengkek macam kami. Beg boleh je letak dalam bilik walaupun masih belum waktu untuk check-in tanpa ada apa-apa bayaran tambahan.


Best dia punya area makan. Nampak tak muka happy-tak-mandi-dan-tak-tido nampak makanan terus lupa semua itu. Kitorg makan tanpa segan silu tambah-tambah yang bungkus masuk beg pun sama banyak. Bilik dia pun sama sebijik macam dalam web masa booking.

ROMA

Update daripada post ROMA yang lalu.


A : Hotel

B : Termini Station

C : Metro Station terdekat. Tapi kalau jalan kaki terus ke Termini pun ok sahaja. Boleh lalu banyak kedai  
      makanan halal dikiri kanan.


Bilik dia pun cantik. Memang seperti mana didalam laman sesawang. Sebenarnya ada lagi satu katil, tak masuk pulak dalam gambar ni. pagi-pagi sebelum keluar jalan, boleh call receptionist untuk minta bawak breakfast dalam bilik. ( bukan mengada2 nak makan dalam bilik, tp memang itulah peraturan disini ) boleh la request nak minum apa. Chocolate ke? Cappucino ke? Coffee ke? pilih la mana suka. air oren tu mmg akan dapat, minuman panas je kena buat pilihan. Mana-mana yang tak habis makan tu, bungkus masuk dalam beg buat bekalan tengah jalan.


MANCHESTER & LAKE DISTRICT

Dengan menggunakan perkhidmatan Dr.M yang berada disana. Maka kami berjaya untuk mendapat harga murah untuk dua malam di United Kingdom.


Rupa bentuk gaya hiasan dalam di bilik Travelodge. Sama je mana pun, lebih kurang. Cuma kena cepat kalau lambat harga makin mahal.

AIRPORT DAN TRAIN STATION

Kenapa ada Airport dan train station dalam topik penginapan? hahaha sebab kami telah berjaya untuk kurangkan perbelanjaan bermalam di Hotel.

Malam pertama tidur di Airport ialah Stansted Airport, London. Disebabkan kami sampai di sana pada jam 11 malam or 10 malam lebih, maka dengan sebulat suara telah bersetuju untuk tido di sini saja. Sebelum menaiki bas ke London pada esok pagi jam 4 pagi ( sebab jam 4 je harga bas tu murah, kalau jam 6 dah mahal ) tapi ok lah sebab dah terang benderang pun jam 4 pagi tu.

Pengalaman kedua adalah bermalam di Milan. Tapi yang ni lagi horror sket la daripada yang pertama. Sebabnya ikut plan asal nak tidur di Airport, tapi sebab sangat sunyi maka agak cuak la nak tidur kat sini. Kang tak pasal-pasal barang kena curi masa tidur. Maka terus naik bas ke Milan Sentral.

Sampai sana, haruslah lepak je di luar, sebab train station memang tutup lepas last train berlepas. Lepak diluar je, bukannya boleh tidur sangat pun.

Pengalaman ketiga adalah di Gatwick Airport.

KESIMPULAN

Maka, adalah perlu untuk membuat kajian teliti berhubung lokasi hotel/hostel/guesthouse yg akan dipilih kerana ianya akan mempengaruhi masa dan duit yang akan dibelanjakan sepanjang kita disana. Kalau yang ada sediakan breakfast dah jimat duit nak cari makan pagi-pagi. Kalau ada sediakan dapur, jimat juga sebab boleh masak sendiri makanan yang dibawa daripada Malaysia kan.

Kalau dekat dengan town, senang tak payah nak beli tiket bas or train jalan kaki je. Jimat masa pun ye jugak.

Oleh itu, pandai-pandai la buat perancangan yang bersesuaian dengan jiwa anda dan yang paling penting poket duit sendiri.

6 comments:

rayyan haries berkata...

Bestnye! Bila lah nak sampai Europe niii

hidayahrodhi berkata...

Hai Rayyan,

Insya Allah, suatu hari nanti. :)

nurulazreenazlan berkata...

kaya seh, pegi shopping kat waitrose :p (aku baru tau kau ada blog ni kejap tadi, hahaha)

hidayahrodhi berkata...

hai Azreen,

sy tidak tahu bahawasanya waitrose itu adalah tpt kate middleton shopping barang dapur sehinggalah berjumpa dengan dr.Idlan di Bonda, which is sudah tidak berguna lagi kerana esok sudah bertolak ke Barca!

sedih betul.

Unknown berkata...

Assalam.. Hi saya nak pegi London next month and sgt2 memrlukan stay di sana.. Boleh ke cik recommend budget B&B room for saya? Maybe the one yang Cik stay kat London.. appreciate sgt ur kind assistance, TQVM ya & May Allah bless u :)

hidayahrodhi berkata...

Aniz,

Wsalam, kalau di London try contact 45londonstay@gmail.com, nama puan Lin. Yg ni yg sy duduk hari tu lah.

Kalau nak cari room lain, try tgk dkt airbnb.com bnyk pilihan.