Selasa, 17 April 2012

Pengangkutan Pilihan Semasa di Eropah

Kapal Terbang

AirAsiaX
Macam biasala, kalau nak murah booking kena la buat awal dan bersengkang mata dengan penuh kesabaran beli masa BigSale. Sepatutnya harga tiket boleh dapat lagi murah, namun apakan daya terlalu ramai rakyat Malaysia yang ingin menjelajah bumi Allah.

Akhirnya dapat juga tiket dengan harga RM 19++ so kita bundarkan kepada RM2k (return)

EasyJet (EJ)
Mengapa easyjet?kenapa tidak ryan air yang lebih murah?

Setelah kajian dibuat, memang ryan air murah banyak berbanding EJ tapi airport yang flight dia turun, owh amatlah jauh. Maka perlu kira pulak pengangkutan dari airport ke bandar. Itulah antara sebab EJ menjadi pilihan.

Proses booking juga perlu dibuat semasa sale untuk mendapatkan harga yang menarik.

Perjalanan kami dengan EJ : 1) Stansted - Barcelona, 2) Barcelona - Milan, 3) Roma - Gatwick
Jumlah tambang : RM 464.40

Keretapi/Bus

London

Airport transfer :

Easybus

Return dalam RM 60++ dibundarkan RM 70. Konsep dia sama, kalau beli awal boleh dapat murah dan paling murah 2 Pound untuk one-way. Tapi disebabkan takut flight delay, maka kami beli semasa sampai di sana.

Easybus (meme easy betul)
Perkhidmatan disekitar London adalah menggunakan Oyster Card yang dibeli dengan harga RM 125. Boleh refund kembali duit sekiranya masih ada baki.

Tube di Station Finchley

Mesti ambik gambar bila naik train negara orang. Negara sendiri tak pernah buat. Ni masa awal pagi baru jam 5.30 am
Barcelona

Airport transfer :

Aerobus. Beli terus dekat driver sebelum naik bas. Boleh beli return atau one-way 5.30 euro. Kalau beli return 9.15 euro, valid 9 hari selepas tarikh pembelian dibuat. Tambang RM 39.34 bundarkan RM40

Kami membeli kad T-10 untuk bersiar-siar di Barcelona. Harga T-10 ialah 8.25 euro/ RM35.48 dibahagikan kepada 3 orang, maka jumlahnya ialah RM 11.82 dibundarkan kepada RM 12. Boleh naik metro/bus/tram sepuluh kali. Kami hanya membeli sekeping sahaja untuk bertiga kerana kami mendapat baki T-10 ihsan daripada seorang rakan, Dr. I di London yang baru balik dari barca. Kad tersebut masih berbaki 6 perjalanan. Cukap lah nak coverkan 2 kali naik train untuk 3 orang.

Metro Barcelona : Passeig de Gracia ( line Hijau )
Nak keluar kalau tunggu pintu terbuka, alamat tak dapat la keluar, sila pusingkan tombol pintu.

Milan

Airport transfer naik bus tengah-tengah malam. Tapi dah beli siap masa dalam flight. Kalau belum beli boleh beli nnt dekat driver masa nak naik bas. One way 7.50 euro/RM32.25

Milan - Venice

Menggunakan khidmat Trenitalia. Tambang  ialah 15 euro / RM 64.50. Disekitar Venice kami hanya menggunakan perkhidmatan kaki sendiri. Cuma, masa petang naik bus air dengan tambang 1 euro / RM 4.30

Train pertama dari Milan ke Roma jam 5.45 pagi. Masa ini baru pukul 4.30 pagi.

Atas bus air

Pagi esoknya, perlu ke Mestre dari St Lucia, beli yang regionale train hanya 1 euro/ RM 4.30.

Mestre - Florence

Tengah tunggu train nak ke Florence/Firenze
Yahoo, train sudah sampai
Sekali lagi Trenitalia dengan harga 32 euro/ RM137.60. Sekitar florence hanya menggunakan kaki untuk bersiar-siar.

Florence - Pisa

Naik train regionale dengan harga 8 euro/ RM 34.40

Station train dekat Italy,kebanyakkan dibahagian bawah adalah station atas (open)adalah landasan keretapi

Pisa - Roma

Trenitalia dengan harga 21 euro/ RM 90.30. Bersiar-siar sekitar Roma adalah dengan membeli tiket untuk sehari yang berharga 4 euro/ 17.20. Dua hari disana, jumlahnya ialah RM 34.40.

Tunggu train ke Roma
Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga mempunyai LRT,STAR dan Monorail yang cantik.

Roma ke Airport

Ambik train direct ke Airport macam ERL. Berharga 14 euro/ RM60.20

Gatwick

Hasil pembelian tiket yang awal daripada Dr.M, dari Gatwick - St Pancras - Leicestershire adalah berharga 17 pound/ RM 85.00

Leicester-Loughborough-Manchester-Cheshire Oak-Lake District-Nottingham-Loughborough

Dah sampai leicestershire. Wajib pose dengan train yang dinaiki.

Perjalanan diatas adalah dengan menyewa kereta. Semua urusan diuruskan oleh Dr.M dan juga suaminya Dr (ustaz) S. Total bayaran sewa dengan minyak lebih kurang 19 pound/RM95 


Leicestershire-Stansted

Train tiket ini juga dibeli awal oleh Dr.M yang berharga 13.50 pound/ RM67.50


Sedikit Info untuk menaiki train di Italy.


Untuk membeli tiket adalah dinasihatkan beli secara online dan sila update web train 3 bulan sebelum tarikh perjalanan. Harga berbeza mengikut musim dan juga tempoh jurang perjalanan dengan masa beli tiket. Lagi cepat lagi murah.

Sekiranya anda terpaksa membeli tiket secara walk-in, adalah dinasihatkan beli di mesin sebagaimana gambar dibawah. Jangan risau sekiranya tidak pandai berbahasa Italy, boleh tekan bendera UK untuk English. Ini adalah kerana, kaunter sentiasa ramai manusia, dan mesin tiket bersepah-sepah di station. Mudah dan senang. Tapi awas, anda adalah dinasihatkan mengetahui nama tempat yang akan dilawati dalam bahasa Italy. Contohnya : Florence = Firenze, Venice=Venizia, Rom=Roma. Memang tidak akan jumpa la nama station yang berhenti di Florence.


Mesin tiket di Milan Centrale

Setelah berjaya memiliki tiket, jangan lupa untuk mencari mesin kecik berwarna kuning. Perlu dicop terlebih dahulu. Semua tiket yang dibeli dimesin atau di kaunter kecuali tiket yang dicetak daripada email hasil booking dengan Trenitalia. Benda ni pun bersepah juga di sepanjang landasan di station.

walaupun banyak, kena cari yang lampu LED kecik tu,berwarna hijau bukan merah seperti diatas

keadaan dalam train ( Milan ke Venice ). Makanan sentiasa menjadi peneman didalam train

Tempat simpan beg, semua station yang kami singgah ada menyediakan tempat simpanan. Harga berbeza mengikut saiz dan berat beg serta berapa lama simpanan beg dibuat.

Kalau di London, tidak semua station ada sediakan. Sila rujuk laman web LONDON ini untuk memahami sistem pengangkutan disana. Sangat membantu dan info lengkap.


Muka boring tunggu kaunter simpanan beg dibuka
Tempat beg bukak jam 7.00 pagi, lepak lama juga kat sini
Sampai disini dulu update pasal trip ini. Till then, bai.

0 comments: