Kali ini saya akan cuba untuk memberikan lebih info yang terperinci berkaitan Istanbul. Kalau diikutkan plan kami adalah menjelajah former Yugoslavia. Namun flight paling murah daripada Kuala Lumpur adalah mendarat di Istanbul. Jadinya kami masukkan skali Istanbul sebagai destinasi percutian dan terpaksa korbankan negara Kosovo dan Macedonia untuk trip kali ini. Insha Allah ada rezeki dan izin Allah sampai juga ke sana suatu hari nanti. Ameen.
Disebabkan itu, kami hanya menjelajah bandar Istanbul sahaja semasa di Turkey. Bagi bandar-bandar lain di Turkey tunggu kedatangan kami untuk misi penuh Turkey ye. Sudah pasti akan buat satu percutian khas menjelajah Turkey kerana negara ini sungguh banyak sejarah dan bandar-bandar yang menarik.
Main Airport (Europe) : Attaturk Airport (IST), Istanbul
The busiest airport in Turkey. Flight direct daripada Malaysia akan mendarat disini. Flight Emirates juga disini, tapi ada juga flight seperti Qatar mendarat di Sabiha Airport. Jadi sekiranya anda membeli flight ke Istanbul sila pastikan dimana lokasi airport. Kalau plan nak cover sebelah Asia dahulu, boleh pilih Sabiha Airport.
Kami memilih untuk menggunakan perkhidmatan Metro ke bandar Istanbul daripada airport. Hotel penginapan kami terletak di kawasan Gulhane iaitu bersebelahan dengan Topkapi Palace. Sebelum terlupa, sila beli Istanbulkart untuk memudahkan perjalanan anda. Perjalanan kami from Ataturk Havalimani - Zeytinburnu ( M1A) transfer to line T1 di Zeytinburnu - Gulhane. Kalau tempat penginapan anda di kawasan Taksim teruskan perjalanan ke Kabatas. Kemudian tukar ke line F1 - Taksim.
Pertukaran line Metro M1A (merah) ke T1 (biru)
Nota : Sila ambil maklum bahawa line T1 adalah sangat sesak dengan manusia, kerana laluannya adalah berada dikawasan yang penting bagi pelancong dan juga penduduk tempatan. Kalau anda mempunyai banyak luggage atau travel bersama orang tua/anak kecik adalah dinasihatkan untuk menaiki sahaja perkhidmatan bus yang disediakan oleh Havatas.
Perjalanan pulang kami sedikit berbeza daripada jalan datang disebabkan hotel kedua kami terletak dikawasan Eminonu. Memang kami plan nak duduk dikawasan lain untuk memudahkan pergerakkan menjelajah kami. Agak bertuah juga sebab biasalah luggage bila balik mestilah lebih berat bertambah-tambah lagi kan. Alhamdulillah dipermudahkan kerana kami mengambil line M2 di station Halic - Yenikapi. Kemudian tukar ke lina M1A terus ke airport. Sebabkan station M1A yang kami naik adalah station pertama jadi dapatlah letak luggage ditempat yang disediakan dan dapat tempat duduk. Untuk memudahkan anda sila download map Metro Istanbul dalam hp.
Asia Airport : Sabiha Airport, Istanbul
Penerbangan daripada Albania turun disini. Daripada sini kami ambil bus Havatas bayar dengan guna Istanbulkart saja (9 lira seorang), mudah. Nak cari bus ni tak susah pun. Keluar je daripada arrival terus nampak dekat seberang jalan bus ni. Kami naik Bus ke Kadikoy, kemudian ambik ferryboat ke Eminonu (stop kedua).
Total Topup Istanbulkart (kos beli sudah jimat sebab pinjam kawan punya) : 140 Lira untuk 3 orang.
Accomodation
Sultanahmet : Palace Point Hotel
Harga : 117 Euro (2 malam) bilik bertiga @ 19.50 Euro pp untuk satu malam
Harga ini kami dapat dengan pakej sarapan pagi skali. Sarapan dia oklah, cara sana lah kan jangan mimpi la nak dapat makan nasik lemak telur sambal. Tapi memuaskan untuk mengalas perut diwaktu pagi.
Katil single ada 3 buah, lagi satu terpencil sikit dekat sebelah kiri
Lokasi : Jalan dalam 3 minit sampai Station Gulhane @ Station Sirkeci. Selain dekat dengan metro station, kawasan wajib pelancong juga teramatlah dekat sekali. Boleh jalan kaki saja daripada hotel ini. Walaupun dekat dengan tempat tourist tapi kawasan sekitar adalah sungguh aman damai tidak bising langsung. Sekitar kawasan penuh dengan deretan kedai souvenir. Kedai makan pun banyak sekitar sini. Jalan kaki ke Galata Bridge pun dekat sangat.
Fatih : Reydel Hotel
Harga : 102 Euro (2 malam) bilik bertiga @ 17 Euro pp untuk satu malam
Sama seperti hotel pertama, harga ini juga termasuk dengan sarapan. Sarapan pun sama saja tapi pilihan jenis roti lebih banyak disini.
Lokasi : Kali pertama jejak kaki kesini kalau tak baca review betul-betul dekat booking mmg akan terkejut sikitlah. Sungguh berbeza dengan kawasan Sultanahmet. Tapi kita boleh lihat suasana sebenar penduduk tempatan disini. Selain penduduk tempatan mungkin ramai pendatang asing yang meminta sedekah termasuklah kanak-kanak. Tapi jangan risau, malam-malam pulang ke hotel pun masih selamat. Kawasan ini juga dekat dengan Eminonu, Spice Market, Suleymaniye Mosque.
Museum Pass
Harga : 85 Lira (for 3 days)
Tempat yang kami lawati dengan Museum Pass :
Topkapi Palace + Harem, Hagia Irene, Hagia Sophia, Chora Museum, Istanbul Archaeology Museum
Ada banyak lagi museum yang boleh masuk, tapi biasalah masalah utama kesuntukkan masa. Berbaloi beli museum pass ini selain dapat masuk ke museum tanpa perlu beratur panjang. Kami beli museum pass ini di pintu masuk Topkapi Palace pada hari kedua. Sebab hari pertama sampai kaunter sudah ditutup masa kami sampai di Istanbul Archaeology Museum.
Nota : Sila pastikan anda berada dikawasan kaunter sebelum jam 9 pagi. Kerana semasa kami sampai dalam pukul 8.15 pagi sudah ada 5 orang yang beratur. Bila sudah jam 9 pagi tu, barisan pun sudah agak panjang.
Agak sedikit keciwa kerana banyak Museum dan Masjid yang kami lawati dalam proses conservation work. Biasalah time Summer lah rancak kan segala bagai projek pembinaan. Tapi oklah, tak de lah sampai tak boleh masuk, cuma sedikit cacat gambar. Hehe.
Makan
Budget makan untuk dua kali makan (lunch dan dinner) dengan jajan (ice cream/air delima/limau/jagung/roti) sehari bawah 20 Lira sudah memadai untuk seorang. Kalau nak murah, sila cari kedai makan yang berada jauh daripada kawasan utama pelancong. Makanan yang sama tapi harga jauh lebih murah.
Nota :
Air mineral botol besar, 2.00 Lira
Turkish Tea : 2.00 Lira
Dinner/Lunch skali makan lebih kurang : 10 Lira
Nota :
Air mineral botol besar, 2.00 Lira
Turkish Tea : 2.00 Lira
Dinner/Lunch skali makan lebih kurang : 10 Lira
Total belanja makan selama 6 hari kami di Istanbul : 80 Lira seorang.
Shopping
Grand Bazaar, kami hanya pergi untuk ambil gambar sahaja. Kami beli souvenir seperti key chain, fridge magnet dan coaster (seramik) semua ini di satu jalan menuju ke arah Galata Tower. Ini kerana ianya lebih murah daripada di Grand Bazaar dan Spice Bazaar. Coaster dengan corak tiles kalau di Grand Bazaar berharga 5 Lira, di situ hanya 2 Lira. Fridge Magnet juga lebih murah iaitu 4 lira berbanding 5 Lira (jenis besi)
Di Spice Bazaar kami beli T-shirt dengan harga 10 Lira sehelai. Jenis kain made in Turkey. Untuk makanan seperti turkish delight, kopi dan buah-buahan kering serta kacang kami beli secara timbang di luar Spice Bazaar. Turkish delight saya beli yang jenis warna merah (buah delima) dengan kacang pistachio. Diorg display macam daging kebab tu. Nanti bagitau nak berapa gram, diorg akan potong nipis-nipis masukkan dalam bekas. Kalau cakap nak bawa balik naik flight terus diorg akan bungkus vacuum skali. Yang jenis dalam kotak siap-siap tu saya tak beli sebab terlalu manis pada tekak saya.
Table cloths kami beli di kedai yang terletak disepanjang Halicilar Cd. Kami singgah disini selepas melawat Alfatih Mosque. Paling banyak pelaburan adalah di kedai Amcaogluceyiz. Memang rambang mata nak pilih. Kiri kanan sepanjang jalan ini penuh dengan kedai seumpanya. Harga pun berbaloi, kalau 10 Lira dah dapat table runner yang cantik. Untuk perjalanan kali ini, kami memang shopping di Istanbul sahaja. Dekat negara lain, just beli fridge magnet, postcard and key chain.
Ok sampai sini dulu, next country - Slovenia.
2 comments:
I want to go to Istanbul! :p
Cubie,
You should! Mandatory. Hiks
Catat Ulasan