Negara ke lima yang kami kunjungi di rantau Balkans. Dalam bahasa tempatan negara ini juga dikenali sebagai Crna Gora.
Transportation
Kami kembali menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam setelah berpisah dengan #teamEurope. Perjalanan menaiki bus dimulakan di Dubrovnik ke bandar Kotor. Menaiki bus pada jam 11.00 pagi dan mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Tapi disebabkan bus sampai lewat, hampir 11.45 baru bergerak. Tiket berharga 145.33 Kuna. Jangan lupa luggage kena bayar, seperti biasa harga di Dubrovnik memang mahal, jadinya kos yang dikenakan 10 Kuna untuk satu beg. Permandangan sepanjang perjalanan sungguh menarik! Ambik gambar tak henti, mak cik dekat sebelah mesti gelak dalam hati tengok kejakunan diri ini.
Tiket bus ke Budva
Daripada Kotor kami pergi menjelajah Budva. Jarak perjalanan hanya mengambil masa 30 minit saja dengan harga tiket bus 3.50 Euro dan luggage 1 Euro. Kemudian kami menggunakan perkhidmatan taxi untuk ke Old Town dimana terletaknya hostel kami di Budva. Tambang taxi yang kami kena bayar ialah 3.4 Euro (1.13 Euro sorg) sila pastikan anda naik taxi bermeter ye. Taxi pertama kami tanya terus charge 5 Euro. Mahai.
Accomodation
Kotor : Apartment Historic Stone House
Harga : 18.33 Euro sorg ( bilik boleh muat 4 orang)
Apartment ini terletak dalam Old Town. Kami pilih hostel ni sebab dekat dengan main bus station dan dalam Old Town. Merasa la juga duduk dalam bangunan yang berusia beratus-ratus tahun kan. Dapur pun lengkap, apa lagi shopping dekat mini mart lah. Mini mart pun dekat saja. Kalau ikut tips tuan hostel, jangan beli dalam old town kerana mahal. Kalau nak shopping beli je dekat luar. Tak de lah jauh mana pun, jalan kaki 5 minit sampai mini mart.
Kalau teruskan perjalanan ke sebelah kiri, terus jumpa Kotor Bus Station
Dekat hujung sana, Old Town Kotor dan juga lokasi Apartment kami
Laluan ke Old Town
Tangga-tangga cinta untuk sampai ke Apartment
Ada empat katil dalam Apartment
Budva : Montenegro Hostel
Harga : 13.40 Euro
Sejujurnya, kalau tidak disebabkan perkhidmatan transfer yang pihak hostel ini sediakan untuk ke Albania mungkin kami tidak akan bermalam disini. Bilik kecil dan sempit teramat. Ada sink, peti ais dan kettle saja. Demi mendapatkan diskaun 5 Euro harga van ke Albania kami sanggup. Kikiki. tapi tak de lah teruk sangat pun. Jadilah untuk bermalam satu malam.
Antara sebab kami bermalam disini, transfer to Tirana
Tourist Fees
Haaa ini adalah peraturan baru berkuat kuasa mulai September 2015. Kalau menginap dekat hostel yang beroperasi oleh orang tempatan, tourist perlu pergi ke pejabat tourism berdekatan untuk mendaftar sebagai pelancong. Seperti di Kotor, kami perlu buat sendiri dengan kos yang dikenakan ialah 1.80 Euro. Semsa di Budva pihak hostel telah masukkan kos tersebut dalam harga booking bilik dan semuanya akan diuruskan oleh pihak mereka.
Disebabkan kami tidak masuk mana-mana tempat yang berbayar, maka kos untuk entrance ticket tiada dibelanjakan di negeri ini.
Nota : Kalau berhajat nak mendaki tembok Old Town Kotor, sila pergi mendaki sebelum jam 8.00 pagi. Kalau selepas jam 8.00 pagi anda akan dikenakan bayaran masuk sebanyak 3 Euro sorg #cheapskatesejati
Budget Makan
Kami masak semasa di Kotor sebanyak dua kali. Dinner dan breakfast. Perbelanjaan di Kotor adalah 3.50 Euro sorg, Ice cream macam biasa harus lah makan, 1 Euro saja. Dekat Budva, kami makan late lunch dan ice cream saja. Harga perbelanjaan makanan di Budva ialah 8 Euro. Total makanan = 11.50 Euro.
Habis sudah bekas negara Yugoslavia yang kami berjaya lawati. Next, Albania.
0 comments:
Catat Ulasan