Ahad, 15 November 2015

Into The Balkans : The Socialist Republic of Yugoslavia (SFRY)

Assalamualaikum and Zdravo!

Post kali ini kita belajar sedikit sejarah. Sebab utama kena belajar sejarah rantau ini adalah untuk lebih memahami apa yang berlaku kepada negara sekitar rantau balkan dan terutamanya bekas negara Yugoslavia. Tapi post ini hanya sekadar cerita ringkasan sajalah ye, kalau nak tahu lebih kena baca lah buku.

1918 : 
Selepas perang dunia pertama. Kingdom of the Serbs, Croats and Slovenes terbentuk. 

1929 : 
Nama ditukar kepada Yugoslavia

1945 : 
Selepas perang dunia kedua, dibawah pemerintahan PM Tito (SFRY), terdiri daripada enam negara berikut : 1/ Slovenia, 2/ Croatia, 3/ Bosnia & Herzegovina, 4/ Serbia , 5/ Montenegro, 6/ Macedonia dan dua provinces Kosovo dan Vojvodina. Sepanjang pemerintahan PM Tito, beliau berjaya menyatukan rakyat di Yugoslavia. Kiranya zaman ini zaman kegembiraan di rantau ni. 

1980 : 
PM Tito meninggal dunia. Mula lah muncul ketegangan dirantau ini

Sumber : Google

1991 : June 
Slovenia negara pertama yang keluar daripada Yugoslavia. Nasib Slovenia baik kerana populasi penduduk yang hampir 90% adalah bangsa Slovenians. Kiranya bangsa Serbs tidak ramai, jadi proses kemerdekaan mereka tidak mendapat tentangan hebat daripada ibu negera Yugoslavia yang terletak di Belgrade, Serbia. Disusuli oleh Croatia sebagai negara kedua menuntut kemerdekaan. Disebabkan 12% penduduknya adalah Serbian, maka kemerdekaan Croatia mendapat tentangan agak hebat selama empat tahun dan antara yang teruk dibedil tentera Serbs adalah Dubrovnik.

1992 : Januari
Macedonia pula mengikuti jejak langkah Slovenia dan Croatia.

1992 : April
Bosnia and Herzegovina menjadi negara keempat. Inilah punca terjadinya perang paling teruk dirantau ini selepas perang dunia kedua. Ini adalah kerana negara Bosnia mempunyai penduduknya hampir sama rata jumlah setiap bangsa (43% Muslim, 31% Serbs, 17% Croatian) rekod pada tahun 1991. Dalam proses memerdekakan negara, Bosnia menerima serangan paling hebat oleh pihak Serbia. Dan yang paling sedih, perjanjian sefahaman antara Croatia dan Bosnia mahu bersama-sama memerangi Serbia pada akhirnya pihak Croatia pula yang berpaling tadah menyerang Bosnia. Kalau ingin tahu kesan perang terhadap negara Bosnia serta minda rakyat Bosnia (terutamanya dibahagian majoriti Muslim) boleh baca buku ye. Sila jangan malas sebab nnt blog ini dah bertukar jadi blog subjek sejarah pula kalau nak hurai secara detail.

Pada tahun yang sama juga, Serbia dan Montenegro membentuk sebuah negara yang dikenali sebagai Federal Republic of Yugoslavia.

1995 : November
Bosnia, Serbia dan Croatia menandatangani perjanjian Dayton Peace Accord untuk menghentikan perang yang sedang berlaku di Bosnia

1996 :
Kosovo dibawah pimpinan Kosovo Liberation Army memulakan langkah untuk merdeka daripada Serbia

1998 : March
Serbia mula menghantar tentera ke Kosovo dan terjadinya perang guerrilla.

2004 : March 17
Perang ethnic paling teruk terjadi di Kosovo sejak peperangan pada tahun 1999.

2006 : May
Montenegro berjaya mendapatkan kemerdekaan.

2008 :
Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan daripada Serbia. Walaupun tidak dipersetujui oleh Serbia dan sehingga kini hanya beberapa negara didunia yang mengiktiraf Kosovo sebagai sebuah negara yang merdeka.

Sumber : Google

Ha, gitulah serba sedikit kisah sejarah bekas negara yang bernama Yugoslavia. Kalau baca buku macam mana Serbia control media untuk Yugoslavia, macam mana tentera-tentera dikerahkan untuk serang Bosnia and Croatia memang sedih. Ada satu buku, orang Bosnia sendiri yang tengah national service tak tahu yang negara dia serang diserang. Cumanya dia rasa pelik bila dalam camp tentera orang-orang Serbia berkelakuan pelik dengan diorg daripada Bosnia. Sampailah dia larikan diri daripada camp tentera baru dia tahu apa yang tengah terjadi. Bayangkan perasaan bila dia fikir, dia dalam camp tu cuci senjata, service kenderaan semua tu untuk prepare serang kampung sendiri, serang keluarga sendiri. Sedih.

Tapi syukur alhamdulillah sekarang semuanya telah berakhir. Negara di rantau ini semakin meningkat maju terutamanya dalam pelancongan. Hanya Kosovo yang masih belum merdeka sepenuhnya. Pemerintahan di Bosnia juga sehingga sekarang terbahagi kepada tiga pemimpin mengikut ethnic.

Bak kata Neno, pemandu pelancong kami di Sarajevo...please tell your friends, our country is safe now. We are not in the war anymore.

Tapi dunia tidak pernah belajar daripada sejarah yang telah berlaku.
 #prayforhumanity

She has said what I want to say. 

Location: Belgrade, Serbia

2 comments:

Azian Elias berkata...

teringin gak nak travel ke tpt2 macam ni.. thanks for the info gak..

hidayahrodhi berkata...

Kak Azian,
Harus masuk dalam list travel Balkans ni, sngt cantik dan unik.
Semoga bermanafaat apa yg dikongsikan.