Assalamualaikum and Zdravo!
Thursday | 10 September 2015
From Dubrovnik to Kotor, Montenegro
Bergerak menuju ke Kotor agak lewat kerana bus sampai lambat di Dubrovnik. Pagi ini cuaca sekejap suram sekejap cerah terang benderang sekejap rintik-rintik hujan turun. Apa pun selamat sampai ke Kotor dengan selamat. Permandangan sangat cantik. Dalam bus ini, kami berjumpa dengan sepasang suami isteri daripada US. Bertahun mengembara bersama keliling dunia. Uncle tu siap pakai baju batik Indonesia. Semangat dia tegur kami sebab dia cakap dia suka travel dekat South East Asia. Bila tau kami daripada Malaysia, lagi hebat dia sembang. Suka betul diorg bercerita. Siap tunjuk visa Malaysia dalam passport diorg.
Sampai saja di Kotor, tanpa buang masa terus mulakan misi menjelajah Kotor. Kalau dilihat skala kota ini berbanding Dubrovnik, saiznya lebih kecil. Terletak di kawasan Bay of Kotor. Selesai menjelajah, singgah ke pasaraya untuk membeli bahan makanan untuk dimasak pada malam harinya dan breakfast esok hari.
The Bay of Kotor
Friday | 11 September 2015
The Fortress of St John
Sebelum jam 8.00 pagi kami dah memulakan pendakian untuk tawan Fortress of St John. Sebanyak lebih kurang 1350 anak tangga yang perlu didaki untuk sampai ke atas. Alhamdulillah berjaya juga kami pagi itu untuk sampai ke puncak. Pemandangan memang sangat cantik dan menarik kerana pancaran matahari dapat dilihat sedikit demi sedikit menyinari kota Kotor.
Peta Fortress. Entrance fee : 3 euro
(sila mulakan pendakian sebelum jam 8 pagi @ selepas 6 petang untuk pendakian secara percuma)
(sila mulakan pendakian sebelum jam 8 pagi @ selepas 6 petang untuk pendakian secara percuma)
Selepas siap makan tengahari kami bergerak ke satu lagi kota lama di Montengero, iaitu Budva. Kota ini kedudukannya hampir sama dengan Dubrovnik tapi berskala kecil. Dari segi, senibinanya tidak banyak beza dengan Kotor.
Saturday | 12 September 2015
Budva to Tirana
Memulakan perjalanan ke negara terakhir iaitu, bandar Tirana di Albania.
0 comments:
Catat Ulasan