Assalamualaikum and Hello!
Post kali ni nak cerita apa yang kami dapat buat sepanjang berada di North Island dalam lebih kurang tiga hari dua malam. Tapi sebenarnya macam dua hari, dua malam saja pun sebab sampai North Island pun dah petang.Dengan kisah tunggu kereta sewa yang drama lambat gila tu. Sampai hotel terus masuk tido je hari pertama tu.
1 Disember 2016
Hari ni kami plan ke Hobbitton lah mana lagi kalau dah drive daripada Auckland sampai ke Matamata malam-malam buta semalam kan. Kiranya objektif utama kami ke North Island ni adalah nak masuk ke Hobbiton ni je.
Walauoun cuaca mendung, kami tiada pilihan pun sebabnya esok dah flight ke Sydney dah. Jadinya kami proceed je. Tapi awal pagi keluar sebabnya baca review semua cakap pergi awal pagi sebab orang tak ramai dan lebih selesa nak ambik gambar.
Tempat beli tiket di pekan Matamata
Sebab masih awal pagi, orang memang tak ramai nak beli tiket.
Tak payah beratur pun.
Ni tour guide kami masa dekat Hobbiton, sweet je budak nya.
Tempoh lawatan dalam kawasan perkampungan hobbit ni memang kena ikut masa yang telah ditetapkan. Macam biasalah, kami empat ketul yang selalu lambat sampai checkpoint sebab teruja lebih ambik gambar. Tapi semua orang pun ok saja. Baik je tak de lah nak moody tunggu, mayb sebab masih awal pagi orang masih ceria and belum penat.
Lepas selesai lawatan sini, kami bergerak ke Rotorua pulak. Sebenarnya banyak plan nak buat dekat north island ni, tapi semua pun dah malas dan misi utama dah tercapai. Jadinya kami gerak ke Rotorua tanpa arah tujuan. Just masuk kereta, jom ke Rotorua.
Sampai tepi tasik terus bentang tikar picnic.
Driver mengantuk, terus tido bawah pokok. Layan.
Lepas tu round town dia, nampak ada night market. Singgah kejap sini.
Cuci mata, beli ice cream.
Pemandangan semasa perjalanan pulang daripada Rotorua ke Matamata
2 Disember 2016
Daripada Matamata ke Auckland kami tak singgah pun mana-mana tempat. Terus saja ke airport. Mujur sampai awal, ada drama nak checked in. Lama juga lah nak tunggu semua orang dapat boarding pass. Nasiblah staff semua baik dan sabar layan.
Selamat tinggal bumi New Zealand! Hello Sydney!
2 comments:
bestnya pergi Hobbiton
Dorsett Pink,
Memang itulah tujuan singgah ke North Island pun, Syukur tercapai hajat.
Catat Ulasan