Jumaat, 7 April 2017

Transit Sydney : Sydney in 24hrs

Assalamualaikum dan Hello!

Kisah perjalanan kami di Sydney pada hari persinggah kedua. Kiranya hanya hari ni je kami ada full day nak explore Sydney. Lepas sarapan pagi kami terus bergerak ke Fish Market Sydney dengan jalan kaki daripada Hostel yang lebih kurang dalam 2.2km.

Sebelum sampai tempat tujuan pertama kami singgah bergambar dekat Power House Museum dan lepak kejap dekat cafe cute ni.




Cantik id kedai kopi ni.

Meneruskan perjalanan, cuaca agak kelam pagi ini.

Sampai sudah!


Tengoklah hasil ternakkan lautan di Australia ni.

Kami makan tengahari terus dekat sini walaupun masih awal lagi untuk lunch. Mmg sangat puas hati lah makan dekat sini. Sedap dan segar!

Kemudian kami patah balik ke Paddys Market, tapi naik tram sebab bila kenyang semua orang malas nak jalan kaki. Sayang lemak.



Lama juga lah kami dekat dalam ni. Semua benda, semua kedai nak dibelek. 
Nak kata shopping beria tu tak de pun, tapi leka dok belek barang.

Balik ke Hostel semula untuk letak barang, dekat saja dengan hostel Paddys market ni. Lepas dah letak barang, terus solat siap-siap sebab nak keluar balik nanti sampai malam. Misi sebelum ke Rotal Botanic Garden adalah singgah Body Shop untuk beli barang pesanan kawan sebabnya Body Shop sini murah daripada dekat Malaysia plus tengah ada sale dekat sini.

Bila keluar daripada Hostel, cuaca cerah terang benderang

Tugu baru

Tiba-tiba jumpa Sydney Hospital

Teruja la kejap nak melawat kawasan,
 nak buat macam mana skop kerja mmg Arkitek buat Hospital kan.

Aman damai je hospital ni, tak ramai pun pesakit siap kita orang luar ni jalan keluar masuk macam tu je. Sebenarnya ni jalan pintas untuk sampai ke Royal Botanic Garden.


Bunga dekat dalam hospital pun kembang elok cantik

Art Gallery of NSW, ada pameran orang bogel dekat dalam. 




Memang layan duduk lepak dekat Royal Botanic Garden ni. Tengok depa dok buat aktivi tido berjemaah. Kami pun cari port nak landing kejap, ambik angin dekat sini.

Meneruskan perjalanan ke Iconic Building!



Haaaa, mengadap! Kali pertama nampak betul-betul depan mata sendiri.
 Sydney Opera House

Interior dalaman.

Punyalah ramai manusia. Panas-panas ni singgah beli ice cream dulu.

Sydney Harbour Bridge. Niat dihati nak jalan kaki atas jambatan tu. 
Tapi semua dah kekurangan tenaga.

Meneruskan perjalanan ke Observatory Hill Park . Layan juga lepak dekat sini sebab tak berapa nak ramai manusia macam dekat Opera House tu. Tengah syok kami baring-baring, datang sekumpulan remaja, bentang tikar picnic bukak kotak KFC. 

Disebabkan kami tak tahan godaan bau KFC terus bergerak ke misi terakhir kami hari ini. Niat nak jalan kaki atas Harbour Bridge pun terbantut sebab penat and lapar KFC #alasan

Sydney Harbour Bridge dan Opera House daripada Luna Park

Lepak sini sampai gelap malam. Tapi ramai je manusia lagi dekat sini. Siap ada wedding lagi. 

Kami sampai dekat train station untuk pulang ke hostel, time tu lah baru keluar pertunjukkan bunga api! cis. Layan daripada train station je. Dah la lapaq KFC, tak dapat tengok bunga api tepi Harbour. Double sad! Jom lah balik tido dan kemas barang. Esok pagi dah nak ke airport.

Location: Sydney NSW, Australia

0 comments: