Jumaat, 22 Februari 2019

Al - Andalus 2018 - Osuna and Zafayona

7 November 2018

Assalamualaikum and Hola

Meneruskan perjalan ke bandar seterusnya, Osuna. Perancangannya, nak berhenti dekat sini nak masuk Plaza de Toros. Nak masuk situ pun katanya murah ja kena bayaq E2.00 saja. Kalau yang layan cerita Game of Throne, Plaza de Toros Osuna ni muncul masa season 5 sebagai The Fighting Pit of Meereen.

Beginilah cuaca mendung sepanjang perjalanan daripada Cordoba ke Osuna

Parking kereta belakang tempat tunjuan. Masa sampai sini memang nampak la bandar ni macam tak berapa nak ada orang. Bila sampai depan pintu masuk, tengok tutup. Pusing kiri kanan tak dak orang nak tolong tanya.






Last-last tanya dekat orang dekat kedai makan berdekatan. Dia cakap tutup nanti bukak balik jam 5 petang macam tu. Cis, mmg korng ni siesta betul lah! Kami sampai tu dalam jam tiga lebih macam tu la. Lambat lagi nak tunggu sampai jam lima, itu pun kalau betul on time dia mai bukak pintu. Lepak kejap dekat kedai minum air panas hujan-hujan ni.

Pikir-pikir, baik kita teruskan aja lah perjalanan kita terus ke hotel penginapan untuk hari ini. Hujan sama ni memang membuatkan kita jadi nak berselimut atas katil saja. Gagal lagi misi menjejak tempat shooting GOT ni.

Jalan pulang ke tempat parking. Memang sunyi betul bandar Osuna ni

Malam ini kami akan menginap dekat hotel yang terletak dekat bandar yang populasi dia dalam 3k je manusia, Zafayona. Lokasi hotel ni ikutkan lagi 30 minit drive dah boleh sampai Granada. Tapi, sebab dijangka sampai Granada dalam waktu malam, so kami decide bermalam dekat sini saja. Esok pagi baru berangkat ke sana. Selesai urusan semua kita lintas jalan masuk kedai makan. Order makanan seafood dan bagitau tak nak letak wine or sewaktu dengan nya dalam masakan.

Chef in the house

Selain makanan wajib dekat Spain diatas, kami juga order vege pizza.

Lepas tu terus masuk bilik tido sebab cuaca masih bergerimis hujan dan sejuk lain macam sikit malam ni. Berselimut sambil layan social media. Nak tengok tv tak faham sebab semua bahasa sana.
Location: 41640 Osuna, Seville, Spain

0 comments: