9 November 2018
Assalamualaikum and Hola!
Ok lepas kami dah turun daripada Alhambra ni lalu la balik jalan yang penuh dengan kedai-kedai jual barangan kulit. Kebetulan pulak masa turun tu lagi sejam nak solat Jumaat. So ada beberapa gerai dah start nak tutup kedai. Mostly kedai barangan kulit ni orang Muslim punya la.
Kami pun masuk satu kedai ni, baik orang dia. Dia cakap lemah lembut ja. Layan ja perangai sorang-sorang nak try macam-macam jenis beg dia. Last2 dia bagi diskaun banyak jugak sebab dia cakap Hari Jumaat. Alhamdulillah.
Serius murah sebab bila kami jalan-jalan dekat kawasan city centre dekat bawah lagi tu. Memang tak dapat dah harga dia bagi. Siap orang kedai tu terkejut kami dapat harga macam tu. Terus rasa rugi tak beli banyak dekat kedai dia tadi.
Lepas try kena ambik gambar pulak tunjuk nak tengok ok ke idok,huhuhu..mana tak lama dalam satu-satu kedai
Lepas dah beli balik apartment terus tukar beg baru. Gitu
Lepas dah makan dekat kedai kebab area depan apartment tu, kami pun menjelajah la kawasan bandar Granada ni. Jalan kaki saja.
Depa dah start gantung-gantung hiasan untuk sambut krismas
Sama ja lah gaya rekabentuk bangunan dekat sini dengan bandar-bandar lain di Eropah
Tugu sapa tak tau, semua dalam bahasa depa kan.
Main ikut kaki melangkah je ni. Nampak kedai best masuk kejap. Tak kuat iman, memang terbeli la dua tiga benda.
Lepas tu tetiba sampai kawasan ni. Gereja apa pun tak tau nama dia.
Sedap suara budak ni menyanyi ala2 Pavarotti sora dia
Jom jalan lagik, sorg lagi model dengan beg baru
Autumn dekat sini tak semeriah macam dekat Jepun or Korea la..ada la kuning2 sikit nampak dekat area ni
Tengah dok lepak depan kawasan ni tetiba dengar music macam orang dok menari Flamenco
Betoi dah nih..terus kita tonton live dan free (ini yang penting)
Depa menari dengan penuh perasaan mimik muka semua puas hati. Lepas habis tarian yang baju hitam tu, hat skirt kaler merah pulak tunjukkan skill dia.
Habis lah sudah siri penjelajahan kami di bumi Granada
0 comments:
Catat Ulasan