Jumaat, 19 April 2019

Al - Andalus - Castilo de Sao Jorge, Lisbon

14 November 2018

Assalamualaikum and Ola!

Setel beli tiket ke Sintra esok, kami memulakan perjalanan ke arah Castilo de Sao Jorge. Lisbon ni bentuk muka bumi dia memang berbukit-bukit. Dah la berbukit, laluan tram dengan kereta pun tak lah besar mana kan. Memang agak scary jugak la kalau kena drive dalam bandar Lisbon ni.


Ayuh mari kita memanjat

Kami kena naik keatas sana itu. Nasib la ada disediakan lift

Berbukit, syukur la tak payah drive masa dekat sini (walaupun bukan driver, tetap rasa cuak)

Dah sampai atas, kita ambik gambar view dulu sebelum meneruskan perjalanan

Jom teruskan perjalanan ke bahagian atas sana

Jalan untuk kereta dia memang kecik sempit



Arco do Castelo

Sampai sudah

SĂ£o Jorge Castle (PortugueseCastelo de SĂ£o JorgeSaint George Castle) is a Moorish castle occupying a commanding hilltop overlooking the historic centre of the Portuguese city of Lisbon and Tagus River. The strongly fortified citadel dates from medieval period of Portuguese history, and is one of the main tourist sites of Lisbon.

Masuk beli tiket dulu

Sebelum masuk, kami singgah dulu cafe berdekatan beli bekalan makanan. Nanti nak lepak makan dekat dalam kawasan kubu nih. Nak beli tiket tak berapa nak kena beratoq panjag pun la masa kami sampai sini. Masuk dalam pun tak panjang barisan. Tapi dari tengok cara depa dok susun penghadang ni, kalau lewat sini ramai la kot kena la beratoq.


Gitu view daripada sini. Nampak terus jambatan merah 

Kami duduk lepak makan mengadap view ini

Banyak juga lawatan budak sekolah. Siap ada pelakon watak zaman dulu siap pakai baju bagai. Duduk dengar je lah dia bercerita dekat budak-budak ni, tapi memang tak faham la. 







The castle walls and towers, constructed during the Moorish occupation of Lisbon

Comel je beratur naik tembok istana

Berlakon je ni konon nak turun naik tangga sini, tapi penat jugak la berlakon pun sebab asyik kena ulang je naik turun naik turun.

 Negara ke 31 saya!

Dekat sejam lebih or dua jam macam tu la kami lepak dekat sini. Plus berhenti makan, pergi toilet semua tu kan. Then kami turun ke kawasan Alfama pulak.
Location: Lisbon, Portugal

0 comments: