Isnin, 29 April 2019

Al - Andalus : Lisbon to Sintra, Portugal

15 November 2018

Assalamualaikum and Ola!

Berpagi pagi kami terjah station keretapi. Tiket yang beli ke Sintra smlm tu mmg tak ada cakap la time berapa. Ala2 macam tiket kita p KLIA tu. Suka hati nak naik bila. Masa sampai tu haruslah ramai manusia nak pergi kerja kan. Rossio Station ni plak boleh la dalam kategori KL Sentral. Semua train ke stop sini. Last station gitu.

Sebabkan kami naik train ke Sintra tu jam 8.30 mcm tu, orang tak ramai la lagi. Tapi masa train ni sampai daripada Sintra penuh padat orang

Sepanjang perjalanan ini....memang lalu station je banyaknya

Nampak penuh ke tak penuh train nak ke Lisbon tu

Beza platform ke arah Sintra dengan platform ke bandar. Biasala, mana-mana tempat pun kalau dah hari kerja memang gitu la suasana pagi.

Alhamdullilah, sampai sudah!

Tepat jam 9.00 pagi kami sampai dekat Sintra

Sebelum keluar daripada station ni, kami terus pergi beli tiket nak masuk Pena Palace. Sebab dok baca, kalau beli dekat pintu masuk nanti agak panjang barisan. Dan memang tepatlah. Bila kami sampai depan pintu masuk tu, barisan orang nak beli tiket memang panjang.

Dah setel beli tiket, jom kita beli tiket bus pulak

Haaa, ini adalah perjalanan yang boleh pilih bila dah sampai dekat Sintra ni. Macam kami, kami beli pukal untuk tiga-tiga laluan bus. Tapi, kalau sampai sini time summer, siang panjang kan...boleh beli dua line je. line yang kaler hijau tu boleh ja nak jalan kaki pergi Quinta de Regaleira daripada train station ni. 


Setel bab tiket dengan bus, jom keluar cari bus stop

Bus sudah sampai, ayuh kita ke destinasi pertama di Sintra


Location: Sintra, Portugal

0 comments: