Rabu, 29 Mei 2019

Al - Andalus : University of Coimbra, Portugal

18 November 2018

Assalamualaikum and Ola!

Selepas bertungkus lumus memanjat tangga mendaki bukit akhirnya kami sampai di University of Coimbra. Selalunya, orang yang datang kawasan sini akan masuk dalam perpustakaan dia yang dikatakan cantik rekabentuk dalaman dia tu. Tapi sebab kami jenis cheapskate, so kita jalan-jalan dekat luar kawasan saja.

The University of Coimbra; is a Portuguese public university in CoimbraPortugal. Established in 1290 in Lisbon, it went through a number of relocations until it was moved permanently to its current city in 1537, being one of the oldest universities in continuous operation in the world, the oldest university of Portugal, and one of the country's largest museums of higher education and research institutions

Plan asal kami nak pergi cari Fakulti Built of Environment untuk tengok stuido student architecture dekat sini plus nak lawat galeri hasil kerja student-student macam buat tahun 2014 masa masuk ke University of Technology Delft. Tapi, orang yang jaga info pertanyaan yang tempat nak beli tiket tu bagitau, sebab hari ni Ahad semua fakulti tutup. Kalau datang esok boleh la masuk tengok. Sedih! So kita pun merayau-rayau saja lah dalam kesejukkan hari kelabu di sini.

Sunyi betul

Fakulti Elektrik kot ni

Asia NTM sket

Ambik daripada depan pintu masuk tempat nak beli tiket masuk perpustakaan or tempat pertanyaan dan ada pameran buku-buku untuk jualan dan sikit info pasal kawasan university

Ini kawasan square univerisity

Kalau hari biasa dan cerah tak hujan, mesti akan nampak student akan lalu lalang dengan pakai jubah macam dalam cerita Harry Potter. Banyak sumber yang cerita, JK Rowling dpt ilham gambaran suasana dalam Hogwarts tu masa dia duduk mengajar dekat Porto dan juga daripada jubah student dekat sini. Boleh baca info daripada websiti Fodors


The Johannine Library (PortugueseBiblioteca Joanina) is a Baroque library situated in the heights of the historic centre of the University of Coimbra, by the university tower. in the civil parish of Coimbra (SĂ© Nova, Santa Cruz, Almedina e SĂ£o Bartolomeu)municipality of Coimbradistrict of the same name. 
Built in the 18th century during the reign of the Portuguese King John V, it is part of the University of Coimbra General Library. It is a National Monument and has a priceless historical value being one of the main tourist attractions among the older monuments belonging to the university.
Pintu Library

Ini pulak statue King Joao III yang mengarahkan lokasi University ini dikekalkan di bandar Coimbra






Masa kami dekat sini, hujan agak lebat juga. Sejuk hoi, so kami pun lepak la dulu dekat dalam bangunan ini. Ada kedai cenderahati, tapi kami tak beli apa pun. Masuk belek-belek saja. Then cuaca dah ok sket, kita pun gerak la turun ke bawah balik semula

Laluan lain kami guna, ikut hati perasaan je ni,..asalkan menurun jalan dia kita ikut saja. Mujur tak sesat. Tapi memang tak akan sesat lah kot sebabnya kecik je bandar ni pun.

Seberang ke sungai sebelah sana ada beberapa kedai makanan halal

Lepas tu jumpa pulak cafe cantik ini. So kita masuk lah minum-minum petang untuk kurangkan sejuk dalam badan

Semua rumah dekat sini, macam-macam jenis saiz pintu kami jumpa

Pagi sampai ke petang la sunyi sepi bandar ni


Sampai sudah dibahagian bawah

Masa tengah dok jalan dekat sini, tetiba ada orang bagi salam. Terkejut jugak la kan mana datang. Rupanya ada sorg student ni, dia cakap dia nampak kami dok bersiar-siar tadi. Nak tegur jugak sebab Muslim. Dia daripada Mozambique, bakal Doktor Perubatan Ahmad ni. Peramah la dia, sambil jalan ke bandar sembang-sembang. Dia cakap jarang nampak pelancong muslim datang bandar ni.

Then, lepas babai kami pun plan nak pergi beli makanan dulu sebelum naik train nanti. Cari punya cari kedai, ada kedai roti and kek saja yang bukak. Jadilah, lepak la dalam cafe tu sementara nak kembali ke Coimbra-B nanti.

Sebelum ambik beg dekat hotel tu, kami bersihkan dulu diri apa yang patut dekat toilet dia. Lepak kejap dekat sini. Serius tak de orang pun datang tanya ke apa, sebabnya mamat tadi dah habis shift dah malam ni.

Cosy betul, rasa nak lena satu malam dekat sini.

Angkut je beg semua, terus bergerak ke train station. Sampai station Coimbra-B kami pun masuk tunggu dekat dalam bangunan. Tak kuasa nak lepak dekat bahagian luar sebab sejuk nak mampus malam ni. 

Train sampai on time, ada dua train skali bersambung. Satu akan ke Madrid, satu lagi akan ke bahagian Utara Spain. So memang kena make sure naik train yang betul lah. Sebab nanti bila dah berpecah tu habis cerita la kalau dah salah. Huhu..tapi jangan risau, ada je pekerja dia tolong bagitau bila tunjuk tiket.

Kami masuk ke compartment tu, terus simpan barang. And lena! Sebab tilam semua depa dah pasang siap. Tiket pun dia dah check masa masuk tadi. So kita terus kunci la pintu. Nak cakap lena sangat pun tak la jugak sebab bergerak-gerak. Tapi suhu dia ok just nice tak lah sejuk. Sunyi pun sunyi tak dengar langsung suara orang. Bila dah pagi, baru dengar orang sembang dekat luar corridor.

0 comments: