Selasa, 11 Jun 2019

Mangsa Pickpocket di Bandar Madrid, Spain

Assaalamualaikum and Hola!

Sampai sudah masa untuk menceritakan kisah tragis duka lara hari pertama menjejakkan kaki di bumi Madrid. Walaupun owner rumah dah bagitau awal-awal pasal isu pickpocket dan mintak kami semua berhati-hati tapi benda dah nak jadi kan, dalam dok beringat tu.

Kisah dia, mmg tak sedar weh bila kena. Sebabnya semua orang tak perasan. Tapi tiba-tiba beg zip terbukak besar. Check dalam beg, gone baby gone!. Kalau duit ja gone tu boleh la jugak nak terima, tapi ni passport! passport pun lesap skali. Sudahla baru hari pertama, ada lagi 17 hari nak merantau ni. 

Lepas terkejut tu, kami semua duduk di tepi tempat yang luas dan tak ramai orang. Then kami decide untuk patah balik route tadi, mana tau depa yang ambik tu buang je passport just ambik duit je. But still tak jumpa. Lepak ambik nafas. Next kena cari police untuk buat report lah jawabnya.

Kawasan yang kami syak berlakunya kejadian malang ini. Gambar ini diambil sebelum kejadian. Sebab lepas kawasan kedai ni kami stop untuk lintas jalan, masa tunggu lampu hijau tu yang salah sorg perasan beg kawan dah terbukak luas

Tapi sebelum tu, kami dah pin tempat kejadian supaya senang nak bagitau police lokasi yang kami agak terjadi kejadian malang ni. Lepas tu kami jalan cari police yang dok berlegar-legar sekitar kawasan untuk tanya mana balai police yang bukak sebab hari Ahad. Orang yang ambik ni rasanya dia memang tak perlu kerja dalam tempoh yang agak lama, sebab mau dekat 600 euro dia dapat. Nak jadi cerita kawan mlm semalam dia dah keluarkan sampul untuk asing-asingkan duit macam selalu buat, tapi dia penat sangat (yelah dekat 24jam juga perjalanan dengan trasit bagai lagikan, tido tak cukup) dia tak buat. Apa lagi memang habis lah. Nasib la kami berempat kan, boleh la bukak tabung amal Madrid untuk bagi dekat dia. Tak dapat bayangkan jugak kalau travel solo mcm mana, memang kena ihsan orang dekat kedutaan la gamaknya.

Dalam masa yang sama, call bank dekat Malaysia untuk cancelkan credit and debit card. Nasib la proses agak mudah untuk cancelkan card tu. Sebelum sampai balai police dah berjaya. Agak jauh la jugak kena menapak untuk sampai ke balai police ni. Masuk je, haaaaa...ramai dah dok tunggu nak buat report. Ambik no giliran tunggu dekat satu ruang khas. Bab menunggu saja dekat dua jam!

Masa menunggu tu sempat la borak dengan beberapa mangsa yang semuanya pelancong. Ada daripada UK, USA, Jepun and sorng lagi tu German. Semua cerita depa pun sama ja, seruis semua tak sedar bila jadi. Tak perasan dan bila nak cari duit, gone! Memang cekap depa buat kerja.

Bila dah lama sangat, terus berkelah dekat balai police. Haaa pernah korg picnic dekat balai police? kami dah buat dekat Madrid. Been there done that giteew. Then keluar jalan-jalan sekitar balai police, terjumpa satu kedai runcit Asian. Terus beli beras dengan beberapa barang dapur.

Dah tiba angka giliran, kami masuk empat-empat dekat dalam. Then bila duduk, dia tanya English? bila jawab yes, then dia pun panggil sorang minah ni datang untuk jadi jurubahasa. So komunikasi adalah thru budak tu. Dia sebut perkataan Melayu pun elok ja, tak pelat...(bila baca alamat rumah, Johor Bahru serius macam lidah melayu). Sempat lagi puji dia. Macam cakap awal tadi, bila dia tanya lokasi kami terus tunjuk tempat yang dah pinned dekat phone.


Angka giliran, tapi dekat screen tak dok no yang naik. Kena tunggu abg police yang bertugas datang panggil. 

Sambil tunggu, sempat la buat catatan harian. Group dekat hujung tu sembang punya la kuat macam tengah buat reunion pun ada. Semua orang lah boleh dengar, tapi tak faham la sebab dalam bahasa depa

Setel bab police ni, kena pergi kedutaan pulak untuk buat passport baru. Sebabkan hari Ahad, esok saja kita terjah. Nasibla esok dah dapat kereta dan tak perlu nak berkejar-kejar train ke apa ke. Kami sambung balik aktiviti penjelajahan balik semula.

Nasihat saya, kalau terjadi benda-benda musibah macam ni, kita kena bertenang, redho then move on. Tak perlu nak sedih lama2 sangat (wpun susah nak let go kan, tapi jangan la jadikan benda ni untuk spoiled the whole trip) Kawan-kawan yang join pun, jangan marah. Benda dah jadi kita selesaikan je apa yang patut. Bab ni sangat bersyukur semua ahli jemaah tak de yang buat perangai pelik. 

So, next day kami call dulu kedutaan tanya lokasi dan nak make sure bukak jam berapa. Owh satu lagi penting, sila simpan no kedutaan siap-siap..gambar passport simpan dalam hp jugak ye. Mujur bab ni kami dah kira selamat sebab tiap kali trip mmg wajib dah buat.

Lokasi kedutaan dekat Madrid ni cerita dia memang kena ada kereta baru senang dan mudah sampai sebab lokasi di luar bandar dan dalam kawasan perumahan. Alhamdulillah kami sampai tanpa sesat2 pun. Mudah kerja bila ada google map ni. Setel parking kereta, jom kita masuk dalam.

Jom kita masuk dalam

Masuk je dalam, terus pergi dekat kaunter. Orang dekat sana dah tau la kedatangan kami sebab dah call dulu and dah cerita, so depa terus bagi borang-borang yang perlu diisi. Antara benda yang perlu diisi no passport terkini (yang hilang) dan no passport yang terdahulu. Nasib la kawan yang hilang ni dia bawak passport lama dia. Dekat situ dah ada dua no passport lama dia kan. Setel je isu no passport wpun kami isi untuk tiga tahun saja.

Banyak juga la benda nak kena isi

Setel isi, kena pergi ambik gambar pulak dekat luar. Paling dekat ke Tesco. Depa akan bgtau la lokasi. Kebetulan masa kami nak bersiap-siap ke tesco, terjumpa couple daripada Penang baru masuk. Rupanya depa baru balik daripada pergi ambik gambar. So depa bgtau kami jugak dekat mana lokasi mesin ambik gambar tu.

Kisah depa pulak, satu beg kena curi masa tengah lunch dekat Barcelona. Seruis tak perasan, and yang depa ingat ada mamat ni datang nak tanya lokasi tempat. Lepas mamat tu blah, baru depa sedar beg satu dah lesap. Depa kena Sabtu, tapi tak turun ke Madrid on that day jugak sebab plan depa Ahad baru ke Madrid. Kira ok la jugak tak ganggu plan asal. Kalau depa mmg tak plan nak turun Madrid haaa itu cerita lain. 

Ok back to our story, lepas sampai Tesco ambik gambar, sempat lagi masuk supermarket beli barang. Pergi masuk bodyshop sebab ada perkataan SALE. Hahaha, nampak tak betapa kami enjoy the moment. Tak rasa cuak lah kiranya. Kikiki.

Inilah mesin tempat untuk ambik gambar

Gambar untuk kenangan

Bila balik semula ke kedutaan, ada pegawai atasan dia dalam pejabat. Sempat la dia temu bual kami tanya kisah kami. Sembang-sembang siaplah jugak passport kecemasan. Then sebelum balik boleh pulak kami request nak ambik gambar. Terus dia ajak masuk bilik tetamu untuk bergambar. Sempat jugak dia buat tour dekat kedutaan ni. Dia gelak je tengok gelagat kami yang ceria dan dia cakap korang ni macam tak ada masalah betul. Hahaha.

Gambar kenangan bersama En Faizul, nampak tak muka mangsa yang paling seronok 
sekali macam tak de masalah dunia

Happy urusan sudah selesai mari kita teruskan misi di Toledo

Masa nak boarding flight ke Amsterdam dengan nak balik ke Kuala Lumpur banyak la jugak soalan yang kawan kena jawab bila petugas airport tengok lain macam passport ko ni. Sampai KLIA, terus kena buat report lagi dekat balai police dalam KLIA.

Dekat dua bulan juga la baru setel duit pampasan insurance. Yang penting, duit urusan nak buat passport tu kena simpan la. Macam contoh kalau naik Uber ke simpan la resit tu, resit ambik gambar, resit bayaran dekat kedutaan semua boleh dapat balik dengan pampasan kehilangan beg. Janji ada laporan police dekat negara kejadian dengan negara sendiri.

Begitulah pengalaman kami di hari pertama penjelajahan di bumi Al-Andalus tahun lepas. Pengalaman yang mendewasakan.

Habis.
Location: Madrid, Spain

0 comments: