Memaparkan catatan dengan label Architecture. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Architecture. Papar semua catatan

Rabu, 2 Mac 2016

Into The Balkans : Grand Bazaar

Assalamualaikum and Merhaba!

The Grand Bazaar in Istanbul is one of the largest and oldest covered markets in the world, with 61 covered streets and over 3,000 shops which attract between 250,000 and 400,000 visitors daily. Wikipedia

Disebabkan sejarah itu, wajiblah singgah ke sini kalau sudah sampai Istanbul. Kami memang niat untuk lawatan sambil cuci mata saja disini. Sebabnya ramai orang nak shopping pun kurang selesa ditambah pula dengan harga yang mahal berbanding tempa lain.

Kami memasuki Grand Bazaar melalui Gate 5


Antara lorong yang terdapat didalam kawasan Grand Bazaar

Kagum tengok detail dkt bahagian siling itu.

Harga dekat sini memang mahal berbanding dikawasan Taksim berdekatan dengan Galata Tower

Sini, satu 5TL. Kurang pasti berapa dia boleh kurangkan. Kami beli benda yang sama dengan harga satu 2TL dikawasan Galata Tower

Gambar yang sinomin dengan Grand Bazaar

Ahad, 28 Februari 2016

Into The Balkans : Valens Aqueduct & Al Fateh Mosque

Assalamualaikum and Merhaba!

Valens Aqueduct pada asalnya berukuran 971 meter panjang dan berketinggian 3,186 ft. Dibina pada tahun 368 AD. Terletak di dalam daerah Fatih. Sekarang hanya tinggal binaan 921 meter panjang sahaja.


Daripada Masjid Suleymaniyeh kami berjalan menuju ke sini, taman disekitar kawasan Valens Aqueduct.







The Ataturk Bulvari (Boulevard) yang melalui dibahagian bawah arches

Tugu peringatan dikawasan taman

Meneruskan perjalanan ke kawasan Masjid Fatih. Disini banyak kucing kami jumpa. Leka juga la main-main dengan anak-anak bulus disekitar kawasan.

Masjid Sultan Fatih

Open space dikawasan masjid


Dikawasan tengah courtyard masjid

Bahagian ruang solat utama dari bahagian atas tempat solat wanita

Jumaat, 26 Februari 2016

Into The Balkans : Suleymaniyeh Mosque

Assalamualaikum and Merhaba!

This "vast religious complex called the SĂ¼leymaniye,blended Islamic and Byzantine architectural elements. It combines tall, slender minarets with large domed buildings supported by half domes in the style of the Byzantine church Hagia Sophia (which the Ottomans converted into the mosque of Aya Sofya)" (481 Traditions and Encounters: Brief Global History). Sumber : Wikipedia

Merupakan masjid terbesar di Istanbul, mengambil masa selama 8 tahun untuk disiapkan (1550-1558) dan arkitek yang bertanggungjawab adalah Mimar Sinan.

Kawasan dibahagian tepi yang menempatkan tempat mengambil wuduk

Binaan dibahagian tepi masjid

Menuju ke pintu masuk utama Masjid

memasuki kawasan courtyard

Gambar dari kawasan tengah courtyard

Bahagian ruang solat lelaki/utama

Dibahagian belakang masjid, terdapat kawasan perkuburan yang menempatkan jasad Sultan Suleyman dan kaum kerabat

Pagar kawasan perkuburan. Hebat betul binaan pagar pun

Bangunan masjid dari kawasan tepi mengadap Golden Horn

Dari sini dapat lihat kawasan Istanbul (Taksim) dan juga Istanbul disebelah Asia

Selasa, 10 November 2015

Into The Balkans : The Sultan Ahmed Mosque | Istanbul

Assalamualaikum and Marhaba!

5 fakta berkaitan Sultan Ahmed Mosque @ Blue Mosque
1/ Dibina pada zaman Sultan Ahmed I
2/ Pembinaan masjid ini adalah untuk menunjukkan bahawa kerajaan Ottoman pada masa itu masih berkuasa kepada orang luar. Ini mungkin pada zaman ini kerajaan Ottoman kalah dalam peperangan dengan orang Persia
3/ Kos pembinaan yang banyak telah membuatkan ramai golongan ulama pada waktu tersebut marah
4/ Senibina gabungan daripada ciri-ciri Byzantine dan juga senibina Islam
5/ Merupakan masjid pertama yang mempunyai 6 minarets di Turkey

Info penting
Masuk adalah percuma dan sila berpakaian sopan.






Nampak, sampai ke menara masjid pun dalam pemuliharaan semasa kunjungan. Pasrah.




Bergambar kenangan bersama Ms K di kawasan inner courtyard

Khamis, 5 November 2015

Into The Balkans : Chora Museum | Istanbul

Assalamualaikum and Marhaba!

5 fakta berkaitan Chora Museum
1/ Gereja yang bertukar fungsi kepada masjid dan kemudiannya sebuah museum
2/ Mosiac yang terdapat di museum ini merupakan salah satu contoh hasil kerja terbaik pada era Palaeologoan Renaissance
3/ Walaupun bukan sebuah gereja yang besar berbanding gereja lain di zaman Byzantine namun hiasan dalamannya merupakan binaan asal yang masih terjaga sehingga sekarang
4/  Bangunan ini dibahagikan kepada tiga kawasan utama : entrance hall, the main body of the chruch dan the side chapel
5/ Bangunan ini mempunyai 6 domes

Info penting
Waktu lawatan bermula jam 9.00 pagi hingga 7.00 ptg
Harga tiket : 15 TL @ Museum Pass 85 TL (3days)
Tempoh Lawatan : 1 Jam


Tajuk : The land of the Living 




Tajuk : The virgin and the child



Selasa, 3 November 2015

Into The Balkans : Hagia Sofia | Istanbul

Assalamualaikum and Marhaba!

5 Fakta berkaitan Hagia Sofia
1/ Bangunan yang dibina sebagai sebuah gereja, kemudian bertukar menjadi sebuah masjid dan kini sebuah museum
2/ Gereja terbesar yang dibina oleh Kerajaan East Roman
3/ Merupakan salah satu bangunan yang agung bercirikan senibina Byzantine yang masih kukuh berdiri megah
4/ Berfungsi sebagai sebuah gereja selama 1,000 tahun. Kemudian bertukar fungsi sebagai sebuah Masjid selama 500 tahun dan pada tahun 1935 dijadikan sebagai sebuah museum
5/ Solat Jumaat pertama di Constantinople diadakan disini setelah berjaya ditawan oleh tentera Ottoman

Info penting
Masa lawatan bermula pada jam 9.00 am - 7.00 pm
Harga tiket masuk, 30 TL @ Museum Pass 85 TL (3 days)
Tempoh lawatan : 1-2 jam

Cuaca hari itu sungguh terang benderang

Gambar tuan tanah satu


The Plan





Ok, jom kita naik dibahagian atas sana





Hagia Sofia daripada hadapan Masjid Biru