Memaparkan catatan dengan label Asia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Asia. Papar semua catatan

Ahad, 26 April 2015

Singapore 2014 : Henderson Waves

Assalamualaikum and Hellloooo!

Misi kami sebelum sampai ke sini adalah untuk melihat pemandangan senja dan malam dikawasan ini. Tapi apakan daya hujan rahmat turun membasahi bumi Temasik ini setiap petang sepanjang kami disana. Jadinya plan dipinda ke sebelah pagi.

Mula tengok tempat ini lepas sepupu di sana buat outdoor shooting dekat sini lima (5) tahun lepas. Punya lah lama berangan nak kesini, 2014 baru ada rezeki nak jejak. Sedikit info berkaitan tempat ini:

Henderson Waves  is a 274-metre (899 ft) long pedestrian bridge. At 36 metres (118 ft) above Henderson Road, it is the highest pedestrian bridge in Singapore. It connects Mount Faber Park and Telok Blangah Hill Park. It was designed by IJP Corporation, London, and RSP Architects Planners and Engineers (PTE) ltd Singapore.

The bridge has a wave-form made up of seven undulating curved steel ribs that alternately rise over and under its deck. The curved ribs form alcoves that function as shelters with seats within. Slats of yellow balau wood, an all-weather timber found in Southeast Asia, are used in the decking. The wave-forms are lit with LED lamps at night from 7pm to 2am daily.

Copy Paste je daripada Wikipedia.

Jom lah kita layan gambar

 Sedikit pendakian diperlukan untuk sampai

 Sudah semakin menghampiri tempat tujuan

 Sampai sudah!

Jenuh juga nak tunggu tiada kelibat manusia dekat sini

 Kita suruh Ms N posing #sibukbetulpaipairitu

Smart design tempat duduk dekat kawasan ni

Kalau ada banyak masa, dekat kawasan ini ada lagi tempat sekitar yang menarik

 Hasil tuaian pertama, terpaksa beli sebab kasut dah basah lencun semalam. Slipper lelaki pun slipper lelaki lah, #dilemakakibesar

Ahad, 15 Februari 2015

Travel Plan for 2015

Assalamualaikum and Hello guys!

Sudah masuk bulan Februari 2015. Sungguh cepat masa berlalu meninggalkan kita. Demi masa. 

Minggu lepas bila berjumpa sanak saudara, sudah menjadi soalan wajib kalau berjumpa di awal tahun mesti akan tanya --> tahun ini mahu pergi mana? (soalan wajib bila bersembang dengan cousins) soalan kalau sembang dengan aunties lain lah kan --> bila nak kawen? tet! Maka memang rancaklah sembang pasal plan sorang cousin tu nak ke Jepun melawat cousin yang sedang belajar di Kobe. Yang sorang pulak dah ada tiket nak ke Eastern Europe. Seronok bila dengar perancangan masing-masing.

Maka malam ini tiba-tiba rajin nak update blog cerita pasal travel plan. Antara perkara paling utama yang perlu diputuskan adalah destinasi travel. Duh! Jadi bila dah tetapkan destinasi barulah boleh bukak skyscanner untuk tengok harga dan setkan alert untuk tarikh yang dipersetujui.

Selalunya saya dengan my travel partners akan pilih destinasi mengikut region disebabkan senang untuk travel dan juga faham pattern dari segi urban planning, architecture dan juga history. Bunyi ilmiah sangat dah kenapa? Hiks. Macam last spring sudah berjaya menjejaki BENELUX. Alhamdulillah.

But seriously, saya memang suka sejarah. Selalunya sebelum pergi travel saya akan baca sejarah negara tersebut. Supaya bila berada di negara tersebut saya lebih memahami kenapa mereka adalah mereka sekarang. Eh apa ayat ni? Kalau lagi best dapat baca buku kisah sebenar yang dialami oleh mereka semasa berada dalam keadaan perang seperti WW I or WW II, Spanish Civil War, Soviet War, Eastern War. Manusia memang tidak pernah serik untuk saling membunuh demi kuasa. Sad!

Kisah pemimpin terkenal juga menarik untuk dibaca antaranya seperti Stalin, Tito, Hitler. Atau kisah keagunan tamadun dan empayar antranya Ottoman Empire, Mongol Empire, Qing Dynasty, British Empire. Selain sejarah negara tersebut, haruslah baca juga kawasan-kawasan menarik untuk dijelajahi. Bagi kawasan-kawasan menarik untuk penjelajahan tugas selalunya dibahagikan antara ahli rombongan je untuk cari info.

Antara region yang masuk dalam list travel plan yang ingin dijejaki adalah :

Baltic Region

Image from Google


Scandinavian

Image from Google  

Balkans

Image from Google 

Caucasus and Central Asia
Image from Google

Andsalusia
 Image from Google

Selain region yang dalam perancangan, terdapat juga negara sekiranya mempunyai rezeki untuk menjelajah akan terus diberi tumpuan 100% terhadap negara tersebut, Turkey, Mesir, Jordan, Russia, NZ, India dan Jepun sudah tentu antara pilihan teratas.

Menjadi impian juga suatu hari dapat travel dengan menggunakan train sepenuhnya seperti Trans-Siberian, Transylvania, Trans-Caspian or Central Asian Railway. Sehingga kini hanya negara Italy yang berjaya dijejaki dengan menggunakan perkhidmatan keretapi sepenuhnya; Milan-Venice-Florence-Pisa-Rome dan sama seperti last spring bila menjelajah menggunakan keretapi memang sungguh tenang dan santai tidak perlu terkejar-kejar ke airport. Tapi itulah, kalau nak naik keretapi harga tiket pun boleh tahan.

Jadi menjawab kepada soalan cousin hari tu, negara mana bakal dijejaki untuk tahun 2015? Nak sembang sakan dekat sini kalau belum beli tiket baik duduk diam-diam sudah. Hiks. Insha Allah kalau diberikan rezeki, kelapangan masa, kesihatan yang baik dapatlah jejaki beberapa negara yang dinyatakan didalam post kali ini. Ameen.

Ok, itu sahaja. Bai

Rabu, 31 Disember 2014

Hello Ceylon : Amazing Sri Lanka, Summary

Assalamualaikum dan Hello.

Alhamdulillah habis sudah cerita pengembaraan kami selama 8 hari di bumi Sri Lanka. Secara keseluruhannya Sri Lanka sebuah negara yang sangat cantik dan menarik untuk dijelajahi walaupun anda bukan peminat Geoffrey Bawa. Banyak tempat sejarah dapat dilawati terutamanya candi-candi lama yang masih wujud dan kukuh.

Pernah berada dibawah tiga kuasa utama penjajah iaitu Portugis, Belanda dan British. Mendapat kemerdakaan pada tahun 1948 daripada pihak British. Namun perang saudara yang berlaku diantara kaum utama iaitu Sinhalese dan Tamils pada tahun 1983 selama 25 tahun menyebabkan negara ini sedikit kebelakang dari segi pembangunan.

Kini keadaan sudah sedikit stabil, cuma dibahagian utara sahaja masih agak tegang dan juga sedikit perselisihan faham antara masyarakat Muslim disini. Semasa kami berhenti solat di masjid selepas pulang daripada Kandalama tempoh hari, Mr.I telah dipanggil oleh Imam masjid. Mereka berbual-bual seperti biasa macam bertanya khabar daripada mana? datang bersama siapa? dan berapa hari, haa macam itulah lebih kurang. Kemudian Imam begitu tegas memberi nasihat untuk menjaga kami (all the girls) kerana pada dia Muslim disini sedang terancam. Mungkin tidak sehebat apa yang berlaku di Kashmir atau di Myanmar, tapi beliau bersungguh-sungguh berpesan kepada kami. Lagi dia bertambah risau bila tahu driver kami bukan beragama Islam.

We are not in their shoes. Mungkin kita tidak dapat merasai apa yang sedang mereka hadapi. Tapi sepanjang pergaulan kami dengan Ruwan, dia ok sahaja. Walaupun bertekak sikit pasal hal keretapi, dan berbeza pendapat semasa kami berbincang pasal isu agama, dia masih berkelakuan baik dengan kami. Tidak pernah marah pun. Tapi kami memang berhati-hati juga bila berada ditempat ramai orang terutamanya di Colombo.

Semasa kami dalam perjalanan ke Brief Garden, kami juga melalui kawasan perkampungan Islam dan disetiap penjuru jalan terdapat askar yang sedang mengawasi. Bila di tanya kepada Ruwan, dia cakap ada sedikit pertikaian berkaitan isu kuil Buddha dikawasan tersebut. Semoga kerajaan Sri Lanka dapat mengawal keadaan dengan baik dan tidak berlaku sebarang pertumpahan darah antara rakyat negera mereka. Ameen.

Sebut pasal kerajaan Sri Lanka ini, teringat papan-papan tanda di seluruh pelosok Sri Lanka yang kami lalui penuh dengan gambar President mereka, Mahinda Rajapaksa. Yang menarik perhatian kami ialah gaya dalam gambar yang dipamerkan. Ada gambar dia tengah lalu dekat sawah, gambar dia naik tangga untuk masuk ke kuil, gambar dia bersalam dengan rakyat dan macam-macam gaya lah. 

Mungkin kami akan kembali lagi ke sini untuk masa hadapan. Maklumlah banyak lagi misi jejakBawa yang belum dapat dilaksanakan. Terutamanya Lunuganga. Sekarang tengah mempengaruhi bekas pensyarah di UTM untuk membawa student mereka ke sini. Mana tahu boleh masuk dalam senarai peserta skali. Hiks.

Bebel panjang pulak, jadinya inilah rangkuman perjalanan kami dalam misi JejakBawa :

Persiapan ke Sri Lanka : The Plan | When In Sri Lanka

Day 1 : The Arrival 

Gambar dihari kedua di Kandy dan Kandalama

Day 3 : Kandy to Nanu Oya | Nuwara Eliya

Day 4 : New Zealand Farm | Tea Plantation | Nuwara Eliya to Ella

Walau tidak dapat masuk dalam kawasan farm, minum susu dekat kawasan luar pun sudah seronok. 

Macam biasalah kalau sudah ramai macam ini, semua gaya pun keluar. Ada pula orang nak melayan ambikkan gambar bertambah-tambah jadinya.

Mamat dalam gambar paling atas sebelah kanan itu sungguh mesra alam betul. Dia nak minta ambikkan gambar dia dengan kami. Layan!

Day 5 : Little Adam's Peak | Journey to the south 

Perjalanan menuju ke puncak Little Adam's Peak

Day 6 : Galle | Jetwing Lighthouse Hotel | Ahungala Heritance Hotel | Brief Garden | Bentota

Galle fort

Sekitar Jetwing Lighthouse dan Ahungala Heritance

Kisah duka di pintu masuk Lunuganga

Buat macam taman sendiri di Brief Garden


Tea time with Uncle Dooland

Gambar atas semasa ada Ruwan. Gambar bawah semasa ketiadaan Ruwan. Kalau dia ada mesti kena kutuk sampai hari last. Hiks

Day 7 : Club Villa | Colombo | Bawa's Office | Bawa's House

Bawa's Office and Bawa's House

Day 8 : Back to Reality

Terima kasih semua yang sudi membaca dengan pesanan sila lah melawat Sri Lanka, negara bersih,cantik dan menarik sesuai untuk #cheapskatesejati =).

Sedih dengar berita AA Indonesia, lagi bertambah resah gelisah bila membaca berita itu dipagi hari dalam perjalanan ke Changi Airport untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan sudahlah awan tebal dan hujan, dalam hati Allah sahaja yang tahu. Semoga tahun 2014 yang penuh duka lara untuk Malaysia menjadi satu iktibar dan sejarah yang mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa #Malaysia. Wsalam 2014.

Assalamualaikum 2015!

Ahad, 28 Disember 2014

Hello Ceylon : Last Day in Sri Lanka

Day 8 | Sunday | 26 Oct 2014

Day 8 : Sri Lanka - Kuala Lumpur

Akhirnya hari untuk kembali ke realiti sudah tiba. Memang tidak puas 8 hari nak menjelajah Sri Lanka ini (bagilah berapa banyak masa pun, bila tiba hari last nak balik tu terus teringat kerja secara automatik jadi tidak berapa best, huhuhu)

Pagi itu kami bersarapan dengan menu yang dimasak sendiri oleh tuan rumah. Siap ada waffel dgn ice cream lagi pagi-pagi. Lepas makan sempatlah bergambar dengan tuan rumah dulu sebelum bergerak ke lapangan terbang.

Kawasan halaman tempat penginapan untuk hari terakhir



Disebabkan kami tidak membeli belah langsung (kecuali teh) kami berharap agar di airport nanti adalah benda yang boleh dibeli. Selepas babai dengan Ruwan, kami masuk ke balai pelepasan. Ada beberapa buah kedai yang menjual FM dan postcard. Haaa, elok benar lah tu. Tapi semua sepakat kita masuk dulu setelkan urusan checked in takut beratur panjang nanti.

Alangkah sedih hati kami! Rupanya sistem di sini bila dah masuk ke ruang untuk checked luggage anda sudah tidak boleh keluar semula berlegar-legar dikawasan airport. Kena terus masuk ke dalam. Owh no! Patutlah kawalan keselamatan amat tinggi dekat sini. Masa nak masuk checked in luggage pun sudah kena tunjuk passport. Aduh! Punah harapan. Tapi abang askar yang berkawal dekat situ cakap, jangan risau ada lagi kedai dekat dalam.

Masuk dalam tu memanglah ada kedai dan jual benda yang sama dengan apa yang kami nampak di luar tadi. Tapi harganya haruslah tidak sama. Semua benda price tag dalam USD dah. Memang mahal. Tapi beli lah juga dua tiga ketul untuk diri sendiri dan rakan-rakan pejabat. Postcard pun tulis dekat airport dan minta orang kedai tolong pos kan nanti. Sampai sekarang tidak sampai-sampai. Kita tengok bila nak sampai, dulu rekod pos lambat sampai 3 bulan daripada Budapest. Ahaks! ke memang tidak akan sampai?Pasrah.

Antara teh yang dibeli, jenama ini menjadi pilihan kerana review yang bagus dalam buku travel

Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan daripada jadual asal. Alhamdulillah segala urusan telah dipermudahkan. Kesihatan semua ahli jemaah juga baik sepanjang perjalanan kecuali Ms A demam sedikit pada malam kami di Nuwara Eliya, esoknya sudah sihat walafiat.

Lepas pulang daripada Sri Lanka, beberapa hari selepas itu terus dikejutkan dengan berita kejadian tanah runtuh di Sri Lanka. Tanah runtuh di kawasan ladang teh di daerah berdekatan dengan Badulla kalau tidak silap. Agak teruk juga. Sedih. Kami ada juga email Ruwan tanyakan khabar dan ada ke keluarga atau kawan-kawan yang dikenali terlibat, sampai sekarang dia tak reply, hahahaha serik la tu melayan kami.

Ok habis sudah cerita pengalaman berkelana di Sri Lanka. Semoga apa yang dikongsikan dapat memberi sedikit manafaat untuk semua yang akan berkunjung ke sana nanti. Wassalam.

Khamis, 25 Disember 2014

Hello Ceylon : Bawa's House

Saturday | 25 Oct 2014

Day 7 : No.11, 33rd Lane, Bagatelle Road, Colombo 3

Assalamualaikum and Hello!

Misi selepas makan adalah menuju ke rumah Bawa. Agak mencabar rupanya untuk kesini sebab Ruwan juga kali pertama ke sini. Banyak tempat yang kami bawa Ruwan berjalan di negara sendiri rupanya. Hiks. Tapi walaupun sesat, Ruwan layankan aje permintaan kami dengan penuh kesabaran (dalam hati dia, hanya Tuhan yang tahu, huhuhu)

Rupanya untuk sampai ke rumah Bawa memang perlu melalui kedutaan Malaysia. Terus kami semua bersorak gembira bila nampak bendera Malaysia. Ruwan siap berhenti depan pintu pagar, sambil cakap please take them home! (eleh sebab tak de orang depan pintu pagar tu ko berani lah buatkan) dah la cakap tu sambil angkat tangan ala-ala cerita Bollywood dalam scene anak tengah mati. Drama.

Sedikit latar belakang tentang No.11 ini (ayat daripada risalah yang diperolehi semasa lawatan)

Number 11 is considered a special architecture marvel which also houses art and artifacts from the collection of Geoffrey Bawa. The Guest Suite on 2nd floor provides both elegant and refined home away home atmosphere accommodation for those enthusiasts of architecture and the arts.

Jom kita masuk ke rumah Geoffrey Bawa.

No.11

Ini adalah ruang pameran kerusi yang direkabentuk sendiri oleh Bawa. Kerusi disebalah kiri itu adalah kerusi yang beliau reka untuk Kandalama. Atas kerusi panjang ut, ada plan rumah Bawa ini.

Jalan terus kehadapan kita akan nampak kawasan courtyard kedua

Hey awak! Sculpture burung hantu yang berskala kecil seperti di Kandalama

Courtyard ketiga. Sebelah kanan adalah pintu masuk ke rumah asal Bawa. Tapi mohon maaf didalam kawasan rumah ini, tidak dibenarkan ambik gambar. Best sangat dekat dalam itu. Terasa sungguh cosy dan begitu bersuasana. Dekat dalam ada lagi dua courtyard. 

Mari kita naik kebahagian atas pula. Tingkat 1 tidak dibenarkan ambil gambar ye. Moh kita tengok apa yang ada di tingkat 2. Ini merupakan ruang kerja Bawa. Tapi ruang kerja yang lebih besar terletak di tingkat 1. Tingkat 2 ini lebih kepada ruangan bersantai.

Ruang tamu. Eh ada Pohon budi! suka Ms K sebab masa tahun pertama dia punya projek painting adalah Pohon Budi. 

Bersebelahan dengan ruang tamu, terdapat dua bilik tidur untuk tetamu. Kini bilik tidur ini boleh disewa sebagai hotel oleh pelancong. Kurang pasti berapa harga satu malam disini.

Bawa ini juga adalah seperti Frank Lloyd Wright. Bukan sahaja merekabentuk bangunan, kerusi meja lampu almari semua beliau akan design sendiri. Ini salah satu lampu yang direkabentuk.

Mari teruskan ke roof top garden.

Suka sangat design railing dekat tangga ini!

Ruang tangga

Ada ruang santai-santai dekat atas ini. Aduh, berkenan pula dengan kerusi beliau design ini!

Dekat sebelah kanan ada lift.

Selepas dah puas explore rumah Bawa ini, kami ke tingkat 1 semula untuk melihat dua dokumentari pasal Bawa dan hasil kerja beliau. Sepatutnya sebelum lawatan perlu dengar dulu dokumentari ini, tapi disebabkan cuaca seperti hendak hujan pihak pekerja suruh kami explore dulu takut hujan tak boleh nak berjalan-jalan dekat roof top. Lebih kurang dua jam setengah juga kami dekat sini. Keluar je hujan sudah turun. 

Geoffrey Bawa

Kemudian kami dibawa berjalan-jalan disekitar Colombo. Melihat sunset di pantai dan juga bersiar-siar di kawasan market terapung di sini sebelum meneruskan perjalanan ke pekan Negombo. Kami memilih untuk menginap di Negombo disebabkan flight esok awal pagi juga dan lapang terbang terletak di daerah Negombo plus harga penginapan pun kami dapat agak murah.


Selasa, 23 Disember 2014

Hello Ceylon : Bawa's Office

Saturday | 25 Oct 2014

Day 7 : No.2, Alfred House Road, Colombo

Plan asalnya mahu ke rumah Bawa dahulu. Tapi setelah Ruwan call tanya arah jalan, info menyatakan bahawa terdapat masa tertentu untuk melawat. Memandangkan masa lawatan yang telah ditetapkan adalah pada jam 2.00 petang. Kami tukar plan untuk melawat pejabat dahulu.

Untuk makluman pejabat Bawa ini telah ditukar menjadi restaurant, Paradise Road Gallery Cafe. Elok benar lah plan, kami semua pun sudah lapar. Makan tengahari disini saja sudah. Malas nak cari tempat makan sebab takut nanti terlepas pula masa lawatan ke rumah Bawa.

Pintu masuk ke bahagian dalam bangunan.

Sebelah kiri terdapat satu pokok kemboja (well, Bawa memang suka jadikan pokok ini sebagai elemen dalam kerja-kerja landskap bangunan beliau). Banyak juga tempayan disekitar kawasan ini.

Ruang menunggu dibahagian kaki lima

Masuk dalam terus nampak kolam dibahagian tengah dengan dikelilingan lukisan dan sclupture. Bahagian ini ada kedai yang menjual cenderahati. 

Sebelah kiri 

Sebelah kanan

Kami terus menuju ke bahagian cafe, lapar lah katakan. Agak ramai juga pengunjung sebab memang sudah masa untuk makan tengahari, tapi yang ramainya adalah pelancong.

Pemandangan dari tempat duduk disebelah kanan

Pemandangan dari tempat duduk disebelah kiri

Masa menunggu makanan tidak lah lama. Selesai makan dan berehat sebentar, kami keluar semula ke kawasan courtyard tadi. Seperti biasa aktiviti bergambar lah. Haa, hujung sana itulah kedai cenderahati itu. Masuk lihat-lihat sebentar saja, membeli sudah pasti tidak =)

Pandangan memandang ke arah pintu masuk utama

Mari kita bergerak ke rumah Bawa pula rakan-rakan semua.