Memaparkan catatan dengan label Indonesia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Indonesia. Papar semua catatan

Jumaat, 29 September 2017

Bali 2017 : AirBnB Review

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lokasi AirBnB : Jalan Umalas II, Kuta Utara, Bali
Terletak dikawasan perkampungan dekat dengan sawah. Tidak terlalu jauh daripada Bandar Kuta dan juga pantai. Tapi perlukan kenderaan untuk ke sana. Kami mmg memilih untuk duduk villa yang jauh daripada keadaan sesak hiruk pikuk kota.

Host : Demian
Bangsa German tapi fasih berbahasa Indonesia. Senang berurusan. Dia tunggu kami didepan pintu pada hari pertama. Sembang-sembang kejap. Lepas tu tinggal saja kunci masa nak keluar. Boleh kautim masa utk check out dengan dia.

Kemudahan : Dapur sangat lengkap semua benda ada. TV besaq nala! Banyak saluran. Yang paling best kolam untuk kita sahaja berendam siang malam.

Tarikh Lawatan : April 2017

Sebagai pelanggan kami sangat berpuas hati!

Boleh tengok gambar dan review org lain di website AirBnB 

Mari kita layan gambar.

Laluan masuk ke Villa daripada jalan utama

Tempat letak kereta, kalau sewa kereta drive sendiri lah

Selamat datang!

Jemput masuk.

Ambik gambar dulu depan pintu masuk rumah.

Pandangan daripada kawasan dapur

Pandangan daripada bilik tidur no.1

Hiasan taman. 

Kelihatan pintu bilik tido no.1 dan pintu masuk serta kolam tempat lepak kegemaran siang dan malam

Hiasan taman

Pemandangan daripada atas katil bilik tido no.1



Till then! Bai.

Selasa, 19 Julai 2011

Gambar

Disebabkan terlalu malas nak update blog ni kan terus bagi link kat bawah ni kalau ada siapa-siapa yang mahu tengok, owh tiada paksaan disini.

Pengalaman di Melbourne

Pengalaman di Cambodia dan Vietnam ( ok, serius tahap malas nak upload gambar )

Ke kenduri Marwan dan Ayu di Padang dan Kota Tinggi, Indonesia

Pengalaman di Beijing, China

till then, tada!

Jumaat, 18 Februari 2011

Bandung, Indonesia

April 2009 | Ahli rombongan : 7 orang

Percutian yang memang secara sepontan. Ada jualan hebat di laman web Air Asia. Tiket pergi balik dari KL-Jakarta hanya RM 2++ , rasanya tidak sampai RM 250 pun. Terus beli. Call kawan-kawan yang lain ajak bersama-sama.

Jadi disebabkan secara sepontan, maka perkara yang paling penting sekali untuk difikirkan ialah penginapan. Tempat penginapan yang dipilih ialah Hotel Bumi Asih .

Hotel ini sangat best dari segi lokasi dan juga design. Bangunan lama,ada courtyard tidak ramai orang dan very cosy. Yang paling penting sekali ialah berdekatan dengan tempat membeli-belah!

Jakarta
Kami tidak melawat Jakarta pun. Jakarta dalam trip ini macam touch n go ja lah. Selepas mendarat di Airport, terus mencari cara untuk ke Jakarta Central. Jumpa kaunter info, terus ke tempat tiket bas dijual. Beli on the spot, harga ke sana dari airport naik bas lebih kurang dalam Rupiah (Rp) 6000 (lebih kurang la, kalau tak silap )terus naik bas yang dah mengunggu. Jarak perjalanan tidak lah jauh tapi sebab Jakarta memang terkenal dengan kesesakkan jalan raya jadi bersabar ja lah.

Sampai di Jakarta Central cari kaunter tiket train ke Bandung. Jarak perjalanan dari Jakarta ke Bandung kalau naik bas atau keretapi lebih kurang sama. Dalam 3 jam lebih. Malangnya tiket untuk first class dah habis. Tiket untuk first class nih harga dia lebih kurang Rp 60,000 - Rp 35,000. Tapi sebab dah kehabisan dan next train hanya ada lagi 2 jam, maka kami pun terus membeli tiket biasa. Rasanya dalam Rp 20,000.

Masuk dalam gerabak memang nak gelak la. Dengan kipas pusing, seat pun macam keretapi lama dalam cerita hindustan tu. Layan jugak la. Dah la lapar kan. Nasib baik ada orang datang jual air dan boleh order makanan dalam train.

Semasa perjalanan tu pemandangan dia memang cantik.. Boleh tengok perkampungan,sawah padi bukit,air sungai memang menarik. Tapi sakit pinggang, sebab seat keras.

Bandung
Sampai di sana, terus mencari-cari pemandu van untuk disewa kerana ahli rombongan lebih daripada empat. Jumpa sorang mamat nih, nama dia Imad. Bincang-bincang harga dengan dia, terus masuk van. Sampai di Hotel, Bandung jam 5 petang.

Masuk bilik, letak barang terus keluar mencari makanan dan shopping! Perlu shopping sebab baju memang tidak dibawa kerana telah berniat untuk membeli sahaja yang baru di sini. Memang itu pun tujuan ke sini.

Hari Kedua
Bincang aktiviti pun masa berakfast. Tips : Sila makan dengan begitu hebat di hotel anda supaya boleh jimat untuk tidak makan tengahari.

Aktiviti dimulakan dengan memasuki Kedai Jonas Photo. Memang disuruh-paksa masuk kalau anda adalah seorang jurufoto. Banyak album yang memang gorjes dan murah. Kami secara tidak sengaja telah bertanyakan harga kalau mahu ambik gambar di studio untuk kenang-kenangan. Dia akan print sorang 3 keping gambar saiz normal 1 keping saiz panjang dengan harga tidak kurang daripada RM10 seorang dan dapat semua softcopy yang diambil. ON terus! Gambar siap dalam masa tiga hari. Boleh mintak cepat kalau lawatan anda singkat.

Hari ini lebih kepada shopping, sebab mahu elak untuk shopping pada hari minggu. Kerana hari minggu orang tersangatlah ramai dan haruslah tidak seronok. Makanan pun tidak susah, banyak makanan halal sekitar area ni. Factory Outlet (FO) tersangatlah banyak hanya sediakan duit sahaja. Jalan Riau ini memang banyak FO antara yang menarik perhatian ialah : Heritage ( cardigan sangat banyak),Secret ( Shirt banyak ), Oasis ( T-shirt ), Pos Bandung ( Banyak baju baby dan budak-budak ). Kedai baju designer local pun menarik jugak banyak disini.

Hari Ketiga dan Keempat

Kami telah bersetuju untuk mengambil perkhidmatan Imad sebagai pemandu kami sepanjang di Bandung. Jadi dikenakan bayaran mengikut jam. Tapi Imad ni layankan aja kitorg, terlebih masa pun dia tak kisah. Owh dia minat dengan Ukays. Jadi dalam van kami pun karoke lah lagu2 Ukays, disana menanti disini menunggu.

Aktiviti yang memerlukan perkhidmatan Imad adalah untuk ke : Pasar Baru, Jalan Cihampelas, Tangkuban Perahu, Kampung Daun,Ladang Strawberry, ITB,Rumah MODE dan Van Java Shopping Centre dan seterusnya menghantar kami pulang ke Jakarta Airport. Jadi kami menggunakan perkhidmatan Imad untuk 2 hari penuh dan perjalanan ke Jakarta.

Hari Kelima
Aktiviti berjalan-jalan sekitar kawasan penginapan. Ada pasar pada hari minggu di depan Gedung Sate. Menarik la pasar dia, konsep lebih kurang pasar malam tapi dibuat pagi-pagi. Memang best dapat tengok cara hidup orang Bandung.

Masa balik nih, baru la tercari-cari budak-budak yang menjual beg besar tepi-tepi jalan. Mula-mula sampai sombong dengan diorg, hari last sebab barang dah tak muat baru nak mencari. Beg jual mahal kami namakan beg tersebut. Murah,besar dan berguna disaat akhir.

p/s : sebelum pulang boleh la beli brownies Bandung. post biarlah gambar berbicara akan menyusul kemudian hari bila tiba masa rajin.

Rabu, 16 Februari 2011

Indonesia

Sehingga kini negeri-negeri di bawah Kepulauan Indonesia yang telah dilawati ialah :
2002 - Jakarta dan Bali
2008 - Padang dan Bukit Tinggi
2009 - Jakarta dan Bandung

2002
Pengalaman melawat bersama rakan-rakan kuliah studio vernakular dibawah Dr. Sani.

2008
Memenuhi jemputan perkahwinan rakan sekolah senibina, Marwan & Rahayu

2009
Melancong secara tidak sengaja dan plan on the phone sahaja dengan ahli-ahli rombongan.

P/s : Semalam ada cerita Laskar Pelangi di Astro, salah seorang Pensyarah di sekolah senibina ada buat post di wall FB. Terus diajak join aktiviti ke Bali bersama student beliau pada march ini. Singkat sangat nak apply cuti pun, plus tahun ini rasanya Indonesia tidak ada dalam list. Tapi kalau dia jadi nak buat lawatan ke Pulau Belitung memang mahu ikut. Pulau yang cantik.