Assalamualaikum and Hello Everyone!
Tajuk entry adalah sangat sesuai kerana sudah pertengahan tahun 2015 buku merah masih belum ada cop langsung. Sad. Baca blog travel orang sahaja dengan perasaan syahdu mengenangkan nasib. Rindu nak jejakkan kaki ke negara asing, rindu nak melihat landskap yang berbeza, rindu nak menikmati percutian #cheapskatesejati dengan kawan-kawan.
Walaupun tidak travel tapi bulan lepas sahaja lima kali naik turun flight. Kerja punya pasal lah bukan travel! Berkampung empat minggu di utara tanah air demi kerja. Minggu depan pun perlu ke sana lagi #ilovemyjob #mantraoftheyear
Bersama team kontraktor dan perunding. Nasib la selalu jadi wanita terakhir dalam kebanyakkan projek yang terlibat.
View daripada tingkat tujuh bangunan baru Hospital Tunku Fauziah
Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, masjid yang setiap hari dikunjungi semasa outstation
Sebelum pulang ke Kuala Lumpur sempat singgah ke Gua Kelam
0 comments:
Catat Ulasan