Memaparkan catatan dengan label South Island NZ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label South Island NZ. Papar semua catatan

Isnin, 10 April 2017

Spring Summer @ New Zealand : Summary

Assalamualaikum and Greetings!

Alhamdulillah syukur berjaya habiskan post untuk trip ke NZ 2017. So untuk memudahkan rujukan semua, entry ini akan senaraikan kesemua post yang berkaitan travel kali ini.

Sila tekan link yang diberikan untuk Perancangan, Penginapan dan Perbelanjaan.


South Island, New Zealand

Untuk 12 hari pertama perjelajahan kami tumpukan di kawasan South Island. Dua belas hari yang terasa seperti berada di sebuah negara yang indahnya sungguh Subhanallah, Maha Besar ciptaan Allah dan betapa kerdilnya kita. Dua belas hari yang lebih banyak berjumpa dengan biri-biri dan lembu daripada manusia. Dua belas hari yang melayan perasaan, senda gurau dalam kereta ditemani keindahaan alam dan dua belas hari yang amat tenang minda dan perasaan. Alhamdulillah diatas pengalaman ini. Syukur.

Day One : Coronation Hill, Christchurch

Muka tak cukup tido, tak mandi terus panjat bukit. 
Perlu senyum untuk sekeping gambar kenangan


Day TwoMackenzie
Antara persinggahan rawak tidak terkawal dalam perjalanan 
menuju ke Castle Hill daripada Christchurch

Cuaca yang sungguh cerah gemilang terang benderang

Gigih memanjat batuan demi bergambar kenangan 
bersama rakan seperjalanan

Hajat tercapai nak tengok lupins



Lepas pulangkan kunci motel, bergambar 
dulu dengan anjing tuan tanah

Indahnya ciptaan Tuhan

Ada orang layan untuk ambik gambar, kita pun bersiap 
sedia dengan aksi spontan. Masih amatur disini semuanya

Walaupun angin sejuk bertiup kencang, muka perlu 
senyum untuk nampak kemanisan didalam gambar


Rehat sebentar di kolam salmon.

Bila tiada kenderaan, jalan menjadi taman permainan

Masih tersenyum, bila sampai di tempat letak kereta sudah tidak senyum. 
Penat hoi menapak gigih mendaki ke atas. Tunnel Beach

Day Five : Dunedin

Day Six : Te Anau

Hari kelabu di Milford Sound


Day Seven - Eight : Wanaka



Berempat

Day Ten - Day Twelve : Queenstown


North Island, New Zealand

Hanya tiga hari sahaja kami menjelajah North Island. Penjelajahan pula lebih tertumpu ke kawasan Matamata dan juga Tasik Rotorua sahaja. Kami tidak menjejakkan kaki ke kota Auckland kerana kekangan masa. Tapi suasana di pulau utara ini berbeza dengan pulau selatan. Disini kerata lebih banyak, kawasan ladang berbukit bukau hijau dan tidak seluas mata memandang. Tapi mungkin juga kawasan yang kami terokai pun tak banyak, 3 hari sahaja masa di sini tak banyak tempat dapat dilihat.


Day Thirteen :  Hobbiton | Rotorua

Transit Sydney, Australia

Day Fourteen : Arrival
Day Fifteen : 24hrs in Sydney

Kenangan di Sydney

Terima kasih kerana sudi membaca catatan perjalanan ke New Zealand 2017.

Nota : Semua gambar sepanjang berada di NZ diambil menggunakan HuaweiP9 & Iphone7 saja. Semua orang dah malas nak angkut camera.

Jumaat, 24 Mac 2017

Sprimg Summer @ New Zealand : The Remarkables

Assalamualaikum and Hello!

Hari last di South Island, kami terjah The Remarkables. Alhamdulilah cuaca pun sangat cantik hari ni. Tak puas rasanya explore south island ni. Terutamanya aktiviti hiking yang tak dapat kami buat langsung dekat sini. Mungkin ada rezeki nanti. Insha Allah, Ameen.



Memang layan lepak dekat sini. Siap dapat tengok flight mendarat and take off, kecik je nampak kapal terbang tu.

View ni dibahagian lain yang tidak mengadap bandar Queenstown

Keadaan jalan di The Remarkables

Inilah flight kami untuk ke Auckland

Bye bye The Remarkables

Bye bye South Island

Rabu, 22 Mac 2017

Spring Summer @ New Zealand : Kawarau River

Assalamualaikum and Hi!

Cerita kali ini adalah sekitar kawasan Kawarau Bungy Centre. Sorang saja pun ahli travel yang nak buat bungy ni, tapi demi semangat sepasukan, kami turut serta habiskan masa disini. Cantik kawasan ni, kalau tak nak buat bungy pun, ok saja nak lepak dekat sini sekejap.

Jom masuk bangunan cool ni!

Masuk dalam je, kagum tengok design bangunan nih. 
Memang menaikkan rasa keterujaan nak explore

Smart betul dia blendkan steel,wood dengan concrete 

Bila keluar dekat viewing deck, inilah pemandangan bangunan daripada tepi.

Terus nampak tempat kejadian

Selain bungy ada juga zipline kalau nak buat dekat sini

Sungai Kawarau yang cantik, kaler dia pun menarik

Kiri kanan cantik pemandangan

Bangunan ni sangat blend dengan sekitar dia, daripada sini tak berapa nak nampak sangat macam ada bangunan tu, well done Mr Arkitek!

Sementara tunggu giliran tu, lepak minum kopi kejap

Isnin, 20 Mac 2017

Spring Summer @ New Zealand : Glenorchy & Paradise

Assalamualaikum and Hi!

Pagi ini tempat yang bakal diterjah adalah Glenorchy dan Paradise. Alhamdulillah cuaca pagi itu sungguh cerah dekat Queenstown. Dalam perjalan ke sana singgah la beberapa tempat cantik nak ambik gambar. Kalau layan perasaan ni, memang lambat la nak sampai tempat tujuan, sebabnya asyik nak berhenti je kerja. Tapi kami pun tak de lah rushing sangat pun, santai-santai enjoy the moment gitu.

Singgah sekejap dekat Closeburn

Sampai sudah kawasan wajib ambik gambar dekat Glenorchy

Gambaq harus ambik dekat sini


Ni lah kawan seperjuangan, kalau ada orang minta tlg ambik gambaq, semua pun akan tolong bagi arahan demi nak dapatkan gambaq yang cantik. Siap ambik payung tolong pegangkan sebab makcik tu letak je payung dekat depan dia.



Tiba-tiba cuaca jadi suram. 

Nasib la cuaca hari ini sekejap je suram, lepas tu cerah balik. Kami lepak santai picnic dekat sini makan lunch. Lama jugalah jalan-jalan dekat area ni. Then kami pun bergerak ke Paradise. Tenang betul kawasan ni. Hanya kami je yang ada masa sampai tu. Sunyi sepi, terasa dunia kami yang punya.

Masa sampai kawasan sunyi ni, cuaca kembali suram




Till Jannah!

Jumaat, 17 Mac 2017

Spring Summer @ New Zealand : Queenstown

Assalamualaikum and Hello!

Post kali ini nak cerita sikit pasal suasana dekat bandar Queenstown ni. Sepanjang roadtrip dekat South Island ni, paling banyak kami berinteraksi dengan orang adalah di Queenstown. Duduk pun dekat hostel kan, haruslah jumpa ramai orang. Ada daripada Argentina, ada daripada England, ada daripada mana tah lagi negara dekat Europe tu, owh daripada Malaysia pun ada juga selain group kami.

Disebabkan jarak perjalanan daripada hostel ke town ni boleh jalan kaki saja, senang la kami ulang alik pergi town. Jalan-jalan santai dekat dalam pekan ni.



Tak berapa nak meriah macam dekat negara lain, mungkin rakyat NZ ni lebih suka buat aktiviti lain yang lebih berfaedah untuk menunjukkan kasih sayang antara pasangan. 
Panjat bukit bersama, mungkin.

Dah sampai dekat sini, jangan lupa masuk kedai ice cream sedap, Patagonia Chocolates


Dekat kawasan ini, boleh la beli barang-barang nak buat hadiah dekat kawan-kawan, sanak-saudara




Kedai cookies famous dekat sini, ceria betul kedai ni.



Suasana di malam hari