Memaparkan catatan dengan label ThursdayTip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ThursdayTip. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Oktober 2014

Thursday Tips : When In Sri Lanka

Assalamualaikum and Hello!

Terlalu ramai kawan-kawan (kawan sekolah, kawan UTM, kawan dari tempat kerja) termasuk lah bekas pensyarah bertanya begitu banyak soalan dan ada yang menghantar email untuk meminta kos perbelanjaan serta itinerary kami semasa kami masih berada di Sri Lanka.

Disebabkan terlalu busy minggu ini kerana berpindah pejabat dan minggu hadapan kena outstation tiga hari dua malam di Melaka saya mengambil keputusan untuk membuat satu post khas berkaitan info pengangkutan, penginapan dan juga kos perbelanjaan sebagai rujukan awalan (sebabnya belum pasti bila post catatan perjalanan secara terperinci akan munculkan diri, hiks)

Pengangkutan :

Sebelum pergi kami ada email beberapa syarikat yang membuat perkhidmatan ini. Antara yang memberi maklum balas dengan cepat ialah @iamsrilanka dan juga www.vehiclerentalsrilanka.com.

Setelah dibuat timbangtara sesama ahli jemaah menteri, kami bersepakat untuk memilih vehiclerentalsrilanka kerana lebih murah daripada iamsrilanka walaupun iamsrilanka adalah lebih berpengalaman handle pelancong beragama islam. So far sepanjang lapan hari menjelajah satu van dengan driver, Mr Ruwan kami bagi 8/10 dengan perkhidmatan yang diberikan. Cerita hal-hal drama akan menyusul suatu masa nanti. (Drama pendek je pun, bukan drama bersiri)

Oleh itu, total untuk lapan hari kos driver dan sewa kereta ialah :
Bayaran yang dikenakan untuk sah booking = USD 544 = RM 1793.02 dibahagi sama rata kepada 6 orang maka jumlah bayaran untuk seorang ialah = RM 299.00 

Kos untuk penginapan driver tidak termasuk, hanya kos makanan sahaja yang diambil kira. Kos penginapan untuk driver satu hari ialah dibawah USD15 bergantung kepada driver. Tapi disebabkan hanya hotel di Kandy sahaja tidak menyediakan bilik untuk driver secara free. Kami perlu membayar kepada Mr Ruwan = Lkr 4000 utk 2 malam bersamaan dengan RM 100 maka kalau bahagi kepada enam orang = RM16.66 seorang

Sebelum pulang juga, kiraan km akan dikira semula dan sekiranya terlebih daripada anggaran awal ( owh kita perlu email kepada meraka itinerary untuk membolehkan mereka membuat pengiraan kos minyak yang akan diambil kira untuk bayaran booking ). Sampai di airport, terus Mr Ruwan kira dan kami perlu membayar lagi Lkr 3500 (lebih kuranglah). Tapi sebelum kami bergerak daripada hotel terakhir, kami telah sepakat untuk memberikan tip kepada beliau sorang Lkr 1000 (RM25). Jumlah terkumpul adalah Lkr 6000. Oleh itu bayaran lebihan kami kasi setel dengan memberikan duit tip sahaja. (bayaran lebihan mmg kena bayar kepada driver)

Kos pengangkutan (van) untuk lapan hari bagi seorang = RM340.66
Kami juga menggunakan perkhidmatan keretapi daripada Kandy ke Nuwaraeliya = Lkr 600 ( RM 15.00)
(sebenarnya harga tiket biasa bagi perjalanan ini adalah RM4 je, tapi ada drama sikit terjadi. Cerita akan menyusul kemudian)

Jumlah kos pengangkutan = RM 380.66

Penginapan : 
Semua tempahan dibuat melalui Booking.com

Kandy :
Tempoh : 2 malam
Kos : RM 862.10
Ulasan : 
Bilik keluarga dibahagian atas adalah sangat selesa dan luas. Wifi laju. Warm and cosy ambiance. Dekat dengan tasik. 

Pemandangan dari pintu masuk ke kawasan penginapan di Kandy

Nuwara Eliya :
Tempoh : 1 malam
Kos : RM371.62 
Ulasan :
Kemudahan yang sangat bagus. Kami masak nasi disini selepas keluar membeli belah di supermarket. Buat laundry juga senang kerana ada mesin basuh + dryer. Apartment yang sangat luas. Boleh muat lapan orang.

Ruangan memasak dan laundry (sebelah peti sejuk)

Ella :
Tempoh : 1 malam
Kos : RM538.03
Ulasan :
The best view evah! Memang berbaloi panjat bukit sikit daripada kawasan parking. Tapi driver kitorg berdrama la sikit nak sampai sini. Siap tanya mana kitorg tau tempat ini. Huhu. Tapi kami puas hati dengan penginapan disini walaupun wifi dia amat lembab.(dia suruh kita menikmati keindahan alam ciptaan Allah daripada mengadap hp masing-masing)

Unawatuna:
Tempoh : 1 malam
Kos : RM657.80
Ulasan:
Bangunan lama resident zaman penjajahan Dutch. Setting dia sangat menarik. Cosy and warm surrounding. Bilik pun cantik. Wifi hanya dikawasan umum, tiada wifi didalam bilik.

Area untuk makan-makan,lepak,sembang tepi kolam

Bentota :
Tempoh : 1 malam
Kos : RM 1,649.21
Ulasan :
THE BEST HOTEL EVER. Designed by Geoffrey Bawa. 

 Breakfast dengan mengadap pemandangan ini.

Negombo:
Tempoh : 1 malam
Kos : RM 391.72
Ulasan :
Owner rumah Gerry sangat peramah. Kemudahan basic tapi memuaskan. Saparan pagi yang sungguh sedap disediakan oleh beliau sendiri.

Jumlah keseluruhan kos penginapan selama lapan hari ialah = RM 4,470.48
Kos perlu dibayar untuk seorang ialah = RM  745.08

Kos Perbelanjaan

Makanan ada murah ada mahal. Kalau pergi tempat murah selalunya untuk skali makan seorang dalam Lkr 400 - 600, minuman dalam range Lkr 200 -300. Ikut selera dan duit poket masing-masing. Kami tukar duit khas untuk perbelanjaan (makan+shopping(hanya teh dan fridge magnet)+entrance fees) lebih kurang RM650. Ada beberapa ahli jemaah yang pulang dengan habis duit Lkr dibelanjakan dengan jayanya dan ada juga lebihan dalam lebih kurang Lkr 300)

Tukaran wang Lkr 1000 = RM 25
Duit Lkr tidak banyak stock di Malaysia, boleh tukar kepada USD dahulu, sampai di airport boleh tukar. Ataupun bayar makanan atau beli barang guna USD, nanti diorg akan bagi balance dalam Lkr (cara ini agak mahal)

Sekian.

p/s : gambar daripada hp sahaja. Daripada camera belum sempat transfer lagi.

Khamis, 3 April 2014

Thursday Tip : Accomodation

Assalamualaikum semua!

Lama tidak menulis dekat sini. Disini nak berkongsi sedikit info pasal hal penginapan. iaitu Airbnb, masa travel ke Europe (tahun 2011), pernah try nak booking thru Airbnb. Tapi masa itu Airbnb belum popular sangat dan review pun kurang, maka booking dibuat melalui venere.com sahaja. 

Jadi untuk trip tahun ini, in shaa Allah end of this April, telah berjaya membuat booking di Airbnb. Website dia pun dah banyak upgrade dan lebih mudah untuk cari apartment yang memenuhi citarasa dan juga review pun dah banyak. Lagipun ada beberapa kawan yang dah pernah guna kemudahan website ni masa travel ke Australia early this year. And the reviews were good enough to convince me :) 

Disebabkan kemalasan untuk menulis (macam biasa, hashtag.dasarpemalas), disini terdapat satu blog yang saya rasa lengkap juga untuk jadikan rujukan macam mana nak booking di Airbnb. Nama owner blog itu ialah Kate. Banyak info pasal Airbnb dekat situ. Sila klik SINI (blog dia pun banyak info travel yang lain)

Owh, selain Airbnb, boleh juga cuba website HouseTrip , Wimdu dan juga HomeAway. Konsep sama saja dengan Airbnb. Senang, mudah dan boleh jimat duit nak buat laundry kalau pilih rumah yang dah ada kemudahan washer and dryer dan juga kemudahan dapur untuk memasak. Cumanya jangan lupa bawak sabun taharah dulu before memasak.

Gambar dari balcony rumah (11/3/2014) hari yang cerah setelah beberapa hari jerebu teruk dan masih terkejut dengan peristiwa MH370  hashtag.ThrowbackThursday  hashtag.KualaLumpur