Rabu, 15 Februari 2012

Manchester - Cheshire Oaks

Bangun pagi gosok gigi cuci muka jangan mandi  sebab sangat sejuk. Ok, sy adalah sejenis manusia yang sngt tidak tahan kepada cuaca sejuk. Kalau dirumah pasang aircond sudah pasti sarung kaki menjadi teman sejati. Eh macam lari pulak post.Tapi saya mandi juga walaupun time sejuk.

Berbalik kepada perjalanan kami di England. Tempat tujuan hari ini ialah Manchester dan Designer Outlet. Perjalanan lebih kurang dua jam daripada rumah Dr.M dengan menaiki kereta. Mujur ada suami Dr.M yang sudi menjadi pemandu dan melayan kerenah kami bertiga.

Tapi, agak malang nasib kami kerana Old Trafford sedang dalam renovation. Maka tidak lah dapat kami memasuki kedai Man-U yang sangat besar itu.

Benda yang sungguh ajaib telah terjadi kepada kami. Masuk kedalam kawasan stadium, tiada pengawal yang berjaga dihadapan pintu menuju ke dalam cafe. Naik tangga dengan happy, ambik gambar bagai bila dah sampai area cafe baru terperasan yang semua orang dalam ni pakai tag tour. hahah, haruslah kami sudah terlepas jauh sudah. Jenuh la mencari jalan pulang ke pangkal jalan.

Lepas jalan-jalan kat luar, masuk la juga kedai sementara dia, tapi tak best langsung barang dalam tu. Maka perjalanan diteruskan dengan begitu cergas menuju ke salah satu designer outlet di daerah sini iaitu Cheshire Oak.


Sangat banyak dan luar sangat kawasan.
Barang yang dijual sangat menarik dan tertarik.
Sila sediakan duit secukupnya.

Kalau nak senarai semua butik yang masuk dan berjaya habiskan duit rasanya kalau tengok balik jadi ngeri pula. Tapi kalau dah penat dan letih sila jangan lupa berkunjung ke kedai Thortons! Sooo yummmy. Lapaq pula ice cream!

Hari ini memang dalam sejarah kerana bilangan keping gambar yang diambil sungguh luar biasa jumlahnya. Busy shopping, lupa nak ambik gambar suasana kat outlet ni.

Kalau nak tengok macam mana rupa dan luasnya kawasan ni, ha layan video kat bawah ni.



Kitorg seharian disini sampai tutup kedai. Kalau kedai kat sini tutup jam 9 malam, sudah pasti lebih meriah.

Malam tu kitrog berjumpa kembali dengan Dr.K dan family yang baru sampai ke Liverpool ( hotel yang didiami berada didalam daerah Liverpool ) dari Barcelona. Bercuti juga. Dapat jumpa lagi baby faiqa yang cute.

Lepas dinner, tido.
Location: Cheshire Oaks, Outlet Village, Ellesmere Port, Cheshire West and Chester CH65 9LA, UK

0 comments: