Perjalanan daripada ROME telah selamat tiba di Gatwick Airport dalam pukul 11 lebih walaupun terdapat kesesakkan untuk mendarat disebabkan cuaca buruk. Semasa dalam pesawat, Pilot ada buat announcement apabila pesawat melintasi ruang udara Paris. Jauh dibawah, boleh nampak kerdipan lambu menara Eiffel! Dapat juga tengok walaupun dari atas. Insya Allah, bila ada rezeki akan sampai kesana juga suatu hari nanti.
Ok, bila sampai disini tengah-tengah malam, maka apa lagi cari port untuk lepak disini sementara menunggu train pagi ke Leicestershire melepaskan rindu kepada sahabat dunia akhirat, Dr.M.
Yang best di Gatwick ini adalah, ada kedai yang bukak sampai pagi. Kalau boring, boleh masuk baca2 majalah gosip. Tapi yang tak bestnya kat sini masa kitorg sampai tengah ada renovation. Maka pencemaran bunyi telah berlaku dengan maha hebatnya.
Kerusi nak lepak pun tak ada yang best, last2 lepak atas lantai beralaskan sejadah dan beg. Sejuk ok lantai!. Ramai je yang lepak tido bersepah kat sini. Rasanya kalau tak ada renovation, ok je nak tido kat Gatwick ni.
Lepas solat Subuh lebih kurang jam tiga lebih tu, terus gerak ke train station. Owh kat sini kitorg tak jumpa plak prayer room macam di Stansted. So solat kat area lepak tu je la. Bila dah sampai, tanya guard kat situ mana satu train yang betul untuk ke St Pancras ( London ). Rupanya tiket train kitorg dari Gatwick ke St Pancras ni boleh je naik bila-bila masa. Cumanya train dari St Pancras ke Leicestershire je kena ikut time di tiket.
Sedikit info pasal train di UK or mana-mana train di Europe. Kalau nak beli perlu beli awal. Tapi maksud awal tu tak lah macam beli tiket AA. Tiket train ni selalunya dia akan buka jualan sebulan sebelum tarikh or tiga bulan sebelum tarikh macam Trenitalia. So kena beli awal untuk mendapatkan tiket yang memang jauh bezanya jika membeli on the spot.
Disebabkan agak lama dan dah jemu tunggu train di St Pancras kitorg pun main beli-beli tiket di mesin. Tekan dari St Pancras ke Leicestershire pada hari tersebut ialah 100++ pound! Beza memang jauh ok! Kitorg ( Dr.M yang belikan la ) punya tiket hanya 17 pound dari Gatwick ke Leicestershire! Ha bezakan. Jadi perancangan awal adalah perlu supaya duit tidak dibazirkan ditempat yang salah eh agar jimat duit.
Akhirnya sampai juga kami di destinasi pengembaraan yang dituju. Sampai je, dah nampak Dr.M dan En.suami telah menunggu kami. Naik kereta terus menuju ke pasar pagi di Loughborough. Bestnya pergi pasar diorg ni sebab tengok sayur dengan buah-buah semuanya besar-besar dan segar. Belakang pasar ada kedai clarks lagi dengan terpampang SUMMER SALE. Mula la nak naik sheikh masing-masingkan.
Nasib baik lah ada Dr.M, terus dia cakap tak payah sebabnya destinasi esok lagi mencabar tahap sheikh masing-masing!
Sampai rumah Dr.M, terus mandi dan sarapan serta rehat dengan secukup-cukupnya. Malamnya Dr.M ajak kitorg pergi Tesco beli bahan-bahan makanan untuk sepanjang perjalanan esok hari dan seterusnya.
Best kot beli belah kat Tesco ni. Kalau setakat 1 pound tu macam-macam boleh dapat. Ambik barang penuh troli pun tak sampai 100 pound! kalau kat Malaysia sure dah habis separuh gaji kot!
Ok itu sahaja aktiviti kami pada hari pertama kembali ke Tanah Penjajah. Sebelum ditamatkan post ini, sila layan video St Pancras.
0 comments:
Catat Ulasan