Jumaat, 10 Februari 2012

Rome

Kitorg sampai bandar Rome dalam pukul 10 malam. Disebabkan jarak hotel dengan terminal station dekat maka kami berjalan dalam keadaan malap sambil tengok map tercari-cari jalan ke arah hotel. Bila dah sampai jalan alamat hotel, dah tercari-cari mana pulak bangunan hotel. Sebabnya hotel ni bukan hotel besar macam Hotel Paris Hilton, dari jauh dah nampak signboard. Apartment diubahsuai jadi hotel. Pusing punya pusing sampai dapat juga jumpa.

Lift hotel ni cute sngt. Zaman dulu-dulu. Buka tutup pintu sendirian berhad. Masuk je hotel, receptionist tu terus  bukak map bandar Rom. Tanya kitorg berapa hari nak lepak Rome. Lepas tu dia terus bahagi Map ikut jumlah hari kitorg lepak. Memang bagus. Nak ambik berapa banyak map pun suka hati. Apa lagi siap ambik sorang satu, tiap-tiap hari.

Hari pertama, hujan turun diwaktu pagi. Nasib baik tak lama kejap je hujan turun. Perjalanan dimulakan dengan membeli tiket train untuk satu hari yang berharga 4 euro.

Perjalanan Hari Pertama 


 A : Metro Station Ottaviano

 B : Vatican City

Banyaknya manusia tak payah cakap la. Sambil beratur ambik giliran keluar barisan tangkap gambar. Kalau nak masuk sini, make sure terus masuk barisan. Memang panjang tapi bergerak laju. Jangan bawa benda-benda tajam macam gunting,pisau dalam beg. Pakaian pun tak boleh seluar pendek or skirt pendek macam K-pop2 ni. 

Masuk dalam ni, kitorg dah mula la rasa macam dalam cerita Angle and Demon. Perasan betul. Mula la ingat balik jalan cerita dan lokasi pengambaran. Pengaruh dunia hiburan betul! Lepas dah puas keluar terus ke Vatican Post. Beli poscard dengan stem untuk dipos kepada keluarga di Malaysia.



C : Castle of St Angelo

Berjalan menyusuri jalan Via Conciliazione. Kitorg tak masuk cuma ambik gambar dari luar. Kemudian menyusuri Ponte Sant'Angelo. Masa atas jambatan ni nampak sorang minah ni tengah sketch permandangan ditepi sungai. Bestnya! kalau banyak masa lepak kat sini, memang layan buat aktiviti sketch ni. Perjalanan diteruskan ke lokasi D.

D : Piaza Navona

Rom tanpa fountain adalah seperti KL tanpa KLCC. Lepak disini sambil menikmati gelato. Perkara wajib. Tak ingat dah apa sejarah piaza ni, masa subjek history architecture dulu mamai-mamai ja masuk kelas. Lepas tu nak exam baru terhegeh-hegeh nak baca maka hilang ingatan itu sudah pasti.

E : Pantheon

Masuk percuma. 

F : Fontana di Trevi

Baling-baling duit. Khurafat betul!. Kalau tak cukup duit, ambik dalam fountain ni rasanya lebih daripada cukup ni. Bersepah-sepah.

G :  Metro Berberini

Pulang ke Hotel untuk solat jamak dan mandi. Walaupun hujan dipagi hari, tapi lepas tu ceria betul matahari, terik tak ingat.Kitorg beli lunch di sekitar termini station. Area situ banyak kedai makanan halal. 


Perjalanan sebelah petang dimulakan dengan berhenti di Metro Station : Flaminio Piazza del Popolo


Dekat piazza ni tetiba ada persembahan life daripada Micheal Jackson. Layan la dia menari beberapa lagu then teruskan perjalanan dikawasan merbahaya ini. Sepanjang-panjang jalan penuh dengan kedai. Macam-macam kedai. Layan la juga masuk beberapa buah kedai. Tapi last2 sapa pun tak beli apa2.

Lepas tu jalan terus mencari hala tujuan yang sebenar iaitu B : Piazza di Spagna. Lepak sambil layan matahari petang.

Disebabkan nasihat daripada pihak hotel tip untuk masuk kedalam Colosseo dengan cepat. Maka kami pun bergerak ke Metro Colosseo untuk mencari tempat jualan tiket dan keinginan untuk melihat Colosseo di waktu malam. Metro station yang ni mmg best, keluar je station, taaraaaa terus depan mata. Tak payah nak tercari-cari dah macam lokasi yang lain tu.


Menurut info pihak hotel, kalau beli tiket di pintu gate ke Palatino adalah lebih mudah daripada beli tiket di Gate Colosseo. Sebab itulah kami ke sini untuk mencari dimanakah tempat tersebut dan lokasi Metro yang berhampiran. Supaya esok pagi tidak sesat dan jimat masa.

Bila dah jumpa, kitorg pun lepak la kat sini sebabnya nak ambik gambar waktu malam. Tunggu punya tunggu tak gelap-gelap. Parah dah ni, mata dah kuyu, badan dah letih. So, kami pun dah malas nak tunggu sebabnya walaupun dah jam 9 malam cuaca masih terang benderang!. Punah harapan nak ambik gambar waktu gelap.

Hari Kedua.

Seperti mana yang dirancang, kitorg berjaya masuk ke kawasan Colosseo + Palatino + Foro Romano dengan cepat. Tapi ingin dinasihatkan sekiranya anda tidak mempunyai banyak masa, lepas beli tiket jangan masuk terus ke Gate Palatino, pergi terus ke Gate Colosseo masuk dalam barisan yang dah ada tiket, laju je barisan ni jalan. Sebabnya, kawasan ini adalah sangat besar. 

Summer pula tu, gila panas dan tidak selesa. Bila dah sampai ke Colosseo kitorg dah macam penat giler. Padahal tempat ni la yang paling nak layan sekali. Tapi gagahkan juga fizikal mental menjelajah.

Ikut perancangan awal, lepas melawat Colosseo dan kawasan kejiranan ni, plan nak ke Trastevere, kitorg dah sampai dah le Metro station area situ, tapi macam sesat pula. Tanya sorang aunty ni, dah tak boleh nak cakap English, tapi dia berusaha gila nak tolong sampai lepas train pun dia tak kisah. Kesian betul. nasib baik la ada sorang minah daripada Philippine ni datang tolong. Tapi still kitrog sesat. Memandangkan kitorg dah kena gerak ke Airport petang tu juga, maka lawatan sambil belajar dikejiranan Trastevere pun dibatalkan.

Balik hotel, makan,solat terus ke Termini Station.

Sila layari laman ini untuk info : Roma dan layan video dibawah.



Bye Roma, we meet again England! 
Location: Rome, Italy

0 comments: