Greetings everyone dan Assalamualaikum!
April sudah menjelma kembali. Nampaknya gagal update blog sepanjang bulan Mac 2015. Keadaan kerja yang agak sibuk dengan percaturan baru organisasi agak memeningkan kepala. Ok, enough pasal kerja.
Belanja sekeping gambar dari tempat mencari rezeki buat belanja travel
Semalam ada terbaca satu article di Internet pasal keselesaan menaiki flight di bawah syarikat Emirates. Habis baca je article itu, terus angguk setuju. Memang sudah jatuh cinta sama ini syarikat. Sepanjang pengalaman menjelajah menaiki pesawat, paling puas hati setakat ini adalah Emirates. Kalau tambang murah, mestilah Airasia yang dapat markah tinggi kalau dibandingkan dengan Easyjet dan Jetstar (ini je yang pernah naik pun).
Jadi untuk menjayakan misi travel 2015, sudah tentu Emirates menjadi pilihan lagi dan berjaya mempengaruhi kawan-kawan yang lain...hiks. Jadi untuk membaca apa yang ada dalam fikiran saya selepas menaiki Emirates sila lah baca article ini --- > After taking a flight on Emirates, I never want to fly a domestic airline again
Tip :
Salah satu yang best bila beli tiket airline yang macam ni adalah kita dapat pilih seat secara percuma. Jadinya, sila pastikan jenis flight yang akan dinaiki samada Boeing 777, Airbus A380 or A330.
Selepas sudah dipastikan jenis flight anda sila ke laman sesawang ini ---> SeatGuru
Di sini, anda akan dapat lihat layout didalam flight anda, dan boleh lah buat pilihan seat anda.
Untuk yang akan menaiki flight Emirates ke Eropah, sila pilih seat di row A-C, kerana anda akan berpeluang melihat Dubai dari pandangan udara dan pemandangan itu sungguh cantik sehingga membuatkan saya leka sampai terlupa nak snap sekeping gambar semasa percutian tahun lepas.
Ok, itu je nak share untuk post kali ini. Bila lah saka rajin update blog akan muncul pun tiada kepastian. Mungkin juga kerana tiada perancangan travel dalam masa terdekat. Kena tunggu pertengahan tahun kot baru muncul kerajinan itu..sebelum berpisah, jangan lupa baca surah Alkahfi untuk hari ini ye kawan-kawan semua.
7 comments:
Tq..pasti ingat petua anda pilih A-C spy dapat lihat Dubai..
Yup, setuju. emirates memang best dari segala segi.
Menarik ni Dayah. Tak pernah naik Emirates. boleh di ambik kira next time
MKL,
Harus pilih tau...mmg cantik dpt tgk dr atas
ASP,
Setuju betul sy dgn article itu.
BK,
Harus cuba naik Emirates nnt..anda pasti tidak keciwa.. insha Allah.
I fall in love the very first time flying via emirates from KL - Dubai - London. Couldn't denied further. Nothing compared to any other airlines that I've tried before e.g. Malaysia Airlines, Thai Airways, Cathay and etc. Gonna fly soon this end of month with Emirates again!
Btw, r u working with JKR? Looking at the photo macam taken from new JKR Building constructed by AZRB. Correct if i'm wrong. I'm currently writing from the highest floor of the building on the right of your photo! Btw, Helloooooo neighbour!
Zaraab,
Happy flying! Mine, have to wait until August for my next adventure with Emirates =)
Binggo! Hello neighbour =D
Catat Ulasan