Ahad, 15 Februari 2015

Travel Plan for 2015

Assalamualaikum and Hello guys!

Sudah masuk bulan Februari 2015. Sungguh cepat masa berlalu meninggalkan kita. Demi masa. 

Minggu lepas bila berjumpa sanak saudara, sudah menjadi soalan wajib kalau berjumpa di awal tahun mesti akan tanya --> tahun ini mahu pergi mana? (soalan wajib bila bersembang dengan cousins) soalan kalau sembang dengan aunties lain lah kan --> bila nak kawen? tet! Maka memang rancaklah sembang pasal plan sorang cousin tu nak ke Jepun melawat cousin yang sedang belajar di Kobe. Yang sorang pulak dah ada tiket nak ke Eastern Europe. Seronok bila dengar perancangan masing-masing.

Maka malam ini tiba-tiba rajin nak update blog cerita pasal travel plan. Antara perkara paling utama yang perlu diputuskan adalah destinasi travel. Duh! Jadi bila dah tetapkan destinasi barulah boleh bukak skyscanner untuk tengok harga dan setkan alert untuk tarikh yang dipersetujui.

Selalunya saya dengan my travel partners akan pilih destinasi mengikut region disebabkan senang untuk travel dan juga faham pattern dari segi urban planning, architecture dan juga history. Bunyi ilmiah sangat dah kenapa? Hiks. Macam last spring sudah berjaya menjejaki BENELUX. Alhamdulillah.

But seriously, saya memang suka sejarah. Selalunya sebelum pergi travel saya akan baca sejarah negara tersebut. Supaya bila berada di negara tersebut saya lebih memahami kenapa mereka adalah mereka sekarang. Eh apa ayat ni? Kalau lagi best dapat baca buku kisah sebenar yang dialami oleh mereka semasa berada dalam keadaan perang seperti WW I or WW II, Spanish Civil War, Soviet War, Eastern War. Manusia memang tidak pernah serik untuk saling membunuh demi kuasa. Sad!

Kisah pemimpin terkenal juga menarik untuk dibaca antaranya seperti Stalin, Tito, Hitler. Atau kisah keagunan tamadun dan empayar antranya Ottoman Empire, Mongol Empire, Qing Dynasty, British Empire. Selain sejarah negara tersebut, haruslah baca juga kawasan-kawasan menarik untuk dijelajahi. Bagi kawasan-kawasan menarik untuk penjelajahan tugas selalunya dibahagikan antara ahli rombongan je untuk cari info.

Antara region yang masuk dalam list travel plan yang ingin dijejaki adalah :

Baltic Region

Image from Google


Scandinavian

Image from Google  

Balkans

Image from Google 

Caucasus and Central Asia
Image from Google

Andsalusia
 Image from Google

Selain region yang dalam perancangan, terdapat juga negara sekiranya mempunyai rezeki untuk menjelajah akan terus diberi tumpuan 100% terhadap negara tersebut, Turkey, Mesir, Jordan, Russia, NZ, India dan Jepun sudah tentu antara pilihan teratas.

Menjadi impian juga suatu hari dapat travel dengan menggunakan train sepenuhnya seperti Trans-Siberian, Transylvania, Trans-Caspian or Central Asian Railway. Sehingga kini hanya negara Italy yang berjaya dijejaki dengan menggunakan perkhidmatan keretapi sepenuhnya; Milan-Venice-Florence-Pisa-Rome dan sama seperti last spring bila menjelajah menggunakan keretapi memang sungguh tenang dan santai tidak perlu terkejar-kejar ke airport. Tapi itulah, kalau nak naik keretapi harga tiket pun boleh tahan.

Jadi menjawab kepada soalan cousin hari tu, negara mana bakal dijejaki untuk tahun 2015? Nak sembang sakan dekat sini kalau belum beli tiket baik duduk diam-diam sudah. Hiks. Insha Allah kalau diberikan rezeki, kelapangan masa, kesihatan yang baik dapatlah jejaki beberapa negara yang dinyatakan didalam post kali ini. Ameen.

Ok, itu sahaja. Bai
Location: Malaysia

16 comments:

Bibie Karim berkata...

Balkans & Andalusia dah lama menyanyi dalam hati...insha Allah kalau dapat 'keizinan' dari segi & kesihatan & $$, sampailah aku.

Wish aku, moga ko akan capai apa yang dihajati.

syieda berkata...

Wah....bestnya! Fridge magnet jgn lupa taw!
La lalalala. ..kihkihkih

hidayahrodhi berkata...

Bie,

Ameen utk kita dua! In sha Allah.

hidayahrodhi berkata...

Syieda,
Kalau dah ada tiket ditangan mesti lagi best!.hiks, skang angan2 dulu =)

Zilla berkata...

Teruja dgn baltic & balkan...

Moga impian jadi nyata..

hidayahrodhi berkata...

Zilla,
Angan-angan dulu, harapnya semua destinasi impian kita semua menjadi kenyataan. Ameen.

hidayahrodhi berkata...

Zilla,
Angan-angan dulu, harapnya semua destinasi impian kita semua menjadi kenyataan. Ameen.

Azra berkata...

Semua menarik.. harap2 tercapai hajat dihati
top of my list adelah Scandinavian countries... tak sabar nak jejak kaki nih huhuh

hidayahrodhi berkata...

Azra,
Ameen utk ko jugak.
Scandinavian tu mmg best,tp bukan time winter lah kot..tak mampu rasanhya nak berwinter.

Tanpa Nama berkata...

Baltic & Balkan is definitely a nice place. Saw a series of that both location dalam Travel & Living.

hidayahrodhi berkata...

Zaraab,
Yup totally agreed.

bilabudakkampungtravel berkata...

Dayah.. Good Luck. Insyaalah ada rezeki tu. Tabiklah pasal suka baca history tu. Aku baca juga sikit2 from buku2 LonelyPlanet sebelum pergi tapi bila sampai ket tempat tu hampeh.. satu apa tak ingat.

kakitravelkhairuddin.blogspot.com berkata...

bertuahnya hidup....

hidayahrodhi berkata...

Budak Kampung,
Tq, Ameen. Sejak sekolah mmg sudah suka sejarah. hiks. tp kalau nak senang tgk dokumentari pun ok jugak huhu

MKL,
Angan-angan dulu plan ni. Belum sampai rezeki lagi..tgh tgu tiket murah utk date yang di plankan. In sha Allah.

Jari Manis berkata...


minat Sejarah? huhuhu...sis JM mmg sgt2 x minat sejarah...kalau masuk kelas sejarah dalam kepada tu dok minta cepatlah habis kelas nih

Tak pe Dayah plan dulu tercapai ke tidak itu belakang kira at least dh adaplan so boleh go to the next step..bagi sis JM ni mmg x mampu..nk plan pun belum mampu huhuh

hidayahrodhi berkata...

JM,

Harapannya semoga tercapailah cita-cita nak menjelajah ke tempat-tempat idaman ini. Doakan semoga impian JM juga akan tercapai