Assalamualaikum dan Hellooo!
Pertanyaan yang selalu akan ditanya setiap kali bagi tahu nak pergi bercuti atau baru balik bercuti adalah :
Jadinya, semalam semasa sedang mencari info untuk the next travel plan terjumpa entry ini dekat salah satu blog yang saya selalu baca : Have blog will travel. Sangat setuju. Memerlukan kerja penyelidikan yang banyak sekiranya mahu travel secara budget.
Makanya, menjawab kepada persoalan yang sering ditanya itu. Baik saya buat satu entry khas. Nanti ada orang tanya boleh suruh rujuk ke sini sajok.
When?
Bila plan nak kesana. Bab ni penting kot. Sila cari info keadaan cuaca dinegara tersebut. Kalau nak tengok daun-daun berguguran di South Korea atau di New Zealand haruslah tidak sama bulan kan. Kalau nak bermandi manda di kepulauan disekitar Asia Tenggara ni, kena alert musim taufan ribut petir semua tu. Nak bermain salji ke nak berpicnic dibawah pohon sakura ke atau nak masa berjalan diwaktu siang yang panjang dan cuaca panas. Sekarang mudah sangat nak cari info pasal cuaca ni. Sila rajinkan diri je.
Lagi satu, kerja macam saya and the geng yang terlibat dengan pembinaan ni perlulah kaji bebetul CPM daripada pihak kontrakor. Bila isu-isu Arkitek agak kurang bolehlah plan. Kalau suka hati dah macam buat drama swasta pula. Asyik bercuti je..lepas tu asal pergi site bawak drawing A0 #sukasangatbuatceritaheroarkitek #tipikaldramamelayu '
How Long?
Berapa lama nak bercuti. Sila pujuk bos masing-masing. Memang tiada tips disini ye rakan-rakan. Kalau dapat cuti panjang, langkah jauh la sikit kaki ini menjelajah. Kalau sikit cuti, pergi je lah negara dekat-dekat. Explore satu negara saja bagi puas hati.
Where?
Pada saya destinasi pilihan percutian adalah dibawah beberapa faktor lah. Macam trip tahun 2011 ke Europe saya memilih ke UK dan Barcelona. Negara itu mesti dijejaki kerana ada kawan sekolah yang sedang buat phd disana. Penjimatan untuk beberapa hari kos penginapan.
Italy dipilih adalah kerana tiket flight daripada Barcelona ke Milan, serta Rome ke UK adalah murah berbanding negara lain semasa sale yang dijalankan oleh syarikat penerbangan. Penjimatan kos pengangkutan.
Sama seperti kunjungan pada tahun lepas ke Netherlands dimana seorang kawan juga sedang buat phd di Delft. Dan untuk tidak memenatkan badan kami memilih negara-negara jiran Netherlands yang boleh dijejaki dengan keretapi tanpa memakan masa yang lama. Penjimatan kos penginapan dan kekangan bilangan hari cuti.
Jepun sahaja negara yang tidak berjaya dijejaki semasa ada kawan yang sedang buat phd disana. Selamat pulang sudah Dr.K bulan tiga itu hari. Huhu, sorry Dr.K tidak dapat memenuhi impian kita reunion dekat Jepun. I pergi jumpa you dekat Perlis sudah lah ye.
Nampak tak, konsep #cheapskatesejati perlu dikekalkan. Selagi ada kawan atau kenalan di negara luar, saya akan cuba untuk membuat lawatan sambil tengok diorg belajar. Hiks, diri sendiri malas nak sambung belajar.
Selain daripada yang tersebut diatas, sudah tentulah beberapa faktor yang diambilkira macam Sri Lanka sebab ada banyak hasil rekaan Arkitek Geoffrey Bawa, South Korea dengan musim luruh yang sangat memikat hati, atau road trip di New Zealand (masih dalam angan-angan belum menjadi kenyataan, Insha Allah suatu hari nanti). Sebelum memuktamadkan pilihan, Google Maps akan menjadi bff.
Benda wajib buat sebelum pilihan tempat percutian
Selain google, anda juga boleh ke web Rome2rio. Kalau yang ini lebih details, terus dapat anggaran budget perjalanan dengan option apa yang ada beserta website nak beli tiket skali.
What to see. Benda ini adalah mengikut minat masing-masing. Ada yang suka shopping, ada yang suka hiking ada yang suka taman tema, ada yang suka explore town, ada yang suka kawasan bandar, ada yang suka kawasan kampung-kampung. Jadinya sila pilih kawan-kawan yang ada minat yang sama dengan anda ketika bercuti. Penting ok bagi mengelak berlakunya percutian yang tidak memuaskan hati. Rugi, nak bergembira jadi stress pula.
Setelah selesai semua diatas, baru boleh proceed to the next steps :
Flight Ticket. Set date dalam skyscanner, jadikan alert ke email. Setel. Tunggu harga mampu milik terus beli. Masalah akan timbul jika tiada penerbangan murah daripada point A ke point B dalam destinasi pilihan. Yang murah daripada point A ke negara jiran point B (kita namakan C..ini contoh ye). Penyelesaian adalah :
Mari buat kira-kira semua.
Option 1 :
Total penerbangan A ke C = RM 400
Keretapi daripada C ke B = RM 150
Total penerbangan A ke B = RM600
Kalau degil untuk tetap ke B, maka kami akan terus beli tiket penerbangan yang berharga RM600. Sebab negara C memang tidak masuk dalam senarai.
Option 2 :
Negara B terus cancel, tukar dengan negara C dengan mengambil kira jumlah cuti yang diluluskan. Kalau sedikit memang inilah pilihan yang ada dengan kos yang mampu. Jadinya hanya harga RM400 sahaja.
Option 3 :
Tiada masalah dengan jumlah hari percutian, boleh la pilih yang ni. A , B then ke C. Total kos untuk pilihan ini RM 550.
Gitulah serba sedikit yang selalu kami amalkan. Selesai isu penerbangan kita beralih ke isu :
Accomodation. Kalau bab penginapan airbnb dan booking.com memang menjadi pilihan hati setakat ini. Belum pernah try hostel yang secara dorm. Bab ini kami tidak sangat #cheapskatesejati. Hehe. Kalau negara-negara jiran seperti Indonesia atau Thailand bab penginapan ini selalu buat last minit je. Sebab banyak pilihan dan insha Allah harga mampu milik.
Public Transportation. Bab ini boleh dikatakan perlu dikaji bersama dengan lokasi penginapan. Kalau hotel terletak dekat tengah-tengah bandar boleh la jimat kos (tapi harga hotel mahal). Kalau pilih hotel yang murah but jauh daripada town (kos pengangkutan awam akan tinggi). Kalau travel ke Europe, kebanyakkan train akan bagi diskaun untuk perjalanan return untuk hari Jumaat,Sabtu dan Ahad.
Setakat ini saya masih belum pernah mencuba mana-mana perjalanan menggunakan hoponhopoff, dan kajian terhadap perbezaan pakej ini dengan beli day pass or card macam konsep touchngo yang mana lebih jimat belum pernah buat. Insha Allah sekiranya tergerak hati akan join mana-mana pakej HOHO ini, boleh la dikongsikan.
Safety. Benda paling penting untuk anda semasa berada disana.
- Sila buat copy passport anda. Simpan sebagai persediaan. Kalau boleh buat lah lebih daripada satu.
- Sila catit nombor phone kedutaan Malaysia dinegara yang dilawati.
- Sila bawa ubat-ubatan asas yang diperlukan
- Sila simpan duit dibeberapa lokasi yang berlainan
- Sila alert dengan persekitaran anda.
Apps. Haa bila dah zaman yang lagi lima tahun nak 2020 ini, banyaklah yang boleh didownload dekat hp sebagai rujukan. Salah satu apps yang amat berguna digunakan sekiranya anda bercuti secara rombongan mak jemah adalah : Settle Up. Sungguh membantu.
Sekiranya anda adalah tergolong dalam golongan #cheapskatesejati yang tidak akan sewa pakej wifi (hanya bergantung wifi hotel dan wifi free, sila pastikan google maps di hp anda sudah update lokasi sebelum keluar hotel. Walaupun tiada wifi, google masih akan update lokasi semasa. Jimat weh! dan paling penting tidak akan sesat makan langsat.
Ini sahaja perkongsian kali ini. Bagi saya pencarian info sebelum pergi itu sungguh fun =). Till then, baiii.
3 comments:
Nice sharing
When to travel? Yang ni memang aku gigih cek takwim uni. Haha sebab aku dapat cuti berpanjangan if uni ada semester break je. Untung jugalah sebab boleh tix in advance i.e time promo. Kalau kerja macam ko memang kena bertabah lah kan 'nego' flight fare.
BK,
Insha Allah time cuti merdeka. Lepas 2 projek serah..baru tenang sket hati nak berjalan.
Mmg promo AA yg murah2 tak pernah nak dpt..x bukak pun website time tu sbb sakit hati tgk..kang burn je kalau gamble beli.
Catat Ulasan