Rabu, 30 September 2015

Into The Balkans : Jadual Perjalanan

Assalamualaikum and Hello beautiful people!

It's been 3 weeks after my recent trip to Balkans. Agak ramai yang email/pm/whatsapp (or what ever apps we use to get in touch with people nowadays)  to know the details of this trip while I’m still travelling the regions and till now. Sorry guys, been super busy with works after the trip (sendiri mau ingat bila dah bos lulus cuti panjang kan).

Maka dengan itu, secara ringkasan perjalanan adalah seperti mana berikut :

1st Stop : UAE ( fly with Emirates )
Date : 28 / 8 / 2015 
Location :  Dubai

Kali ini berjaya menjelajah old Dubai. Pengalaman merasa bahang musim panas di UAE adalah sungguh trauma.  Transit paling lama pernah menunggu. Tapi, naik Emirates memang puas hati. Kisah drama kita cerita dilain post.

2nd Stop : TURKEY ( fly with Emirates )
Date :  29/8/2015 - 31/8/2015
Location : Istanbul

Hagia Sofia, Istanbul

Untuk jejak pertama kali kaki di bumi Istanbul, jadual perjalanan hanya cover kawasan di Sultanahmet sahaja. Menggunakan sepenuhnya Museum Pass yang dibeli. 

3rd Stop : SLOVENIA ( fly with Turkish Airlines )
Date : 31/8/2015 - 2/9/2015
Location : Kranj, Lake Bled, Vintar Gorge, Ljubljana

Disneyland, Slovenia

Negara paling aman damai dan penduduk yang sangat peramah dan baik. Really love to be there again! Maka bermulalah pengembaraan untuk menjejaki negara bekas jajahan komunis yang dikenali suatu masa dahulu dengan nama Federal People's Republic of Yugoslavia.

4th Stop : CROATIA (by bus from Ljubljana)
Date : 2/9/2015 - 4/9/2015
Location : Zegrab, Lake Plitvice, Rastoke Village

Main Square, Zagreb, Croatia

Lake Plitvice semenangnya antara tempat yang paling teruja untuk dilawati pada trip kali ini. Amazing! Subhanallah. Walaupun seperti tidak cukup masa untuk menjelajah bandar-bandar yang dilawati kerana kekangan masa, tetap bersyukur dengan pengalaman menaiki kereta dinegara yang mempunyai pemandangan tepi lautan yang cantik. 

5th Stop : BOSNIA HEZERGOVINA (by car from Lake Plitvice)
Date : 4/9/2015 - 9/9/2015
Location : Bihac, Jajce, Sarajevo, Mostar, Blagaj, Pocitelj

Town Hall, Sarajevo, Bosnia Hezergovina

Merentasi sempadan Croatia dan Bosnia dengan menaiki kereta sewa adalah sungguh berbaloi sebab permandangan yang cantik. Berapa kali berhenti untuk ambil gambar, singgah beli buah-buahan dan berapa kali kena tahan dengan abang polis.

6th Stop : DUBROVNIK, CROATIA (by car from Mostar)
Date : 9/9/2015 - 10/9/2015
Location : Old Town

The King's Landing, Croatia

Teruja bila jejak kaki ke sini. Maklumlah layan cerita Game of Thrones. Rasa menyesal pula jadual perjalanan hanya bermalam sehari disini. Airbnb yang disewa disini pun paling menarik berbanding kesemua penginapan di negara lain.

7th Stop : MONTENEGRO ( by bus from Dubrovnik)
Date : 10/9/2015 - 12/9/2015
Location : Kotor, Budva

Old Town Kotor, Montenegro

Berjaya menawan kubu di Old Town, Kotor dengan memanjat 1200 ++ anak tangga. Rasa berbaloi penat lelah bila sampai puncak. Kagum betul dengan binaan zaman dahulu kala yang masih kukuh ditelan zaman.

8th Stop : ALBANIA (by van from Budva)
Date : 12/9/2015 - 13/9/2015
Location : Tirana

Tirana, Albania

Tidak sampai 24 jam kami dibumi Albania. Hanya sempat jelajah bandar Tirana sahaja. Negara ini dipilih sebab harga tiket penerbangan yang murah untuk pulang semula ke Istanbul. Kalau diberi masa yang lama Berat harus dimasukkan dalam jadual perjalanan. I'll be back Albania!

9th Stop : TURKEY ( fly with Pegasus )
Date : 13/9/2015 - 15/9/2015
Location : Istanbul

Taksim, Istanbul

Untuk kunjungan kedua dibandar Istanbul perjalanan dimulakan dengan kawasan disebelah Asia kerana mendarat di Sabiha Airport. Kawasan lain yang dilawati antaranya daerah Beyoglu, Fatih. Istanbul memang seperti living museum yang penuh sarat dengan sejarah kerajaan yang hebat serta tokoh-tokoh Islam. 

10th Stop : UAE (fly with Emirates)
Date : 16/9/2015
Location : Dubai Airport

Perjalanan Jelajah Balkans 2015 tamat disini. Transit hanya tiga jam sahaja. Berangan nak tidur dengan harapan flight tidak penuh. Harapan tinggal kenangan sebab flight ke Kuala Lumpur penuh. Gegaran sepanjang perjalanan pun agak mendebarkan. 

Sampai tanah air disambut dengan jerebu. Terima kasih Indonesia! Oklah sampai sini dulu, terus jadi emosi nak tulis panjang-panjang bila taip jerebu sambil tengok tingkap diluar. 


0 comments: