Assalamualaikum and Greetings!
Alhamdulillah perancangan menjelajah Balkans yang bermula pada awal tahun 2015 telah berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan yang tidak dapat kami atasi. Syukur nikmat. Kalau ikut perancangan jelajah tahun 2015 adalah Trans Siberia. Beria order buku dekat amazon. Tapi setelah kajian dijalankan sudah pasti perkara paling sukar untuk diperolehi adalah berkaitan jumlah cuti! Paling ideal memang sebulan jugak perlu bercuti. Sudah pasti sukar nak dapat cuti sebanyak itu. Maka tukar plan untuk menjelajah rantau Balkans. Gitu pengenalan persiapan.
Ahli rombongan :
#TeamMalaysia ; Ar. H (me), Ar N & Ir K
#TeamEurope ; Dr I & Dr. (to be) A
Poyo tak letak pangkat status pekerjaan, hahaha..boring je letak Ms je kan..,kikiki. Plan asal hanya bertiga, tapi lagi tiga bulan nak fly ada tambahan ahli. Sangat-sangatlah dialu-alukan untuk penjimatan bersama. Sharing is caring perlu untuk #cheapskatesejati macam kami.
Pemilihan Negara :
Misi utama ialah negara-negara bekas Yugoslavia.
Option 1 : Istanbul - Hungary - Slovenia - Croatia - Montengero - Bosnia
Option 2 : Istanbul - Hungary - Slovenia - Croatia - Bosnia - Montenegro - Kosovo - Macedonia
Option 3 : Istanbul - Slovenia - Croatia - Bosnia - Montenegro - Albania
Keputusan :
Option 1 : Perjalanan Dubrovnik - Montengero - Dubrovnik dilihat agak tidak praktikal kerana perlu berpatah balik dan perjalanan dalam negara Bosnia jugak tidak praktikal, sebagai contoh perlu patah balik Sarajevo-Jajce-Sarajevo. Sebab tidak praktikal untuk kami adalah kerana kekangan jumlah hari. Kalau ada banyak masa, lain cerita.
Option 2 : Mencapai misi untuk ke negara Yugoslavia, namum terkejar-kejar dengan pengangkutan awam yang kurang info dan hasil daripada bacaan di internet memang agak memenatkan dalam masa 18 hari dengan jadual sebegitu. Terus reject awal-awal option 2 ini.
Option 3 : Paling dipersetujui oleh semua ahli jemaah, tapi harga tiket penerbangan daripada Istanbul ke Slovenia adalah mahal dan melepasi budget asal yang ditetapkan. Hasil perbincangan dan kajian yang lebih serta penat lelah menanti sale bagi tarikh yang dipersetujui, maka kami terpaksa korbankan sedikit wang ringgit untuk memastikan bilangan hari adalah berpatutan disetiap tempat yang dilawati. Bersesuai dengan tarikh perjumpaan lagi dua ahli #teamEurope
Visa tidak perlu risau. Kesemua negara yang kami lawati tidak memerlukan visa. Lain cerita kalau anda masukkan Serbia dalam perancangan. Sekiranya tidak silap, kedutaan Serbia yang terdekat adalah di Indonesia.
Perjalanan yang berjaya ditempuhi
Sekiranya anda mempunyai lebih masa (melebihi 18 hari perjalanan) anda boleh mengambil penerbangan Istanbul - Budapest then boleh menaiki keretapi atau bas untuk ke Slovenia (lebih ekonomi). Untuk negara-negara lain di Balkans, tunggu kedatangan kami untuk misi jelajah Balkans #2. Insha Allah.Ameen.
Pengangkutan Udara :
Sejujurnya plan nak buat melalui jalan darat (kecuali tiket retun KL) sahaja disana, tapi setelah kaji selidik dan seperti biasa kekangan bilangan hari perjalanan. Ditambah pula dengan kondisi perkhidmatan pengangkutan awam adalah tidak seperti di bandar Eropah yang maju. Maka kami terpaksa menggunakan juga perkhidmatan udara.
Emirates : RM 2,333.30
Tiket dibeli pada bulan Februari semasa jualan murah. Sebulan selepas kami beli Emirates ada buat sales lagi. Tapi harga telah naik RM2500, dan sales pada bulan Julai RM2600. Syukur berjaya beli tiket yang murah. Inilah penting setkan date pilihan dalam skyscanner terus dapat email alert.
Pegasus Airlines : RM 202.12
Penerbangan pulang ke Istanbul yang paling menepati pilihan adalah daripada Tirana. Tapi hasil kajian Skopje lebih murah namun again (time vs money) masa juga menang. Penerbangan dirantau Balkans untuk low cost adalah akan mendarat di sebelah Asia Istanbul.
Turkish Airlines : RM 656.14
Tiket paling terakhir dibeli sebab mahal. Beza penerbangan Istanbul - Slovenia dengan Istanbul - Budapest hampir separuh. Tapi bila dikira dengan harga tiket keretapi untuk perjalanan Budapest ke Slovenia, dan kekangan masa (time vs money) akhirnya masa lebih berharga. Melebihi target asal budget dibawah RM600. Tiket juga dibeli menerusi laman web Adria, kerana ianya lebih murah berbanding membeli di laman web Turkish.
Pengangkutan Darat & Air :
Ferry (Istanbul) : sila beli istanbulkart dan sila naik pengangkutan air semasa disana. Seriusly berbaloi dengan pemandangan yang dapat dinikmati. Memang suatu pengalaman mahal untuk harga tiket yang murah.
Metro (Istanbul) : tidak susah untuk memahami laluan metro/trams di sini. Sama sahaja seperti ditempat lain. Namun persediaan mental adalah perlu terutamanya di Istanbul yang seperti tidak pernah susut bilangan penumpang. Terutamanya line Biru.
Kereta Sewa : Adalah disarankan semua orang yang mahu jelajah kawasan Balkans untuk sewa kereta. Sangat berbaloi dan sila menggunakan perkhidmatan syarikat ini
Fleet-Rent, anda pasti tidak menyesal. Insha Allah. Perkhidmatan kereta sewa kami bermula di Lake Plitvice, Crotia melalui Bosnia dan kembalikan kereta di Dubrovnik, Croatia. Tapi tempat mengambil kereta sewa adalah di Split oleh #teamEurope.
Kereta kesayangan yang berjaya mengharungi kawasan berbukit di Balkans
Bas & Van : sebelum dan selepas berpisah dengan #teamEurope kami hanya menggunakan perkhidmatan bas dan van. Perhatian!! tiket di rantau Balkans tidak semua dijual online. Untuk keselamatan sila beli tiket anda sehari sebelum perjalanan. Bas di Croatia dan Montenegro anda perlu bayar kos penyimpanan beg dibahagian bawah Bas kepada driver.
Cerita lebih details akan menyusul untuk setiap negara berhubung pilihan dan pengalaman kami sepanjang perjalanan.
Penginapan
Seperti biasa kami menggunakan perkhidmatan Airbnb dan Booking.com untuk tujuan ini. Apa yang dapat disimpulkan adalah murah berbanding negara Europe lain yang pernah dilawati setakat ini. Semua penginapan adalah dibawah RM80 satu malam untuk seorang kecuali di Istanbul (ini memang mahal). Cerita dan gambar akan menyusul dipost yang lain.
Tukaran Wang
Disebabkan negara yang bakal dilawati ini adalah tidak sepenuhnya menggunakan mata wang Euro, maka kami mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan ATM sahaja. Lagipun mata wang yang perlu amatlah sukar didapati di Malaysia.
Lebih jimat sebenarnya keluarkan duit daripada ATM jika dibandingkan pertukaran di Money Changer. Untuk makluman, CIMB akan mengenakan cas sebanyak RM10.60 untuk setiap kali pengeluaran wang dibuat. Manakala Maybank adalah sebanyak RM12.60. Apa yang perlu adalah pastikan anda aktifkan card ATM untuk kegunaan di luar negara.
Disebabkan #teamMalaysia bertiga, maka sebelum percutian kami telah masukkan duit kedalam satu akaun untuk tujuan penjimatan cas yang dikenakan (dibahagi kepada tiga orang). Mesin ATM tidak sukar untuk dijumpai sepanjang jelajah.
Sekiranya anda mempunyai duit Euro untuk ditukarkan kepada BAM (sebagai contoh di negara Bosnia) sila tukar di pejabat pos kerana ianya lebih murah berbanding Bank. Maaf kami tiada info berkaitan pertukaran wang di Money Changer semasa disana, tapi yang pasti anda perlu tukar duit Euro dahulu untuk berurusan disana. Bawa duit Malaysia memang tak dapat lah ye (berdasarkan info daripada internet).
Belanja Makanan
Harga makanan di rantau ini sepertimana harga penginapan ianya jugak murah. Makanan halal senang diperolehi. Seperti biasa kami juga memilih untuk memasak. Paling rasa kagum semasa kami membeli belah di bandar Kranj. Hasil perbelanjaan : 6 euro kami dapat satu tin tomato pure bersama olive oil, satu kotak spaghetti ( boleh masak dua kali untuk tiga orang makan), 2 biji tomato, 4 botol yought, Herbs dan sebuku roti.
Boleh dikatakan hampir semua bandar yang kami singgah, lawatan ke local mart adalah satu kemestian. Seronok juga lihat macam-macam jenis makanan dan of course chocolate! Agak memeranjatkan apabila kami jumpa hotdog yang ada tanda Halal di Croatia, Bosnia dan Montenegro. Terus jadi makanan ruji breakfast semasa disana.
Makanan yang glamour di bumi Bosnia. Inilah makanan pertama yang kami makan kali pertama jejakkan kaki ke BiH
Info Sejarah
Sebelum pergi sila baca sejarah negara yang bakal dilawati. Adalah menjadi rutin sebelum penjelajahan saya akan membaca seberapa banyak info berkaitan sejarah negara yang bakal dilawati. Bukan apa, ini adalah lebih terkesan dihati bila kita tahu sejarah sesuatu tempat semasa kita berada disana nanti. Cara ini amatlah sesuai diamalkan oleh kaki jalan yang #cheapskatesejati macam kami yang tidak mampu untuk join atau hire pemandu pelancong untuk tadah telinga dengar mereka menceritakan setiap sejarah bandar yang dilawati.
Tapi! untuk penjelajahan dirantau balkans ini sila join walking tour yang dianjurkan oleh orang tempatan samaada percuma atau berbayar. Cari pemandu pelancong yang merupakan mangsa peperangan yang terselamat, secara umumnya mereka yang berumur 30 tahun keatas. Kerana pengalaman yang mereka tempuhi amatlah berharga untuk kita ambil sebagai satu pengajaran. Percayalah anda akan rasa berbaloi membayar.
Selain itu, sila berbual dengan orang local untuk mengetahui dengan lebih personal cerita-cerita perang yang dialami oleh mereka. Tapi sila jangan sesuka hati untuk bertanya kisah perang, sila jaga dan hormat perasaan mereka. Bertanya kepada mereka yang anda rasa ok seperti tuan airbnb anda, owner restaurant yang dikunjungi.
Selain itu, terdapat banyak buku yang menceritakan pengalaman mangsa perang yang terselamat. Selain cerita perang Yugoslavia anda juga boleh membaca buku-buku sejarah Kerajaan Ottoman. Terutamanya semasa di Istanbul, anda pasti lebih teruja dengan adanya pengetahuan sebuah tamadun agung Islam ini. Antara contoh buku yang saya sempat baca (selain bacaan di internet) sila rujuk
Sini. Atau boleh rujuk juga blog
Farah, kerana Farah juga baru pulang daripada menjelajah negara-negara di rantau Balkans.
Sampai sini dulu. Akan cuba untuk update sekerap yang mungkin supaya dapat menjawab segala persoalan yang diutarkan kepada diri ini dan juga sebelum hilang ingatan #faktorpenuaan.