Khamis, 26 November 2015

Into The Balkans : Hello Republika Hrvatska!

Assalamualaikum and Zdravo!

Kembara kami diteruskan ke negara ketiga iaitu Croatia atau lebih dikenali dengan Republika Hrvatska dirantau ini. Masuk ke negara ini melalui jalan darat (bus) tidak lah serumit atau perlu menunggu lama. Bila sampai border semua orang turun bas beratur untuk cop passport. Kena naik turun dua kali lah sbbnya keluar slovenia dan juga masuk Croatia. Tak ada soalan yang ditanya pun. Tengok passport, tengok muka kita terus dia cop. 

Wednesday | 2 September 2015
Croatia Day 1 - Zagreb

Sampai di Main Bus station Zagreb sudah agak petang. Terus beli tiket ke Lake Plitvice di bahagian atas bangunan. Dekat atas ada juga disediakan money changer dan juga ada mesin ATM. Kalau nak beli tiket tram pun boleh beli dekat kedai tobacco dikawasan ini. Mostly kaunter tiket bus boleh berkomunikasi dengan english, senang la juga proses nak membeli tiket.

Disebabkan kami beli one day pass, kami naik tram untuk ke rumah tumpangan yang hanya satu station sahaja daripada main bus station. Kawasan rumah tumpangan ini terletak dikawasan perumahan. Jadinya banyak kemudahan asas disekitar kawasan.

Sekitar kawasan rumah tumpangan

Turun tram, lintas jalan belok kanan, jalan dalam 3 minit sampai rumah tumpangan

Lepas selesai urusan masuk rumah, beramah mesra dengan tuan rumah, solat dan segarkan diri kami terus keluar untuk makan lunch + dinner di Masjid Zagreb. Puas hati dapat makan nasi ayam yang sedap sambil berbual dengan Amer pekerja restaurant yang peramah dan pandai berbahasa melayu.

Selepas makan, kami buat lawatan dibahagian dalam masjid dan juga persekitaran sebelum meneruskan perjalanan untuk melihat bandar Zagreb sewaktu senja. Jalan mengikut langkah kaki sahaja. Tiada tempat spesifik yang kami plan disini. Hanya Masjid Zagreb sahaja yang kami wajibkan lawatan semasa di Zagreb.

Untuk sampai ke Masjid, perlu melalui kawasan perumahan ini

Bandar Zagreb

Kami pulang semula ke rumah pun agak awal juga kerana esok perlu berpagi-pagi ke bus station sebab kami beli tiket awal pagi. Tido lena kami malam itu kerana katil yang sungguh selesa dan besar!

Thursday | 3 September 2015
Croatia Day 2 - Lake Plitvice

Sebab kami membeli tiket bus awal pagi adalah kerana ingin menjelajah Lake Plitvice sebanyak masa yang mungkin. Kami juga akan berjumpa dengan #teamEurope disini. Rasa tak sabar nak jumpa diorg. Sepanjang jalan ke Lake Plitvice cantik juga pemandangan sebab melalui perkampungan. Terkadang terasa macam tengah lalu PLUS pun ada. Kalau musim luruh mesti lebih cantik pemandangan.

Kami berjejak kasih dengan #teamEurope dipertengahan jalan, iaitu perhentian kedua sebelum sampai Lake Plitvice. Keliru driver bus, dia siap cakap...no no no...no yet..bla bla dalam bahasa tempatan...kitorg terus balas its ok, our friends are waiting for us, there..sambil tunjuk kereta hitam dan dua orang anak dara melayu yang sedang senyum lebar ditepi kereta. Terus dia balas..owh, ok!

Sungguh tenang perasan disini (tp manusia memang ramai)


Jernihnya air tasik Plitvice

Kami habiskan masa sepuas-puasnya disini. Memang satu pengalaman yang sangat indah dan Maha Suci Allah cantiknya ciptaan Mu Ya Allah. Terus teringat ayat ceramah ustaz, apa yang kita lihat di dunia tidak sedikit pun akan sama dengan apa yang ada di syurga. Kerana di syurga indahnya tidak tertanding dengan apa yang ada di dunia. Allah Maha Besar!

Selepas itu, kami singgah ke rumah tumpangan untuk bersihkan diri,solat sebelum keluar semula untuk pergi ke sebuah perkampungan yang cantik. Rastoke Village. Singgah untuk minum petang dikelilingi air terjun dan sungai yang mengalir. Syukur nikmat.

Minum petang di Rastoke

Masa pulang selepas kami singgah ke pasar raya (sebab malam nanti kami plan nak masak saja) kami dikejutkan dengan kehadiran secara tiba-tiba binatang daripada semak melompat ke jalan raya. Rusa! Nasib la pemanduan secara berhemah, sempat elak daripada berlanggar dengan cik Rusa tadi.

Friday | 4 September 2015
Croatia Day 3 - Road trip to BiH

Sarapan pagi kami hari ini adalah nasi dan telur goreng, sambil ikan bilis dan lauk daripada Brahims. Makan sampai kenyang sebabnya hari ini adalah perjalanan merentasi sempadan ke negara yang paling ditunggu-tunggu iaitu, Bosnia Hezergovina! 

Location: Croatia

0 comments: