Ahad, 29 November 2015

Into The Balkans : Zagreb Mosque

Assalamualaikum and Zdravo!

5 fakta tentang Masjid Zagreb
1/ Arkitek bagi masjid ini adalah seorang professor daripada Sarajevo University, Dzemal Celic dan juga seorang arkitek daripada Sarajevo, Mirza Golos. 
2/ Manakala semua calligraphy yang terdapat di masjid ini adalah dibawah seliaan Esref Kovacevic seorang calligrapher terkenal di Bosnia pada waktu itu.
3/ Mula dibina pada tahun 1981 dan siap pada tahun 1987
4/ Merupakan masjid terbesar di Croatia
5/ Juga berfungsi sebagai sebuah pusat kebudayaan Islam di bandar Zagreb

Info penting 
1/ Untuk sampai ke sini daripada bandar Zagreb, boleh naik tram no.6,7 & 8
2/ Alamat : Islamic Centar Zagreb, Gavellina 40, Zagreb

Perlu melalui kawasan perumahan untuk sampai ke Masjid

Pakcik dalam gambar ni la tolong kami untuk berada di jalan yang lurus untuk sampai ke Masjid, kalau tidak sesat juga dibuatnya sebab dah salah masuk simpang. Dia jerit sambil tunjuk jalan yang betul, macam mana dia tau kami nak ke Masjid itu mungkin sebab pakaian kami la kot. Lepas tu dah masuk situ nak buat apa lagi kan, mesti nak ke Masjid. Terima kasih pak cik.


Senibina yang memang unik untuk sebuah Masjid

Kawasan solat utama

Ke ruang solat wanita

Natural lighting

Rekabentuk kubah yang berlainan dengan Masjid lain

Tidak dapat dipastikan apakah binaan yang terletak dilaluan untuk ke kedai makan, kerana penerangan dalam bahasa yang tidak difahami.

Restaurant yang terletak didalam kompleks yang sama. Pakcik tu pun nak ke sini rupanya. Senyum dia bila nampak kami sampai.

Sambil makan, dapat tengok view budak-budak main bola. Abang ini terjerit-jerit bagi arahan ke, komen pemain ke apa pun tak pastilah, tapi sesekali terkejut jugak kami dengan jeritan dia.

Selesai makan, sudah tiba masa untuk ke bandar Zagreb

Hari semakin gelap



Location: Zagreb, Croatia

0 comments: