Isnin, 18 Januari 2016

Into The Balkans : The Day We Arrived in Tirana

Assalamualaikum dan Përshëndetje!

Hari ini awal pagi kami check out hostel untuk meneruskan perjalanan ke negara seterusnya iaitu Albania. Semalam, Sasa pekerja hostel telah bawa kami ke tempat untuk menunggu bus pagi ini. Dekat saja tempat tunggu tu.

Bye Budva, sehingga kita berjumpa lagi

Semasa kami sampai disitu, masih belum ada pelancong lain yang sampai. Lagipun, kami pun tak pasti berapa orang yang akan bersama kami dalam perjalanan pagi ini. Dalam 10 minit kami tunggu disitu, bertambah tiga orang pelancong daripada America. Satu keluarga, Ayah, Ibu dan seorang anak perempuan yang berumur dalam lingkungan awal 20an.

Sempat la berbual-bual beramah mesra dengan diorg sebelum bergerak. Ingatkan naik bus, tapi van yang sampai. Mungkin tidak ramai orang pagi itu yang nak ke Albania. Dalam van sudah ada tiga orang. Dua orang perempuan dan seorang lelaki.

Sepanjang perjalanan masing-masing berbual-bual. Bercerita pengalaman travel masing-masing. Makcik daripada America tu bekas seorang nurse rupanya. Patutla lemah lembut saja perbualan, memang mak-mak sangat rasa bila sembang dengan dia. Husband dan anak dia duduk di hadapan sebelah driver, jadi tidak sembang sangat dengan diorg. Diorg pernah sampai ke Malaysia, dalam tahun 1998/1999 macam tu, hiks masih sekolah lagi zaman itu. 

Sorang traveler perempuan tu, dia travel sorang. Yang bestnya, dia yang berasal daripada New Zealand bekerja sebagai seorang pekebun di UK. Comel gila pekerjaan dia. Dia yang tanya dulu la, apa pekerjaan kami. Bila tanya dia balik, I'm a farmer in UK. Kagum kejap. Lagi dua orang tu, couple daripada UK. Diorg ni pulak banyak buat kerja-kerja amal bila singgah disatu-satu tempat. Seronok dengar pengalaman diorg masing-masing. 

Hanya kami dan pelancong daripada America yang akan ke Tirana. Lagi tiga orang tu akan berhenti di pertengahan jalan. Lupa sudah nama tempat yang diorg turun.


Kami merupakan orang yang terakhir yang sampai ke destinasi, Kerana, makcik nurse dan keluarga minta hantar diorg dekat Tirana Airport sebab diorg akan ambil kereta sewa disitu. Bagus la service pengangkutan ni, dia layan juga permintaan. Sebab kalau ikutkan, perlu turun di Tirana. Tapi jarak airport dengan bandar pun tak la jauh sangat, dalam 30 minit macam tu sampai.

Sampai saja dekat main square Tirana, kami pun memulakan langkah mencari hostel terakhir di bumi Balkan. Suasana dekat bandar ini aman damai je, tak ramai tak sikit la manusia. Sepanjang jalan memang kena pandangan tenung daripada orang local jugak la. Tapi bila kami balas dengan senyuman, diorg balas la balik senyuman. Tak de lah buat bodoh berlagak ke apa.


Tempat dimana kami diturunkan

Lepas selesai urusan wajib, kami terus cari makanan sebabnya dah lapar sangat. Jalan pun laju saja. Ada banyak kedai yang bertanda Halal. Tapi misi kami adalah ke sebuah restaurant yang ada dalam list travel, konon wajib pergi kalau nak rasa makanan asli org Albania.

Cute!

Antara bangunan yang kami lalui untuk ke restaurant

Lepas selesai makan, perut kenyang baru boleh jelajah bandar Tirana dengan senang hati. Misi kami seterusnya adalah ikut langkah kaki saja. Kami pun tak banyak masa sangat nak explore jauh-jauh. Berjalan-jalan sekitar kawasan hostel saja. Sebab itu, hostel pun kami pilih dekat dengan main square senang jalan kaki saja.

Next post, saya kongsikan gambar kenangn di sekitar Tirana.

Location: Tirana, Albania

2 comments:

ASTraveller berkata...

salam singgah. untunglah dapat travel jejauh :) slmt travel ye!

hidayahrodhi berkata...

AkuSeorangTraveler,

Tq sudi singgah sini. Alhamdulillah rezeki Dunia yang Allah bagi. Syukur nikmat.