Jumaat, 23 Disember 2016

Spring Summer @ New Zealand : Penginapan

Assalamualaikum and Hello beautiful people!

Post kali ini nak cerita review hostel/motel/apartment yang kami pilih untuk sepanjang perjalanan di New Zealand + Sydney. Susunan adalah mengikut jadual perjalanan kami.

SOUTH ISLAND, NEW ZEALAND

Christchurch : Airport Lodge Hotel
Duration : 1 mlm
Harga : NZD 250.00 

Sangat-sangat dekat dengan airport (sesuailah nama dia pun kan). Kami memang nak ambil yang dekat dengan airport sebab malam nanti nak kena sambut ketibaan team B dekat airport. Ada dua bilik. Satu bilik ada katil 1 queen + 1 single, lagi satu bilik ada 2 katil single.

Kelengkapan dapur semua memuaskan. Wifi free hanya dapat 500mb saja. Tapi ok je sebab kami pun satu malam saja and pagi akan keluar awal pagi memulakan roadtrip di South Island. 

Duration : 1 mlm
Harga : NZD 238.00

Kami booking 2 cabin. Satu cabin untuk 2 orang, lagi satu cabin untuk 5 orang. Tapi yang ada hanya 4 orang saja. Jadinya selesa la duduk sini walaupun cabin tu sebenarnya kecik untuk memuatkan jumlah peserta sebenarnya.

Cabin ni muat untuk 6 orang

View depan blok dapur dan toilet. Ada disediakan kawasan untuk makan dekat luar, tapi kalau tahan angin sejuk boleh la duduk dekat sini


Dekat sini toilet dan dapur konsep sharing is caring. Nak mandi air panas, masukkan duit NZD2 untuk mandi selama 10 minit. Tapi walaupun sharing, pagi tu semua orang yang jumpa dekat toilet semua orang Malaysia. Mana pergi mat/minah salleh yang penuh-penuh dekat dapur semalam time masak dinner tu. Tak mandi lah teww. Tapi kami pun hampir tak mandi jugak sebab sejuk, bila mengenangkan nak berjalan dekat hooker valley nanti sure berpeluh rimas pulak nanti dengan tak mandi pagi ni kan. #orgmalaysiamestimandipagi
Duration : 1 mlm
Harga : NZD 200.00
Lepas dah puas hampir separuh hari dekat Mt Cook, kami pilih twizel sebagai tempat penginapan malam tu, sebabnya tidak jauh daripada Mt Cook. Kesian dekat driver nanti nak kena drive jauh lepas dah penat kan.

Apartment yang kami pilih ni ada dua bilik. Satu bilik bunk bed untuk 4 orang. Satu bilik double bed. Toilet asing dengan Shower. Dapur pun luas selesa, peralatan dapur semua lengkap. Ruang tamu pun besar and cosy. Own wifi free 100mb saja.

Dunedin : March Apartments
Duration : 1 mlm
Harga : NZD 225.00

Satu-satunya apartment yang berjaya ditukar kepada empat orang ahli jemaah. Cantik, bersih, kemas and ada taste id rumah ni. Internet tanpa sempadan dan sangat laju. Ada satu bilik saja, lagi satu katil dekat area ruang tamu. Ada mesin basuh tapi tak de dryer.

Kawasan dia jauh sikit lah daripada town, nak kena naik kereta or bus tapi sunyi and calm je. Dahla penuh dengan bunga-bunga keliling. Memang bestlah setting dia.

Tepi jalan kiri kanan penuh bunga purple ni dekat apartment

Bunga ni dekat area reception. Bangunan reception lain, apartment yang disewa dalam 5 minit jalan kaki sampai.

Duration : 2 mlm
Harga : NZD 538.00

Second best apartment daripada semua penginapan yang kami duduk sepanjang perjalanan ni. Ada tiga bilik. Ada patio untuk BBQ lengkap! Itu yang best tu. Kebetulan dekat shopping mall yang kami pergi ada jual ayam brinks (halal) apa lagi terus dinner malam tu dekat luar lah. Nasiblah jam 9.00 lebih baru magrib.

Lepas balik daripada Milford Sound, singgah town beli barang nak BBQ. Puas hati dengan kelengkapan dapur semua. Bersih dan lengkap. Ada mesin basuh tapi dryer rosak. Wifi pun laju dan tanpa had.

Menu dinner yang di BBQ

Menu dinner yang dibakar oven

Pencuci mulut katanya

Wanaka : Aparthotel Panorama Court
Duration : 2 mlm
Harga : NZD 580.00

The best apartment yang kami duduk semasa roadtrip di NZ ni. Lokasi, view, kelengkapan dapur, mesih basuh, dryer, wifi semuanya tiptop. Daripada bilik bukak mata terus nampak bukit bukau dan tasik wanaka. Hari-hari basuh baju lah dekat sini.

Apartment kami ada dua bilik. Satu bilik double bed, lagi satu bilik 2 katil single. Dekat ruang tamu ada sofa bed untuk dua orang. Yang ni dapur luas, ruang makan luas, ruang tamu nak tengok tv pun luas. Sempat la malam tu layan coyote ugly. Terus malam tu jugak download album Lee Ann Rimes.

Kawasan diluar apartment.


Queenstown : Butterfli Lodge
Duration : 3 mlm
Harga : NZD 684.00

Yang ni jatuh the best hostel. Tapi view yang ni lebih menang lah sebab hari-hari ko makan mengadap The Remarkables. Masak pun dapat view ni. Terus rasa nak kerja situ.


NORTH ISLAND, NEW ZEALAND

Matamata : O'Reillys Motel
Duration : 2 mlm
Harga : NZD 374.00

Dah disebabkan motif asal hanya nak melawat Hobitton saja dekat north island ni, maka motel ini jadi pilihan kami. Bilik yang kami booking ada dua bilik. Sofa bed satu dekat luar. Kelengkapan dapur dia paling minimalist tapi yang asas wajib ada tu semua adalah. Toaster je tak de. Laundry kena buat dekat bilik yang disediakan, tapi tak pasti berapa bayaran atau free (tak mungkin free). Wifi dia laju juga. Disebabkan kes kereta sewa dapat lambat, kami call dulu motel ni inform akan sampai lewat malam, then diorg cakap ok, kunci nanti dalam apartment kami dan terus bagitau no apartment. Tapi diorg terus charge dekat credit card lah bayaran, nak buat macam mana nak tutup dah office kan.

SYDNEY, AUSTRALIA

CDB : Big Hostel
Duration : 2 mlm
Harga : AUD 478.00

Lokasi hostel ini memang sangat-sangat best. Jalan kaki je semua tempat yang wajib dekat Sydney ni boleh sampai. Ada sarapan pagi disediakan, makan la sepuas-puasnya. Ada rooftop tapi view biasa-biasa je, view rumah sendiri lagi cun..hiks. Ramai jugak orang Malaysia and Singapore kami jumpa dekat sini. Sempat la sembang-sembang time breakfast.

Nota : Harga semuanya adalah untuk berenam (kecuali dekat Dunedin untuk 4 orang). 

0 comments: