Khamis, 2 Februari 2017

Spring Summer @ New Zealand : Day Five

Assalamualaikum Semua

23 November 2016

Perjalanan hari ini boleh tahan jauh jugak. Dunedin - Te Anau : 348km, dalam masa 4jam22min

Setel checkout, kami singgah dulu pekan Dunedin sebab nak melawat Kilang Cadbury dan Station Keretapi Dunedin. Hari ini nampaknya cuaca tidak menyebelahi kami. Suram saja pagi ni. Parking kereta tepi Kilang, terus teruja masuk dalam sebab nak shopping cekelat. I'm in Chocolatopia!


Sampai sudah, parking dulu

Rajin depa ini ulang-ulang buat kerja

Lepas selesai shopping. Kami ke tempat kedua lawatan pada hari ini. Station keretapi Dunedin.

Sejuk, Suram and Sleepy..hiks

Ada pulak cerita dekat batu bata tepi taman

Hujan rintik-rintik pun dah start turun bila kami keluar daripada sini. 

Sebelum keluar daripada bandar Dunedin ni, kami singgah dulu dekat masjid al huda ni. Malang pulak nasib, masjid tutup time ni. 

Ambik gambaq dekat dinding masjid ja lah nampaknya

Meneruskan perjalanan ke Nugget Point. Disebabkan cuaca suram, maka perjalanan terus rasa sendu saja nak sampai sini. Bila sampai sana, sesekali mentari muncul juga tapi tak lama. Kejap je. Haruslah sejuk kan bila sampai sini.

Almost there

Eh eh lupins kaler Bersih!

Elok kami masuk kereta untuk meneruskan perjalanan ke Te Anau, hujan pun turun. Sepanjang jalan mmg hujan sungguh. Selamat sampai Te Anau pun dah petang dan disebabkan hujan, kami ambil keputusan lepak dalam cabin penginapan saja.
Location: Dunedin, New Zealand

0 comments: