Assalamalualaikum and Hello!
Sepanjang perjalanan ke Queenstown melalui Cardrona Valley ni memang layan lah pemandangan dia. Kiri kanan gunung ganang bukit bukau. Cuaca pun cerah elok panas sikit hari ini. Kalau lalu sini memang jadi kewajipan la nak kena singgah kejap dekat tempat Bradrona
Saujana mata memandang
Lepas dah ambik gambar, gelak-gelak semua kami meneruskan perjalanan. Semakin mendaki ke puncak, semakin sejuk pulak cuaca dia. Tiba-tiba, hujan ais turun lepas tu tak lama kemudian.....Tara! Salji di musim panas. Alhamdulillah dapat merasa main salji sekejap. Sungguh tidak disangka-sangka.
Haruslah berhenti sekejap disini. Ramai orang berhenti sama sebab nak main salji
The snow glows white on the mountain tonight
The cold never bothered me anyway
Puas main salji, baling-baling, buat video, buat olaf bagai #villagepeople sangat. Kami pun mula menuruni lembah Cardrona ini. Sampai satu simpang, ada spot menarik nak tengok pemandangan jadi singgah kejap dekat sini.
Ada pula aktiviti paragliding dekat sini
2 comments:
Wooaahh awesome..
mulan,
Rezeki dpt jumpa salji, ye lah tengah panas summer tiba-tiba winter is coming!
Catat Ulasan