Rabu, 30 Januari 2019

Al - Andalus 2018 : A Quick Stop At Consuegra

6 November 2018

Assalamualaikum dan Hola!

Another day another adventure. So selesai angkut beg masuk kereta, kami bertolak ke bandar seterusnya, Cordova. But, on the way ke sana nanti nak singgah berhenti dekat satu pekan, Consuegra. Sebabnya plan nak enjoy the view sambil makan breakfast wajib kami sepanjang dekat sana, overnight oats.

Sepanjang jalan memang kiri kanan banyak kincir angin ni.

Jalan raya dekat Spain ni memang lalu banyak ladang olive, saujana mata memandang, ala2 mcm kita nampak sawah padi masa lalu Plus dalam negeri Kedah tu.

Jalan yang tak bertol ni nak kata banyak kereta tak la jugak. Sebabnya memang besar jalan, ada dua lane setiap arah, and ada jugak yang tiga lane. Memang perasaan dia sama macam bawak kereta atas highway tapi tak kena bayar itu je beza dia.

Nak sampai ke tempat tujuan memang kena lalu pekan kecik dekat bawah tu. Sunyi betul pekan ni. Tak nampak orang langsung masa kami masuk situ. Bila nak dekat kawasan bukit ni baru terserempak dengan beberapa kereta.

Semakin menghampiri tempat persinggahan hari ni.

Nampak sudah! Masa naik bukit ni pun, dekat kawasan pertengahan pendakian pun dah ada beberapa kincir angin tepi jalan ni. Dekat sini la baru dapat jumpa manusia.

Kita parking kereta dulu dekat depan castle lama. Tak kena bayar. Happy.

Niat dihati kami, nak duduk dekat kawasan bangku-bangku yang depa sediakan berdepan dengan parking lot sambil makan breakfast sambil layan view. Tapi! Keluaq ja kereta angin kuat nak mam! Rasa macam nak terbang pun ada #terasaringansekejap. Serius la tak mampu nak buat. So, kita terus jalan kaki dulu explore kawasan area kincir angin lama yang ada dekat sini. Bab makan tu nanti kita pikir.

Itulah castle lama dan kawasan parking. Kereta kami park betul-betul dekat bahagian bawah castle tu sebabnya, depa tutup jalan ke parking depan. Katanya ada event BMW petang nanti, so depa khaskan parking tu untuk pekerja BMW sahaja.

Depa buat dekat kincir angin yang bawah tu la kot. Sebabnya ramai pekerja dia dok tengah angkut-angkut barang. Sempat la mintak tolong ambikkan gambar kami berempat dekat sini. Tapi keciwa dengan hasil sebab tak cun angle dia ambik. Bahaha..apa pun terima kasih kena ucapkan.
Banyak jugak la kincir angin lama dekat sini sebenarnya. Mana yang pintu terbukak tu kami masuk la jenguh nak tengok dalam tu macam mana. Tapi gelap la, guna hp untuk bantuan.


Melayan jadi photograhpher ahli jemaah dulu sebelum semuanya jalan laju-laju ke kereta sebab tangan dah tak rasa apa sebab sejuk betul. Rasanya tempat ni la paling sejuk kami rasa sepanjang menjelajah bumi Al-Andalus ni.

Sampai kereta kita terus masuk dalam and makan dalam kereta je. Habis cerita. Castle atas tu pun kami tak masuk sebab dah tak tahan sejuk. Tak pasti la kena bayaq ke idok nak masuk dalam tu. Tapi tak nampak pun la orang jaga dekat bahagian bawah ni.

Marilah kita meneruskan perjalanan hari ni ke Bandar Cordova.
Location: Consuegra, 45700, Toledo, Spain

0 comments: