Isnin, 4 Februari 2019

Al - Andalus 2018 : An Evening in Cordoba

6 November 2018

Assalamualaikum dan Hola!

Daripada Consuegra kami meneruskan perjalanan ke Bandar yang kaya dengan sejarah peradaban Islam, Cordova.

Singgah kejap station minyak tepi jalan ni nak pergi toilet dan topup jajan dalam kereta. Banyak gila kucing dekat sini. Lagi lama kami duduk sini, lagi ramai dok datang. 

Semakin menghampiri Bandar Cordova

Drama kedua kami bermula. Masa kami dah masuk dalam kawasan bandar ni, lebih kurang dalam tak sampai 1km nak sampai tempat parking yang diarahkan oleh pihak apartment tu tetiba kami dengar satu bunyi nyaring dekat luar. Masa tu macam masing-masing buat tak tau jek la, ingat ada orang dok tolak trolley ka apa ka dekat luar. Tapi bila ada ramai orang tepi jalan dok tengok kereta kami, and budak-budak sekolah pakat dok tutup telinga, ahhh sudah! Kereta kita rupanya.

Berhenti la dekat tepi jalan. Datang sorang mamat hensem berkaca mata bermata biru datang untuk berikan pertolongan. Walaupun English dia amat terhad, tapi beria la dia tolong tengokkan kereta kami, siap baring atas jalan nak tengok bawah kereta. Last dia tunjuk salah satu tayar. Then dia tanya nak pergi mana. Tunjuk lokasi parking tu, dia cakap dia ikut dalam kereta hantar sebab dekat je lagi. Tahan telinga sket la. Malu gak la orang pakat dok tengok then kerut-kerut muka sebab bunyi nyaring tu kuat.

Lepas ucap terima kasih semua dekat dia. Angkut beg masuk dekat lobby terus cerita dekat mamat receptionist tu. Mujur English dia bagus. Kami mintak dia call Europcar terangkan situasi kami. Bla bla bla (dalam setengah jam jugak la melayan soalan2) then dia cakap Ok esok Europcar hantar teksi ambik kita, tukar kereta. Mujur la ambik insurance penuh, so kos depa nak mai ambik kereta balik kos teksi ke pejabat depa semua depa tanggung. Mamat reception tu cakap, esok dia akan call balik rental car tu nak mintak hantar teksi.

Syukur. Masuk apartment makan dulu lunch then baru keluar jalan-jalan bandar Cordova ni. Isu kereta kita jangan pikir dah sebab esok benda tu inshaAllah akan selesai. Kita enjoy Cordova petang ni.


Jalan daripada apartment kami ke kawasan tarikan utama, The Grand Mosque od Cordova

Sepanjang jalan, kawasan kejiranan depa ni memang bersih, kemas dan cantik

Banyak laluan kecik macam ni yang ada pasu-pasu bunga. Kalau mai musim spring memang wajib explore sebabnya siap ada pertandingan kawasan mana yang paling cantik katanya

Kedai makan pun banyak sepanjang jalan

Nampak sudah menara

Dekat laluan ni ada beberapa kedai makanan halal

Berhenti didepan pintu untuk bergambar adalah wajib

Tada! sampai sudah.

Besar betul kawasan tembok masjid ni

Jom kita masuk dalam kawasan perkarangan masjid


Ukiran di pintu masuk tadi

Penuh dengan pokok buah limau dalam perkarangan masjid ni.

Nak naik menara ni kena bayaq, kami tak pergi survey pulak berapa harga




Disebabkan plan untuk masuk dalam masjid ni esok, jadinya hari ni kita bershooting di luar kawasan tembok komplek masjid ni saja. Senang nak ambik gambar depa ni, ikut arahan semuanya.

Salah satu kedai berhadapan dengan pintu masuk masjid


Jom kita jalan ke Roman Bridge of Cordoba

....bersambung
Location: Córdoba, Spain

0 comments: