Isnin, 11 Februari 2019

Al - Andalus 2018 : Senja di Roman Bridge of Cordoba

6 November 2018

Assalamualaikum and Hola!

Lepas dah puas jalan-jalan area perkarangan masjid, kami bergerak ke satu lagi tempat yang menjadi kunjungan ramai, iaitu Roman Bridge of Cordoba. Masa kami menyeberangi jambatan bersejarah ni cuaca memang sangat best walaupun ramai manusia.

Kami jalan sampai ke penghujung diseberang sungai. Sepanjang jambatan ni banyak aktiviti orang buat selain ambik gambar. Ada orang menyanyi, solo ada kumpulan pun ada. Ada orang melukis, ada orang berjualan dan ada disediakan tempat duduk dikiri kanan jambatan untuk kita menikmati keindahan bandar Cordoba.

Kawasan seberang sungai, dari kejauhan nampak tersergam indah Mosque of Cordoba

Disebabkan masa kami sampai sini masih belum gelap, jadinya kami jalan-jalan sekitar kawasan diseberang sini. Jumpa pulak gerai juai jus buah-buahan organic katanya. Jadinya masing-masing pun orderlah jus. Sedap. Memang sedap campuran buah-buahan dia. Memang layan je view sambil minum petang.

Kami cari juga la port nak lepak sambil get ready nak snap view malam. Agak berebut tempat jugak la sebenarnya. Dah la kami semua ni pakai hp je nak ambik gambar pun, orang lain siap dengan tripod bagai kan. Jeling-jeling tengok kita yang sibuk jugak nak masuk celah-celah diorg. Huhu

Masih cerah

On the way

Yeay, dah pasang lampu terang. Lama jugak la sebenarnya lepak, tapi dah dapat snap dua tiga gambar, suhu pun makin nak sejuk moh la kita pulang.

Sebelum naik jambatan, kita snap lagi satu view dekat sini

Kemudian berpatah  balik lah semuanya. Owh masa kami dekat atas jambatan tadi masa cerah tu, ada sorang pakcik datang tegur nak ambik gambar katanya. Tapi dalam bahasa isyarat la kami faham pun sebab tak faham bahasa apa dia cakap. Kita on ja dia nak ambik gambar, tua dah la jugak pakcik ni tapi masih kuat angkut tripod bagai. Tetiba masa patah balik, jumpa dia lagi dekat tepi tembok masjid, skali lagi dia bagi arahan dekat kami pergi berdiri ramai-ramai tepi dinding. Layankan aje lah.

Dekat sini la kami jumpa dia balik. Lepas ambik gambar dengan dia tu, kami pun jalan-jalan cuci mata kejap. Masuk kedai-kedai dekat sini tengok apa ada.

Ok sebab dah lapar, kami decide malam ni kita dinner dekat luar. Sebab masa jalan tadi memang lalu beberapa kedai makanan halal.

Lepas makan, perut kenyang kita balik apartment. Esok pagi nak keluar awal nak masuk Masjid Cordoba. Esok punya cerita, nnt kami habaq macam mana nak masuk dalam masjid secara cheapskate.
Location: Córdoba, Spain

0 comments: