Jumaat, 1 Mac 2019

Al - Andalus 2018 : The Albaicín or Albayzín, Granada

8 November 2018

Assalamualaikum and Hola!

Keluar lepas zohor, sebab memang plan nak lepak dekat luar sampai gelap hari ni. So terus keluar rumah jalan menuju ke kawasan Albaicin. Kata orang, kalau dah sampai Granada ni tak lengkap kalau tak sampai ke sini. Tapi kawasan ni memang enjoy berjalan panjat bukit dia. Laluan batu yang kecik dan bersimpang siur, memang boleh sesat jugak. Tapi yang bestnya, tetiba ko akan jumpa pocket space kawasan tempat duduk, ada kolam and yang paling best view ko mengadap Alhambra. Kira macam dapat tengok Alhambra dari ketinggian yang berbeza.

Antara bangunan bersejarah di bandar Granada

Menuju ke kawasan Albayzin

Kereta dekat sini memang kecik-kecik sesuaila dengan saiz jalan yang kecik bebenor

Sebelah kiri Albayzin, sebelah kanan kawasan tembok Istana Alhambra
Dekat atas tu dah nampak dah binaan Istana Alhambra

Urban space dia memang best sebab kecik dan function

Ayuh kita mendaki

Kami panjat sampai ke kawasan paling menjadi tempat tumpuan orang ramai. Tempat tu sebelah dengan Masjid je. View dekat perkarangan masjid pun cantik dan tak ramai orang dekat situ. Tapi kalau nasib tak baik time sampai sini pintu pagar dia kunci, kena tunggu la kejap, time waktu solat dia bukak.

Dekat bawah sikit daripada masjid tu ada cafe yang betul-betul mengadap view Alhambra. Since kami pun tak dak plan lain petang tu, masuk cafe cari port baik nak tengok dinding dan kota Alhambra bercahaya di waktu senja. Nasib la cuaca elok.

Tetiba jumpa open space ni, dekat sini pun banyak sebenarnya airbnb tapi pikirkan penat nak panjat naik turun itu yg malas tu

Lepas tu naik sikit, jumpa tempat berbangku ni pulak

Naik lagi ke atas, tada! cantik view dekat kawasan ni. Siap ada kolam dan air minuman lagi

Tengah syok dok layan view, datang pulak mamat berbaju biru dengan anjing dia. Comel gila! anjing dia ye..tapi tuan dia pun cute jugak

Tengok tuh, ko ni geram tau rasa nak pergi peluk je!

Sebelum bergerak, gambar sorang satu wajib ambik dekat sini

Jom naik lagi ayuh!

Beautiful!

Semakin tinggi, semakin jelas keseluruhan view Alhambra diseberang sana


Tara! sampai sudah dipuncak. Gambar ni dekat kawasan cafe kami ambik sebabnya kawasan yang orang dok lepak ramai-ramai tu sesak penuh dengan manusia. Nak ambik gambar pun payah.

Lepak sampai malam menjelma. 
Tisu cafe jadi kertas lukisan pun boleh sambil mengisi masa lapang

Lepas dah puas hati lepak tu, naik atas masuk masjid solat jamak magrib and isyak dulu. Cantik ok masjid dia dan tempat wuduk dia dekat bawah, besar dan bersih. Janji toilet dia ada air. Lepas setel solat, singgah kedai makanan halal belakang masjid. Keluar je kedai rupanya hujan gerimis sudah turun.

Kami turun balik ke apartment lalu jalan lain pulak daripada masa memanjat petang tadi. Tapi disebabkan gerimis dan sejuk, laju je turun semua orang. Dan tak kuasa dah semua orang nak stop ambik gambar or nak bergambar. Sampai dekat bawah tu, sebelum masuk ke apartment sempat la singgah kedai-kedai dekat area tempat kami menginap. Memang banyak la kedai-kedai yang menggamit suruh masuk. Tapi sebab kami esok pagi nak gerak awal masuk Alhambra, tak membeli pun, survey je dulu harga.

Ok, next post akan share laluan yang kami guna untuk masuk ke Istana Alhambra dan cara-cara membeli tiket Alhambra yang laku macam goreng pisang panas itu.
Location: Albaicín, Granada, Spain

0 comments: