Khamis, 7 Mac 2019

Al - Andalus : Alhambra, Granada


Assalamualaikum and Hola!

Post ni sebenarnya nak cerita perihal benda-benda yang perlu anda ambil tahu sebelum ke Alhambra. Disebabkan Istana Alhambra ini memang sentiasa menjadi tumpuan dan kunjungan orang ramai, jadinya slot tiket untuk masuk ke dalam Istana Nasrid amatlah terhad dan perlu ikut masa yang ditetapkan dalam tiket. Tak boleh nak masuk awai dan tak boleh nak masuk lambat. Kalau dah terlepas time memang babai lah jawabnya.

Hasil carian di Google

Disebabkan keadaan ini kami plan beli tiket online seawal 2 bulan daripada tarikh lawatan. Sebab pertama beli awal:
i. Nak pastikan slot tarikh yang kami nak masih kosong.
ii. Kami memang nak ambik slot awal pagi supaya masa dekat dlm Istana Nasrid nanti tak sesak sangat dengan manusia
iii. Sebab kami plan nak jalan kaki saja daripada apartment penginapan

So, bila dah tetapkan tarikh nak masuk Alhambra ni, terus bukak Website Alhambra. So bila dah masuk website tu pilih la date nak masuk then dia akan keluar time utk kita pilih nak masuk Nasrid. Walaupun kami beli dua bulan awai, slot pertama sudah habis ditempah. So dapatlah masuk jam 9.00 pagi punya slot.

Ok ini cara kami untuk explore satu kawasan Alhambra ni.

Laluan jalan yang dijejaki diawal pagi 

Disebabkan masuk awal pagi Nasrid, jadinya kami guna laluan berbukit dikawasan belakang apartment saja. Sebenarnya jarak dia amat dekat, tapi sebab bukit jadinya memang agak meminta nyawa la jugak panjat pagi-pagi ni. Tapi best sebab lalu kawasan pokok-pokok besar kiri kanan. Kami masuk melalui Justice Gate.

Masuk situ, then terus lah ke Istana Nasrid untuk beratoq. Make sure tiket online print dan pastikan dekat kawasan untuk scan code tu tidak berlipat ye. Kalau dia tak dapat baca kena reject. So bila dah berjaya masuk ikut slot, haaaa...suka hati hangpa la nak duduk lama mana dalam tu. Tak dak sapa nak kisah dah. So kami memang ambik masa betul-betul dekat dalam ni. Sebabnya memang plan seharian dekat sini.

Lepas dah puas hati, boleh la pilih untuk ke kawasan Generalife ke nak masuk ke Alcazaba atau nak masuk ke Palacio de Carlos V, sebabnya kawasan ini semua boleh masuk bila-bila suka hati hangpa.

Itinerary kami didalam kawasan Istana Alhambra

Macam kami buat, lepas keluar Istana Nasrid kami bergerak ke Generalife along the way tu lalu la beberapa taman bunga. Then patah balik lalu laluan lain pulak untuk ke Palacio de Carlos V then panjat tangga-tangga cinta dekat Alcazaba.

Lepas tu, turun semula ikut jalan masuk tadi thru Justice Gate. 
Location: Calle Real de la Alhambra, s/n, 18009 Granada, Spain

0 comments: