9 November 2018
Assalamualaikum and Hola!
Ikut plan hari ini kami ada satu hari nak explore Alhambra dengan kawasan town Granada. Disebabkan jadual masuk kami ke Nasrid Palaces ni jam 9:00 pagi, jadinya bersiap-siap terus pagi tu breakfast dulu dekat apartment baru keluar jalan kaki mendaki laluan berbukit. Masa kami lalu pagi tu kawasan tu masih agak sunyi sepi lagi. Kedai pun semua still tutup lagi disepanjang kiri kanan jalan. Ada dalam tujuh orang yang dok mendaki termasuk kami berempat pagi tu.
Bila dah sampai ke Justice Gate, masuk pintu dia tu, then Tara! anda sudah berada didalam kawasan Alhambra yang kaya dengan sejarah dan keindahan senibinanya. Masa kami sampai tu ada pekerja dia datang tanya, nak tengok tiket kami. Bila tunjuk tiket yang dah print tu, terus dia cakap ok you can proceed to go to Nasrid Palaces. Since jarak apartment kami dengan pintu gate tu tak jauh mana, awal la pulak kami sampai dekat line utk que masuk tu. Jadi orang kedua. Pakcik yang jaga tiket tu siap suruh kami pergi Alcazaba dulu, tapi kami cakap tak pe nak lepak-lepak tengok view dekat kawasan sini dulu.
Bila dah nak dekat time tu, tetiba ramai dah manusia sampai...jenis yang rombongan satu bus ni. Dah la ada satu group daripada mainland cha ya nun alip tuh..bising dia punya suara tu tak payah nak cakap lah daripada jauh dah dengar. Nasib la bukan masuk time yang sama dengan kami.
Dalam Istana Nasrid ni pun banyak benda nak belek. Jadinya kalau banyak masa tu, enjoy je lama-lama dalam ni. Kami jalan pelan-pelan je dalam ni. Nak bagi crowd lepas ke depan and sementara next group nak masuk tu, dapatlah sikit masa yang tak berapa nak ramai manusia tu.
Jom lah kita tengok gambar yang sempat ambik masa dekat dalam Nasrid Palaces ni. Banyak sebenarnya, terlalu banyak...nak pilih mana satu tu yang jadi lambat na post cerita ni. Huhuhu...so bertabahlah.
Gate of Justice

Kosong, kosong, kosong

Bismillahhirrohmanirrohim, jom masuk. Bila masuk ni kita akan terus masuk ke dalam ruang yang dipanggil The Mexuar and The Oratory
Lepas ruang tu kita akan jumpa courtyard ni. Gambar ni memandang ke arah The Golden Room
Ramai kan huhuhu
And then kita masuk kedalam lagi kita jumpa kawasan courtyard yang lebih besar ni dan kolam air panjang.
Tak ingat berapa lama kena tunggu nak dapat shoot tak dak orang kacau daripada sini
Gambar Next Top Model sorang satu kena ada dekat sini. Aktivti nak tunggu orang lain beredar daripada spot ambik gambar diatas.
On a small scale, the Fountain of the Lions represents the entire technical concept behind the creation of the Alhambra, a structural conception rooted in human and constructive experiences developed creatively over many centuries. #copypaste
Bahagian dalam ni, dinding siling lantai semua benda kena belek. Kagum betul la teknologi zaman dulu boleh hasilkan senibina yang indah ni. Agak sakit tengkok jugak la bila ada dalam ni sebabnya nak belek satu-satu ukiran.
ولا غالب إلا الله Wa Ghalib illa-Allah (And no victor but God )
ayat ini memang banyak diukir didinding Nasrid Palaces
Kawasan ni dekat dalam Hall of the Abencerrages
Macam mana depa bina nih, cantik betoi laaa penuh kesenian
The Court of The Grated Window, kawasan ni sebenarnya kawasan yang dibina oleh kerajaan kristian selepas jatuhnya Alhambra semasa Reconquest
Kawasan ni memang nampak beza daripada binaan asal. Dekat ni ada beberapa lagi ruang yang boleh lawat lupa pulak nak ambik gambar. Maybe sebab rasa binaan dia biasa-biasa je. Huhu
View daripada laluan untuk keluar ke kawasan Nasrid Palaces
Albycin
Ok dah habis melawat Nasrid Palaces
Next!
0 comments:
Catat Ulasan