Isnin, 1 April 2019

Al - Andalus : Ronda to Seville, Spain

11 November 2018

Assalamualaikum and Hola!

Hari ini cuaca mendung di Ronda. Setel breakfast dekat hotel, angkut barang kita gerak ke bandar terakhir yang kami akan lawati di negara Sepanyol. Nak keluar daripada hotel tetiba ternampak belon udara. Ada tiga ke empat ketul macam tu.

Belon pertama yang nampak daripada depan hotel. Masa dalam kereta nak keluar bandar Ronda ni, baru nampak beberapa ketul yang lain.

Pemandangan disepanjang perjalanan menuju ke Seville

Alhamdulillah sampai sudah. Terus pergi simpan beg dan barang dekat apartment. Mujur boleh tinggal dekat sana, bilik masih kemas lagi. Nnt org yang bertugas tu akan masukkan beg and barang kami dalam apartment.

Sebelum pulangkan kereta, singgah dulu isi minyak kasi full tank. Drama la juga sebab tak tau macam mana nak bukak tank kereta ni sebab tak pernah isi sejak ambik dekat Cordoba tu. Mujur mamat diatas ni faham, dia buatkan semua daripada bukak tank, isi minyak semua.

Kereta yang banyak berjasa dan juga banyak drama untuk pengalaman hidup disepanjang road trip

Satu gambar kenangan bersama kereta

Santa Justa Train Station Seville

Banyak trip pagi ni. Ada ke Madrid, Codoba, Granada

Moh kita cari pejabat Europcar

Sebenarnya lepas parking tu, orang europcar akan datang check semua benda. Kalau ok kita sign borang setel. Tapi kami gigih cari pejabat ni sebab isu tukar kereta.

Haaa kan cakap lembu di ada dimana-mana

Setel isu kereta moh la kita jalan-jalan disekitar bandar 



Cantik!


Satu benda yang perasan dekat sini, banyak warna bangunan dia lebih ke arah oren + merah bata gitu. 


Tak tau la nak cakap macam mana urban design depa ni. Memang best. Jalan siki jumpa park kecik. Jalan depan jumpa open plaza ada cafe kecik-kecik, jalan siki ada taman mainan.


Antara bangunan lama yang nampak disepanjang perjalanan towntrail daripada Santa Justa Train Station ke kawasan Metropol Parasol
Location: Seville, Spain

0 comments: