Isnin, 15 April 2019

Al - Andalus : Santa Justa Lift, Lisbon

14 November 2018

Assalamualaikum and Ola!

Pagi pertama di Lisbon. Alhamdulillah langit biru cerah elok. Kami plan nak pergi ke Rassio Station untuk terus beli tiket untuk esok pagi ke Sintra. Bukan sebab beli awai dapat murah. Sebab dia esok pagi nak terus sampai tu nak naik terus train. Tak nak kelam kabut nak beli tiket time pagi esok. Tapi masa on the way ke sana daripada apartment ni lalu la satu bangunan lama bersejarah yang masuk dalam list kena melawat.

Semalam masa lalu nak ke kedai Asian tu pun perasan dah, ramai orang beratoq panjang. So sebab masa sampai sini tak dak orang, saja ajak ahli jemaah lain. Mau tak kita naik ke atas tu. Depa ON  ja. Makanya, ini lah tempat pertama yang kami singgah.

The Santa Justa Lift, also called Carmo Lift, is an elevator, or lift, in the civil parish of Santa Justa, in the historical city of Lisbon, Portugal. Situated at the end of Rua de Santa Justa, it connects the lower streets of the Baixa with the higher Largo do Carmo

Kawasan apartment kami satu jalan ja dengan bangunan ni

Nampak dak tak dak barisan beratoq nak naik keatas. Kami jadi group pertama yang naik.

Old school habis lift car dia

Pintu lift pun sakan hiasan dia

Keluar lift kena panjat tangga dulu untuk ke puncak

Tangga naik dan turun

Ini lah view daripada atas

Cantik ok design tangga dengan dinding dia

Bayang

Ok jom turun


Location: Lisbon, Portugal

0 comments: