Jumaat, 12 April 2019

Al - Andalus : Seville - Faro - Lisbon

13 November 2018

Assalamualaikum and Ola!

Pagi ni, mulakan dengan angkut beg masing-masing bergerak ke station bus. Memang dekat je lah pun jarak sebab memang pilih kawasan yang dekat dengan bus station. Tak berapa nak kental dah angkut beg berat jauh-jauh ni. 

Sampai sini terus tengok jadual bus, paltform mana nak kena tunggu. Dalam dekat 30 minit nak sampai ke jadual bertolak kami turun bawah ke kawasan platform. Orang nak kata ramai sangat tu tak la ramai sangat pun. Selesa la, ada kerusi semua. Bersih pun bersih.

Besaq platfrom dia, memanjang ke sana

Nampak ada benda menarik di hadapan

Tram lama depa buat pameran dekat sini

Yey bus sudah sampai! Nak letak beg bawah ada sistem dia tau. Nnt drive akan bgtau sapa nak turun Faro airport letak dekat sini, sapa nak turun Faro bus station letak sini and last skali sapa nak turun Lagos letak hujung skali. Tulis ada wifi, tapi nan hado! 

Perjalanan daripada Seville ke Faro ni lebih kurang dalam 2jam 20 minit. Sepanjnag jalan selesa, layan view kejap then membuta la dalam bus apa lagi. Bila sampai boarder ingat nak kena turun macam dekat balkan tu. Skali driver angkat tangan je bila lalu. Setel. Makanya tak dak lah cop negara Portugal dalam passport. 

Disebabkan perbezaan masa antara Spain dengan Portugal ni sejam, jadi kami sampai sini ada lagi dua jam nak tunggu train ke Lisbon. Nak jalan-jalan dekat luar pun beg berat, cari tempat simpan beg, tak nampak pulak orang jaga nak tanya sebab arahan dalam bahasa portuguese pulek! So semua pun cakap kita lepak la dalam bangunan train station ni sambil layan social media bahaha.

Bosan dekat dalam kita keluaq sat tengok apa ada sekitar kawasan. Lintas landasan nak ke seberang. Comel ja train station pekan Faro ni

Time ni cuaca rasa macam panas sungguh laaaaa..tengok phone 19 darjah patut laaa hot. Haha, kes semalam hujan seharian di Seville badan terkejut dengan panas di Faro. pui, tak sedaq diri orang tanah malaya


Ni la view lepas seberang landasan tu.

Sunyi sepi lah bandar ni. Tak tau mana pi penduduk tempatan depa ni. Hat dok jumpa selain dok tunggu train, pekerja dalam train station ramai pelancong ja dengan beg besaq2. 


Perjalanan daripada Faro ke Lisbon ni lewat sikit bertolak daripada jadual. Tak pasti sebab apa, sebab semua dalam bahasa sana. Tapi tak lah lewat sangat, dlm 20 minit mcm tu. Sepanjang perjalanan Faro to Lisbon ni, bosan-bosan jalan pergi ke gerabak kantin dia. Lepak duduk dekat sana kejap. Lepas tu jalan-jalan jenguk gerabak lain. Dah habis bosan tido.

Dalam keretapi menuju ke Lisbon

Pemandangan sepanjang perjalanan ini

Senja nan merah jugak la kami sampai dekat Lisbon

Setel bab apartment dekat Baixa, Lisbon ni. Terus panjang kaki pergi cari kedai barang Asian nak buat bekalan untuk tiga malam kami dekat sini. Teruja habis masuk kedai tu, macam-macam ada. Paste tomyam, green curry, rendang ayam, masak kurma segala mak nenek ada juai. Durian pun ada, sediakan duit ja. Huhu.

Balik rumah, terus tung tang tung tang masak tomyam nasik panas telur dadar timun potong. Nikmat tido malam pertama di Lisbon.
Location: Faro, Portugal

0 comments: