Rabu, 10 April 2019

Al - Andalus : Torre Seville

12 November 2018

Assalamualaikum dan Holla!

Lepas keluar daripada Royal Alcazar tu, tu dia panjang rupanya barisan nak masuk beli tiket. Nasib kita mai masuk awai. Kalau tak jenuh beratoq dalam hujan. So kita jalan-jalan kejap disekitar kawasan, actually kawasan nih kami dah jalan-jalan pun semalam lepas balik daripada Plaza de Espana tu. Tapi waktu malam dengan siang ni lain kan. 

Singgah makan kebab dekat kedai lain pulak hari ni. Sedap kedai tu, tak berapa jauh daripada HR Seville. Lagi sedap daripada kedai makan yang semalam tu. Tapi tak ingat la pulak nama kedai.

Salah satu gereja berserajah. La Giralda, tower tu adalah bangunan minaret pada asalnya


Lepas makan, kami pulang ke apartment dulu solat jamak dan rehat-rehat. Rajin kami balik apartment dekat sini sebab cantik dan luas, hihihi. Dah hujan cuaca suram ni kan, sejuk dia lain macam. Semua pun setuju je balik apartment dulu.

Puas dah baring-baring atas katil, kita keluar balik semula pergi tengok tempat esok nak naik bus ke Faro, Portugal. Dekat mana nak tunggu, mana nak lalu semua dah ok kita pun terus berjalan dengan menyeberang sungai ke kawasan bangunan yang masih agak baru di Seville ni. Bangunan paling tinggi di Seville dan ke enam di Spain.

Tu dia dok tinggi sorang dia dekat seberang sana


Buka la nak pi naik atas bangunan tu, nak jalan-jalan dekat kawasan bawah dia. Ada shopping complex baru bukak.



Kedai pertama masuk. Lama baq hang dok dalam ni. Besaq bertingkat-tingkat.

Kedai kedua masuk. Coklat dekat sini murah. Tak sure la sebab nak krismas ke apa kan. Tapi serius murah berbanding kedai lain.

Bila dah dalam kawasan shopping ni, jangan cerita la berapa lama kami ukur jalan tawaf kawasan ni. Plus memang tak dak plan lain dah, bila dah gelap malam baru balik ke apartment. Pening malam tu nak kemas beg sebab dah naik bus (lama sangat naik kereta, main sumbat je semua orang pun).

0 comments: