Isnin, 27 Mei 2019

Al - Andalus : One Day in Coimbra, Portugal

18 November 2018

Assalamualaikum and Ola!

Pagi ini kami bergerak angkut beg masing-masing ke Soa Bento Railway Station untuk bergerak ke Bandar terakhir kami di Portugal, Coimbra. Mr.F & Mr.K hantar kami dekat railway station. Depa punya flight ke London malam karang. So depa ada lagi satu hari la jugak nak sambung explore Coimbra.

Perjalanan ke Coimbra tak jauh la macam Lisbon - Porto, bandar dia ni terletak diantara Lisbon and Porto. Sebab kami pilih nak ke sini pun sebabnya, malam nanti akan naik train malam daripada Coimbra ke Madrid. So alang-alang tiket malam, boleh la waktu siang ni kita ukur jalan dekat Coimbra.

Coimbra-B, lepas sampi sini tunggu train lain yang akan ke Coimbra-A free je naik train ke next station tu. Kami dah tanya orang dekat kaunter, bila tunjuk tiket train malam karang yg nak ke Madrid tu, dia cakap ok naik je tak payah beli tiket baru


Sampai sudah Coimbra-A, last station untuk terus sampai tengah bandar Coimbra

Hari ni cuaca suram, hujan dan kelabu dekat Coimbra. Pasrah je lah kan,..tapi hujan tak lebat mana pun. Still boleh jalan-jalan explore. Bila dah sampai station ni, kami pun google la cari tempat nak letak luggage. Sebab train station Coimbra ni tak de tempat simpan luggage.

Jumpa satu hotel yang ada sediakan tempat simpanan, dan tak jauh daripada train station. Jadinya moh la kita ke sana. Sampai hotel, masuk dalam habaq, depa terus cakap sure-sure, you can. Siap tolong angkut bawak masuk dalam store.

Lepas tu, siap bagi  map bagitau apa boleh buat dekat sini. Bagi kami guna toilet, and yang paling best dia suruh naik atas bangunan hotel ni untuk tengok satu bandar Coimbra daripada atas ni. Ya Allah baik sungguh la orang hotel ni. And guest what, semua adalah percuma!

Inilah mamat yang rajin melayan kami. Banyak la dia bagi tips nak pergi mana dekat Coimbra ni

Ini view daripada atas bangunan hotel itu

Ok, misi kami adalah untuk ke bangunan nun diatas sana, University of Coimbra

Kagum tak macam mana depa boleh nak bina bangunan slim lagu ni weh!

Dah la kurus, tinggi dekat bukit pulak tu

Coimbra ni town dia punya bukit, fuh tiada maaf bagi mu betul. Kebetulan masa kami sampai sini hari ahad kan, so memang tak de ramai orang sebabnya, town ni orang panggil town university. So dah cuti, x nampak la student dekat sini. Plus hujan pulak tu kan. Semua orang dok dalam rumah kot



Kedai ini jual sardine dalam tin

Ahli jemaah yang dah happy lepas makan dekat cafe sebelah kedai diatas





Sunyi kannnn...mana pi semua orang ni 



Jom kita panjat lagi tangga-tangga cinta menuju ke menara gading Porto



Sampai sini, kami singgah kejap masuk tengok apa kedai ni jual. Sebelum meneruskan perjalanan ke University of Coimbra

0 comments: