Memaparkan catatan dengan label Mosque. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mosque. Papar semua catatan

Ahad, 28 Februari 2016

Into The Balkans : Valens Aqueduct & Al Fateh Mosque

Assalamualaikum and Merhaba!

Valens Aqueduct pada asalnya berukuran 971 meter panjang dan berketinggian 3,186 ft. Dibina pada tahun 368 AD. Terletak di dalam daerah Fatih. Sekarang hanya tinggal binaan 921 meter panjang sahaja.


Daripada Masjid Suleymaniyeh kami berjalan menuju ke sini, taman disekitar kawasan Valens Aqueduct.







The Ataturk Bulvari (Boulevard) yang melalui dibahagian bawah arches

Tugu peringatan dikawasan taman

Meneruskan perjalanan ke kawasan Masjid Fatih. Disini banyak kucing kami jumpa. Leka juga la main-main dengan anak-anak bulus disekitar kawasan.

Masjid Sultan Fatih

Open space dikawasan masjid


Dikawasan tengah courtyard masjid

Bahagian ruang solat utama dari bahagian atas tempat solat wanita

Jumaat, 26 Februari 2016

Into The Balkans : Suleymaniyeh Mosque

Assalamualaikum and Merhaba!

This "vast religious complex called the SĂ¼leymaniye,blended Islamic and Byzantine architectural elements. It combines tall, slender minarets with large domed buildings supported by half domes in the style of the Byzantine church Hagia Sophia (which the Ottomans converted into the mosque of Aya Sofya)" (481 Traditions and Encounters: Brief Global History). Sumber : Wikipedia

Merupakan masjid terbesar di Istanbul, mengambil masa selama 8 tahun untuk disiapkan (1550-1558) dan arkitek yang bertanggungjawab adalah Mimar Sinan.

Kawasan dibahagian tepi yang menempatkan tempat mengambil wuduk

Binaan dibahagian tepi masjid

Menuju ke pintu masuk utama Masjid

memasuki kawasan courtyard

Gambar dari kawasan tengah courtyard

Bahagian ruang solat lelaki/utama

Dibahagian belakang masjid, terdapat kawasan perkuburan yang menempatkan jasad Sultan Suleyman dan kaum kerabat

Pagar kawasan perkuburan. Hebat betul binaan pagar pun

Bangunan masjid dari kawasan tepi mengadap Golden Horn

Dari sini dapat lihat kawasan Istanbul (Taksim) dan juga Istanbul disebelah Asia

Ahad, 29 November 2015

Into The Balkans : Zagreb Mosque

Assalamualaikum and Zdravo!

5 fakta tentang Masjid Zagreb
1/ Arkitek bagi masjid ini adalah seorang professor daripada Sarajevo University, Dzemal Celic dan juga seorang arkitek daripada Sarajevo, Mirza Golos. 
2/ Manakala semua calligraphy yang terdapat di masjid ini adalah dibawah seliaan Esref Kovacevic seorang calligrapher terkenal di Bosnia pada waktu itu.
3/ Mula dibina pada tahun 1981 dan siap pada tahun 1987
4/ Merupakan masjid terbesar di Croatia
5/ Juga berfungsi sebagai sebuah pusat kebudayaan Islam di bandar Zagreb

Info penting 
1/ Untuk sampai ke sini daripada bandar Zagreb, boleh naik tram no.6,7 & 8
2/ Alamat : Islamic Centar Zagreb, Gavellina 40, Zagreb

Perlu melalui kawasan perumahan untuk sampai ke Masjid

Pakcik dalam gambar ni la tolong kami untuk berada di jalan yang lurus untuk sampai ke Masjid, kalau tidak sesat juga dibuatnya sebab dah salah masuk simpang. Dia jerit sambil tunjuk jalan yang betul, macam mana dia tau kami nak ke Masjid itu mungkin sebab pakaian kami la kot. Lepas tu dah masuk situ nak buat apa lagi kan, mesti nak ke Masjid. Terima kasih pak cik.


Senibina yang memang unik untuk sebuah Masjid

Kawasan solat utama

Ke ruang solat wanita

Natural lighting

Rekabentuk kubah yang berlainan dengan Masjid lain

Tidak dapat dipastikan apakah binaan yang terletak dilaluan untuk ke kedai makan, kerana penerangan dalam bahasa yang tidak difahami.

Restaurant yang terletak didalam kompleks yang sama. Pakcik tu pun nak ke sini rupanya. Senyum dia bila nampak kami sampai.

Sambil makan, dapat tengok view budak-budak main bola. Abang ini terjerit-jerit bagi arahan ke, komen pemain ke apa pun tak pastilah, tapi sesekali terkejut jugak kami dengan jeritan dia.

Selesai makan, sudah tiba masa untuk ke bandar Zagreb

Hari semakin gelap