Memaparkan catatan dengan label Christchurch. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Christchurch. Papar semua catatan

Selasa, 17 Januari 2017

Spring Summer @ New Zealand : Day Two

Assalamualaikum and Hello!

20 November 2016

Airport Lodge Motel - Castle Hill - Lake Tekapo : Jarak perjalanan 347km, masa 4jam 12 minit

Pagi hari pertama kami berempat dibumi NZ, badan agak terkejut jugak lah. Semalam lepas pickup diorg, balik hotel sembang macam setahun tak jumpa. Cerita drama masing-masing yang terjadi. Part drama ini kita cerita last-last nanti lah.

Misi pertama kami adalah Castle Hill. Walaupun tempat ni macam tersasar agak jauh dengan tempat penginapan untuk malam nanti, tapi disebabkan cuaca sangat gemilang terang, kami proceed dengan plan asal kami. (Plan B kalau cuaca tak ok terus ke Lake Tekapo saja)

Pemandangan sepanjang jalan memang best dan sejuk mata memandang dan memang sejuk betul pun walaupun matahari memancar ceria. Macam selalu baca dalam blog orang yang dah sampai dekat NZ ni, mesti depa akan cakap kalau boleh setiap kiri kanan jalan rasa nak stop ambik gambar. 

Jadinya, kami pun sama lah jugak pengalamannya. Singgah berhenti sekejap dekat ladang yang penuh dengan lembu tompok tompok hitam puith. Berlatar belakang gunung ganang dengan salji dipucak, sapa tak mau berhenti!


Makan tido makan tido repeat

Punya lama kami lepak dekat sini, sampai ada pekerja or owner ladang lah datang dekat tepi pagar dengan moto. Hahaha, terus kami say hai hai bai bai dekat dia. Senyum je dia, siap lambai-lambai tangan.

Ini pulak berdepan dengan ladang tadi, ada laluan keretapi dekat pokok-pokok kuning tu, ada la sekali dapat tengok keretapi lalu. Tak panjang pun dalam tiga gerabak je. Gerabak jenis yang tingkap luas besaq nala! Puaih hati nak tengok apa ada dekat luaq.

Perjalanan diteruskan ke tempat tujuan asal. Tengah layan pemandangan gunung ganang kiri kanan, ternampak pulak tasik disebelah kiri. Apalagi, mr driver kiri please. Layan ambik gambar tepi tasik sejuk dengan angin yang kuat.

Gambar dari dalam kereta pun cerah mata memandang

Tenang betul, hanya dengar suara kami berempat saja dekat sini sebab tak dak orang lain time ni

Sejuk betoi ayaq tasek ni baq hang

Jomlah teruskan perjalanan, mau dok layan hati perasaan nak berhenti semua tempat cantik, bukak company sendiri, boleh cuti lama-lama

Banyak sebenarnya tempat yang cantik untuk ambik gambar sepanjang perjalanan ke Castle Hill ni, tapi memandangkan perjalanan nak ke Lake Tekapo daripada Castle Hill nanti boleh tahan jauh, kami terus proceed ke jalan yang benar.

Sabtu, 14 Januari 2017

Spring Summer @ New Zealand : Coronation Hill

Assalamualaikum and Hello all!

19 November 2016

Flight kami landed pada jam duabelas lebih tengah malam. Hanya pesawat kami sahaja yang tiba masa tu jadinya orang tidak ramai dan aman tenteram sunyi sepi sajalah. Lepas dah keluar daripada arrival, cop passport, check beg makanan and anjing datang hidu beg semua tu, kami tempat nak lepak sementara tunggu masa cerah nak pergi ambik kereta.

Owh sebelum tu, sempat beli simcard sebelum kedai katup. Nasiblah wifi laju, layan la segala mala youtube. Nak tido memang tak lah sebab diri ini memang jenis payah nak tido kalau keadaan sekitar ada orang berborak, gelak, bunyi2an semua tu. Mr I dah selamat tido dengan nyenyak.

Disebabkan kami ditugaskan untuk terus membeli barangan memasak, jadinya pagi tu masa breakfast sempat la bincang nak beli apa, nak masak apa, pening la jugak sebab chef asal yang dah plan semua menu terpaksa tarik diri disaat-saat akhir perjalanan. (dahla tak pandai masak, berdebar pulak rasa)

Tapi disebabkan kami akan ambik kereta awal pagi, jadi dicadangkan untuk pergi merayau-rayau dulu dekat Christchurch sebelum pergi ke pasaraya. Hasil google, kami pilih kawasan bukit, Coronation Hill yang memandang Lyttenton Harbour. Sebab pilihan tempat kerana jarak tidak jauh mana pun nak drive.

Kiri kanan depan belakang penuh dengan pokok kuning ni

Seronok jalan-jalan panjat bukit ini sebab tak ramai manusia pun. Orang tempatan banyak berbasikal jadinya track ini agak sunyi. Ada la terserempak dalam tujuh ke lapan orang je sepanjang layan perasaan dekat bukit ni.








Misi kami seterusnya terus ke ParknSave. Beli lah apa yang dirasakan perlu dan sesuai untuk masak-memasak esok hari. Sebelum balik terus beli kebab dekat foodcourt sebab malas nak masak dengan dua orang je yang nak makan pun kan.

Perut kenyang jadinya misi seterusnya adalah check in motel dan membuta. Ngantuk gila kot sebab dah dua malam tak tido dengan betul dengan tak mandi dua hari! Nasib cuaca sejuk. Dalam pukul tiga petang jugalah dapat tido. Bangun-bangun je, dah jam 10 malam! fuh nasib kawan-kawan sampai jam 12 tghmalam.

Bersiap-siap lah kami nak pergi menyambut kawan-kawan seperjuangan untuk sama-sama mengharungi misi penjelajahan #se7ventofour.

Sambutan menyambut kedatangan kawan-kawan