Rabu, 15 Mac 2017

Spring Summer @ New Zealand : Day Ten to Day Twelve

Assalamualaikum dan Hello!

28 November 2016

Kami mulakan hari ini dengan perjalanan menuju ke Glenorchy. Rasanya dah banyak dah orang cerita pasal tempat ni kan. Jadinya malas nak cerita panjang lebar. (malas nak karang pun ye jugak!). Kami memang santai-santai je aktiviti dekat Queenstown ni. Keluar hostel pun tak awal pagi sangat. Rileks gitew sebabnya ada tiga malam dekat sini.

Lepak sini, baca buku, tulis catitan, makan breakfast, sembang-sembang dengan kawan-kawan baru. Semuanya berlaku dimeja ni lah. Kalau bangun awal pagi memang kita je ada dekat sini. Orang puteh yang lain syok dok tidoq lagik.


Nak view lagi best, lepak dekat bahagian luar dekat beranda dia, view lagi saujana mata memandang. Tahan tak tahan sejuk ja nak lepak makan lama-lama dekat sini. hiks

Perjalanan menuju ke Glenorchy

Cuaca hari itu memang cerah sungguh. Masa ni sunburn tah tiada maap dah. Pasrah je lah tengok muka bila bukak tudung, macam pakai mask.


Pokok bunga di Glenorchy

Balik daripada Glenorchy, kami singgah jalan-jalan Queenstown sekejap sebab semalam tak pergi jengok lagi town dia. Masuk la segala kedai-kedai. Beli apa yang patut nak dibawak balik.

29 November 2016

Aktiviti hari ini adalah ke Kawarau Bungy. Ada teman seperjuangan nak buat terjunan macam Pandalela katanya. Siap gugel tengok videolah nak tiru gaya. Sebagai kawan yang setia, yang lain bersorak bagi semangat ditepi. Janji bahagia.

Mampu ambik gambaq ja, mahai sungguh laaaa

Kawasan and bangunan dia memang cool!

Balik daripada tempat ni, kami singgah ParknSave nak beli cekelat habuan nak bawak balik. Lepas tu balik hostel lepak kejap, petang sikit jalan kaki ke Queenstown lagik. Malam last dekat south island ni kira memang santai habis lah.

30 November 2016

Pagi hari last ni, kami ada lagi masa nak explore sebelum flight ke Auckland daripada Queenstown Airport. Jadinya, kami plan terus ke kawasan The Remarkables yang hari-hari mengadap masa duduk tiga malam di Queenstown ni.

Masa kami sampai dikaki gunung tu, memang tak satu pun kereta yang ada. Makin tinggi pemandangan memang makin cun, cumanya makin scary jalan dia. Last-last kami berhenti tepi jalan, panjat sikit bukit layan ambik gambaq dekat situ je. Kebetulan ada sepasang pelancong tengah dok ambik gambaq dekat situ. Meriahkan keadaan.


Turun daripada situ, kami pergi cari makanan dan masuk lagi ke ParknSave sebab ada orang tu dok kira tak cukup lagi nak bagi kawan-kawan adik-beradik. Layankan aje sebabnya memang lama lagi flight ke Auckland pun.

Babai South Island!



View sepanjang perjalanan memang superb!

Location: Queenstown, New Zealand

0 comments: