Isnin, 13 Mac 2017

Spring Summer @ New Zealand : Queenstown Cable Car

Assalamualaikum and Hello!

Hari kami sampai dekat Queenstown tu, petang yang sama juga terus ke Queenstown Cable Car. Sampai dekat tempat beli tiket, dah jam 6 petang pun. Dah time summer kan, jam 9 baru gelap. So pakat naik petang tu, sebabnya nak tengok Queenstown masa waktu siang dengan waktu malam lah, gitu kan.

Gembira rasanya hati

Petang waktu sampai sini, orang tak ramai sangat. 
Dapatlah duduk layan perasaan lama-lama tanpa gangguan

Kawasan Luge pun dah nak tutup dah, tak ramai orang. Kami pun memang tak plan nak main pun, sebab dah pernah naik yang dekat Sentosa Island. So tak nak bazir duit lagi naik benda tu #cheapskatesejati



Sejuk-sejuk dekat luaq tu, mai pekena hot choc dulu lah dekat dalam cafe ni. Layan wifi free sambil tengok view mahal ni

Dah nak dekat malam ni, adalah sikit pancaran matahari terbenam dalam cuaca sekejap cerah sekejap mendung

Lama pulak nak tunggu malam menjelma ni!

Bila dah nak dekat malam ni, ramai pulak manusia dekat viewing deck ni, kejap je layan view malam yang tak malam ni. Semua dah penat, kita turun je lah balik hostel. Tak larat nak tunggu malam menjelma.

Location: Queenstown, New Zealand

0 comments: